Kedai Kerja.

>> Friday, July 31, 2009

"Ada parking ticket?"
"Tak. Saya jalan kaki dari rumah."

Kami ketawa.

Dia fikir saya berjenaka. Saya pula bahagia, bangun jam 8.30 pagi, tengok adegan asmaradana Mr.Sheffield dan Miss Fine sebentar, mandi, pakai baju, sarung tudung ala ariani, jalan kaki dan sampai di lokasi sebelum jam 9.

Terima kasih kerana mengadakan workshop itu di PJ Hilton :-)

****

Ramai beranggapan membeli rumah di luar bandar lebih berbaloi dari segi ekonomi dan keselesaan. Saya setuju dengan sebab yang kedua, kerana rumah di luar bandar lebih luas dan selesa berbanding rumah lingkungan harga yang sama di kawasan bandar. Tapi dari segi ekonomi, saya langsung tak bersetuju.

Jika dilihat dalam jangkamasa pendek, seolah-olah membeli rumah di luar bandar lebih ekonomikal dari segi pembandingan harga. Namun, tidak semestinya benar untuk jangkamasa panjang. Ramai orang tidak mengambil kira faktor variable cost semasa membuat pilihan membeli rumah. Zaman sekarang ekonomi tak menentu, jadi variable cost menjadi sgt volatile. Ia boleh naik sekelip mata. Lebih-lebih lagi harga minyak. Saya fikir, variable cost akan sentiasa menaik dari tahun ke tahun kerana faktor inflasi.

Saya selalu mendengar keluhan kawan-kawan sepejabat. Kena isi minyak. Bayar tol. Bayar parking RM7 sehari. Di tempat kami, parking percuma akan diberi untuk 400 kereta yang pertama. Alhamdulillah bagi kami, dengan izin tuhan hanya perlu mengisi minyak dua minggu sekali, bayar tol jarang-jarang sekali, parking pon tak perlu dibayar sedangkan kami keluar dari rumah lebih lewat daripada orang lain.

Itu tidak dicampur lagi dengan faktor masa dan tenaga, serta emosi bergaduh dengan traffic jam. Hati mudah saja menjadi panas. Adakalanya terdorong untuk menyalahi etika [dan pada masa yang sama rasa bengkek kalau orang lain juga buat begitu :-p]

Disamping itu, harga rumah di kawasan bandar appreciates dengan kadar yang lebih cepat dan tinggi berbanding di luar bandar. Bayangkan rumah saya sendiri. Penduduk asal kawasan itu membeli dengan harga RM7 ribu sahaja. Sekarang ia boleh dijual RM200 ribu ke atas. Dengan adanya aktiviti "rebanding of PJ" di mana banyak landmarks baru telah dan sedang dibina di sekitar kawasan rumah saya seperti PJ8, VSQ, Quill, Jaya 33, Jaya One, and Jaya baru yang akan menggantikan Jaya yang telah runtuh [tanpa niat], saya fikir harganya akan terus meningkat.

Namun tak dapat dinafikan, saya sendiri mengimpikan rumah yang besar dan selesa seperti kawan-kawan lain yang mempunyai rumah di luar bandar :-) Takpe lah, kita simpan duit dulu. Ameer masuk sekolah menengah nanti, kita rembat seketul banglo :lol:

Read more...

Dua pasang kasut dan sepasang seluar.

>> Tuesday, July 28, 2009

Dah beberapa bulan puasa membeli-belah. Bagi orang perempuan, itu sesuatu yang luar biasa. Jiwa mereka boleh jadi kacau dibuatnya.

Hari Sabtu. Saya cucuk jarum. "Gaji dah masuk. Duit dalam dompet masih berkepuk."

Dia kata,"Simpanlah."

Perbualan terhenti di situ.

Hari Ahad. Saya tertunggu dia pulang dari masjid. Jam sudah hampir 10 malam. Agenda apa agaknya yang menahan dia di masjid selama itu?

Semasa di dapur, saya dengar pintu dibuka dan ditutup. Tak ambil pusing kerana sibuk memasak untuk hari esok. Beberapa minit kemudian, dia datang sambil tersenyum-senyum.

"Pergi Midvalley tadi."
"Huh?"
"Ingatkan nak beli kabel je. Sekali sangkut. Ada sales kat jusco."
"Oh. OK."

Pause.

"Nak pegi Jusco esok?"

Oh. Itu mesti nak coverina kerana telah membeli baju sejuk baru tanpa mengajak.

"Boleh aje."

Hehehe. Rezeki jangan ditolak.

Dua pasang kasut menjadi milik saya malam tadi. Juga sepasang seluar mengandung. Oh terbang RM198 dan beberapa sen. Terasa hebat kerana berjaya merembat dalam masa kurang dari setengah jam. Dan tiada perasaan kecewa kerana kali ini tiada jawapan, "Saiz 9 takde, kak." Malah, saiz 10 pon ada :-)

Read more...

Terjemahan.

>> Monday, July 27, 2009

Semasa di zaman sekolah muda remaja dulu, kawan-kawan mesti nak baca karangan bahasa inggeris saya. Seronok dibaca kata mereka. Terutama kalau saya tulis cerita saspen. Tapi, tak tahu kenapa, tiada yang bertanya, hey dewi boleh baca karangan bahasa melayu yang kau tulis? Cikgu bahasa melayu pon tak pernah memuji. Ada ramai lagi kawan-kawan yang hebat menulis di dalam bahasa melayu, Marini Othman umpamanya. Ehem familiar tak nama bapanya?

Jadi saya agak terpempan apabila Puan Ainon beri latihan terjemahan kreatif. Saya fikir terjemahan bermaksud, kita mesti mengekalkan gaya bahasa penulis asal. Rupanya saya tersilap. Terjemahan kreatif memerlukan kita menulis seumpama karya itu ditulis oleh orang melayu sendiri. Hah disitulah saya kantoi!

Saya tidak tahu dimana silap saya. Bapa saya seorang guru BM. Sejak kecil lagi saya didedahkan dengan karya-karya agung sasterawan negara, dan negara seberang. Kami ada tempat khas di kawasan dapur untuk membaca buku. Kebanyakannya buku-buku lama. Rak buku dibuat sendiri oleh sepupu saya yang tinggal menumpang di rumah untuk disekolahkan oleh bapa saya. Saya fikir saya masih budak kecil yang tidak tahu apa-apa ketika Abang Ju membuatnya.

Hadiah pertama yang diberikan bapa ialah sebuah buku, oh saya sudah lupa tajuknya, ketika saya berjaya mendapat tempat pertama di peperiksaan akhir Darjah 2. Tapi, abang saya yang kantoi pon dapat hadiah juga ggrr - ini tidak adil! Ranjau Sepanjang Jalan dengan selamba saya habiskan semasa Darjah 4. Saya masih teringat buku Hikayat Hang Tuah, kulitnya berwarna hijau lusuh, kertasnya sampai kekuningan, hampir digigit anai-anai sehingga bapa menyuruh saya mewarnakan tepi kertas dengan watercolor berwarna biru. Buku kegemaran saya semasa sekolah rendah tentulah kisah bersiri Si Dogol, dari negara seberang :-) Oh dan saya juga masih teringat kelibat ular hitam menyusuri bawah kerusi rotan yang saya duduk semasa khusyuk membaca Salah Asuhan, juga karya agung dari seberang. Almaklum, library kami di dapur, faham-faham saja la rumah kampung kan? :-)

Erm. Entah di mana agaknya sekarang buku-buku lama yang menemani zaman kanak-kanak saya.

Itulah kepelikannya. Kenapa saya tidak mempunyai bakat bapa yang betul-betul cintakan bahasa?

Saya mengaku, sekarang saya sudah jarang membaca buku melayu. Jadi apabila Puan Ainon sebut karya-karya agung masakini seperti Laskar Pelangi, saya terasa kebodohan. Mujur saya boleh eksyen sedikit apabila Puan Ainon bercerita tentang karya Sherlock Holmes hehehe.

Tapi saya perlu tambahkan pembacaan. Ikut saranan Puan Ainon. Kalau mahu jadi penterjemah berjaya, perlu banyakkan membaca karya agung. Barulah banyak stok bahasa. Dan... jangan baca novel picisan hehehehe.

Dan mulai hari ini, saya akan cuba menulis di dalam bahasa melayu. Tak kisah la kalau skema pon wakakakaka.

Kata orang melayu:
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kata orang jepun sambil menundukkan kepala,"Sila beri tunjuk ajar." Hait, arigato gozaimasu. :-)

Read more...

Dilemma Seorang Lelaki.

>> Thursday, July 23, 2009

Beberapa minggu yang lepas, suami mendapat panggilan. Rupa-rupanya orang surau bertanya kenapa lama tak singgah. Kebetulan minggu itu suami tak ke surau sebab terpaksa berkampung di ofis dan datacenter untuk system recovery, sampai muka pon dah jadi macam zombie. Oh bagus betul orang surau buat pantauan kedatangan hehe.

Malam itu dia singgah ke surau. Rupa-rupanya mereka ingin beritahu secara live tentang mesyuarat agung yang bakal diadakan. Mereka harap-harap benar suami hadir kerana mereka ingin melantik suami sebagai imam.

Dalam tempoh itu, mereka kerap mengingatkan. Suami menjadi serba salah. Nak menolak, mereka berharap sangat-sangat dan suami saya memang tak pandai berbahasa berbahasi.

Di pagi mesyuarat agung, suami sekali lagi mendapat panggilan menjemput datang. Aduhai, memang tak boleh mengelak lagi.

Kesian rasanya tengok suami. Bukan tidak mahu menjadi imam, tetapi layanan yang diberi oleh orang-orang surau terlalu melebih-lebih. Kalau ada dia, mesti dia yang ditolak jadi imam sedangkan ada dua orang imam yang lain. Kata mereka, lebih afdhal. Amboi amboi amboi. Pandai-pandai je buat judgment ya? Hehe. Bukannya mudah menjaga hati dari timbulnya perasan bangga diri dan terasa hebat. Ditambah pulak pujian-pujian yang tidak diundang.

Katanya, kalau tak pergi, tak elok juga sebab solat jemaah tu sunnah, duduk rumah lagha main game. Dah tu lari dari tanggungjawab, ada ilmu tapi tak digunakan untuk manfaat bersama. Kalau pergi, lagi memudaratkan diri. Last-last saya pusing motor pergi masjid bulat sahajalah.

Saya katakan padanya, kalau begitu katakan kepada mereka, awak setuju jadi imam bersyarat. Buat jadual. Awak cuma akan jadi imam gantian kalau imam yang sepatutnya dijadualkan jadi imam tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tak tahu sama ada suami saya berani menyuarakan saranan ini. Almaklum dia kan pendiam :-)

Read more...

Support System.

>> Wednesday, July 22, 2009

Yippie yay!

Rasa seronok pulak dapat greenlight pegi kelas PTS hujung minggu ni. Terubat la rasa hati tak dapat ambik Masters kat over the sea. At least dia support nak belajar di Universiti PTS & venture into business.

Oh banyaknya plan untuk tahun depan. Kononnya nak juga ambil Master of Communication di UTAR, alang-alang government nak bagi grant, kita rembat je la peluang.

Ooppss bukan ke sepatutnya focus? Entah la... rasanya macam nak try semua sebab cahaya belum nampak terang lagi yang mana satu jalan perlu diambil wakakakaka.

Yang penting, sekarang kena focus on Ameer. Beberapa bulan lagi nak masuk sekolah, tak reti-reti lagi membaca. Hisy, payah juga family otak teknikal ni. Bahasa fail! Wakakakaka.

Apa tidaknya. Semua org balik rumah mengadap laptop. Bukannya reti nak bercakap antara satu sama lain. Kenkadang tu aku rasa mcm bercakap dengan dinding. Kalau bercakap pon sebab bergaduh nak main game dlm laptop aku, sebab abahnya dah conquer laptop dia untuk main game hapa-ntah-yang-tembak-tembak-tu.

Adakah perlu beli computer baru untuk anak yang bakal lahir ni nanti?

Read more...

Baby Shower.

>> Tuesday, July 21, 2009

Aku tanak la demand lebih2.
Tapi.... dapat hadiah Cloth Diaper yg comel comel tu jadilah.

Buat ofismet pulak, aku tau ada yang baca ini blog, inform sesiapa yang berkenaan bahawa aku nak breast pump OK? Tak perlu yang mahal-mahal i.e. Avent, Medela atau yang sewaktu dengannya. Safety Plus pon aci dah. RM300+ sahaja seketul. Setakat RM10 je seorang dah boleh achieve target. Ala selama aku berada kat unit ni, mana pernah dapat hadiah lagi. Asik miss je happy birthday. Anggap je la hadiah perpisahan :-p

Wakakakaka.

Hint direct boleh?

Read more...

Mixed Reaction.

>> Friday, July 17, 2009

Bayangkan situasi ini.

Anda sedang berdiri di dalam saf untuk solat isya' di ruang solat wanita. Kemudian di sebalik tirai langsir, anda dengar alunan suara merdu suami anda, dengan lagunya yang mengasyikkan, dengan sebutan makhraj yang hampir sempurna, dengan tajwidnya yang lancar. Oh terasa bangga seketika kan?

Beberapa saat kemudian...

Anda dengar suara dua orang kanak-kanak kikikikiki. Bergema seluruh surau. Anda dengar hentakan kaki mereka berlari2 keliling surau. Buka pintu tutup pintu. Dan anda kenal suara-suara itu. Argh malu-malu.

Hampeh betul! Potong mood betul Ameer dengan Zahra ni. HAHAHAHA.

Read more...

Further Study.

>> Tuesday, July 14, 2009

Sebenarnya aku sedih. Semasa muda, arwah abah tak bagi pergi. Dah tua skit, husband pulak macam tak merelakan. Walaupon dia tak kata secara direct, tengok bahasa tubuh dan pandangan mata faham-fahamlah kita.

Orang lain mengharapkan opportunity. Aku pulak? Dua kali opportunity datang bergolek depan mata, dua kali jugak tolak :-(

Tipu la kan kalau aku kata aku tak sedih. Terpaksa menolak kerana orang lain. Srot srot.

Tapi takpe lah. Redha hartini redha. Ada pelan lebih bagus buatmu yang telah ditentukanNya.

Read more...

IELTS

>> Friday, July 10, 2009

Aik?

Overall band 7.5? Adakah benar??

Reading dapat full mark lagi?

Wakakakaka tak percaya aku :-p

Katanya 7.5 layak masuk Oxford nyehehehehe.

Cis, kantoi dekat writing & speaking.

Kalau tak, maybe englishku tahap mcm Lynn yang kepoweran ittewww.

Tapi kira OK la kan untuk orang yang tak prepare apa2 for the exam :-)

Sampai test structure pon tak tau.

Keh keh keh.

Nasib ada talian hayat sehari sebelum. Thanks Aida!!

Read more...

Blouse la Pulok!

>> Thursday, July 09, 2009

New blouse uploaded @ Pretty Modesty!!




~~~~~~~

Our tailor, Kak Nor, once asked Aini,"Tini tu alim ke?" and Aini had the nerves to say,"Takde la alim sangat..." HAHA.

I sent my maternity blouse design to Kak Nor via Aini because her house was nearer to Aini's. It is supposed to be third quarter length, and apparently the 2 meter material was not enough. I thought 2 meter would be sufficient because our long baju kurung would require 2 meter only, however, mind you, baju kurung tu tegak je, takde la berpesyen-pesyen mcm design yang aku lukis tu :-p

So Kak Nor asked whether she can use whatever remains of kain chiffon that she has to make the lengan. I was like, uh oh, NO CANT DO. I would rather find other material and send it to her all the way from PJ to Gombak, but not chiffon. Unless with lining la kan. Tak kuasa makcik nak pakai stokin stokin lengan bagai.

So I could understand why she was asking that question to Aini.

Tapi helo Aini?? jawapan ko tu kan?? tak agak-agak. HAHA.

Read more...

Wardrobe.

>> Friday, July 03, 2009

I was staring at the insides of my built-in wardrobe last night. I was thinking, it must be painful to be looking at these beautiful clothes in another 5 months. As always, I shared the thoughts with my other half.

"Apa nak buat dengan baju-baju yang banyak ni ye? lepas saya berhenti nanti."

My straight engineer husband, who wouldn't understand a woman's relationship with her clothes, went,

"Bukak kedai bundle laaa...."

Sabo je la :-p

Oh by the way, for those who still have space in their wardrobe, or just couldn't get enough bajus, Pretty Modesty is always open to help you HAHAHA. Tak habis-habis promote :-p

Read more...

Finally Free!

>> Thursday, July 02, 2009

Teehee.

Today, I am free like a bird. My bond finally expires.

I hope I had contributed to the organisation as expected from me :-)

And, please please please take a look at my virtual shop :grin:

PRETTY MODESTY

Read more...

Pretty Modesty :-)

>> Wednesday, July 01, 2009

Alhamdulillah, my virtual kedai is finally open ^_^

Klik di sini --> http://prettymodesty.blogspot.com

Bookmark, or make this your favourite page!

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP