Masih Tertangguh.

>> Friday, August 28, 2009

Setiap kali bersua muka, lidahku jadi kelu. Peluang sentiasa ada. Dia memanggilku ke biliknya, atau dia sendiri datang ke tempatku. Tapi mulutku terkunci kaku. Hanya mampu berbicara tentang kerja.

Apalah yang susah sangat.

Puan, saya tidak akan kembali ke pejabat ini selepas cuti bersalin. Rumah akan menjadi pejabat baru saya.

OK terlalu skema. Bila masa pula aku bercakap seperti ini HAHA.

Bos, I nak bagitau you, lepas ni you kena buat sendiri kerja-kerja ni tau. I tanak kerja sini lagi dah. Dah letih la. Duduk rumah lagi best.

Terlalu ganas?

I'm sorry, I know I should have told you earlier, but I just don't have the strength to do so, and time is running out for you and me because I'll be on maternity leave in about a month and the product I am supposed to be developing doesn't look like it has any development so far, so it isn't fair for you if I were to keep this from you any further and drop the bomb - you may get heart attack by then- when the time comes.

So boss, I'm resigning. I'm not coming back.


Hmm. Konon nak cakap selasa depan. Entah-entah aku cakap dalam hati je la :-(

Read more...

Tentang Puasa.

>> Tuesday, August 25, 2009

Ah betapa hebatnya nikmat yang Tuhan berikan. Di kala cuaca panas mencengkam dengan jerebu yang mengelabui pandangan malah tersebarnya virus-virus berterbangan di udara, tanpa disangka-sangka hari puasa yang pertama sungguh nyaman dan membahagiakan. Rata-rata rakan sepejabat menyatakan mereka tidur dengan nyenyaknya hampir sepanjang hari. Oh syoknya! Tapi dari segi pemarkahan puasa, mungkin gagal! HAHAHA.

Aku pon sama, tidur sepanjang hari. Almaklum mama mengandung tinggal menunggu hari saja, jadi alasan justified :-p

Hari kedua pula, walau tidak sedingin hari pertama, ofismet yang gila kamera berkata, "Aduh semalam langitnya sungguh cantik. Tapi aku lalu terpaku beku. Tak ambil kamera pon seperti biasa!" Member tu nampak ralat benar. Jiwa photographernya begitu tebal :-p

Hari ketiga puasaku hampir kantoi. Sepanjang hari si kenit buat sommersault berpusing. Ingatkan OK je. Tapi mula jam 5, perut dah rasa semacam. Jam 6, aku terbaring menahan kesakitan. Nak buka puasa rasa rugi sangat-sangat. Kucuba bertahan sehingga masuk waktu Marghrib, aduh sakitnya mencucuk-cucuk hulu hati sehingga tak dpt bangun. Alhamdulillah, berjaya juga kutempuh.

Hari ni? Uhuk. Kantoi jam 2!

******

Seorang GM berkata,"You tak payah puasalah hartini. Dah sarat sangat tu."

Aku kata,"Kalau saya tak payah puasa, DAN TAK PAYAH BUAT KERJA NI aci tak?"

Kuikuikui.

******

Saiko Ameer puasa. Kataku, "Ameer, Adam pon puasa tau!" [Nota: Adam bestfren Ameer di sekolah]

Semalam, kantoi jam 6.30 sebab tak puas hati Fatimah makan depan dia. Tadi, kantoi jam 7.10 sebab dah tak tahan sangat. Lagipon, stress makpaknya melayan his grumpiness. Kasi je la dia makan. Lagipon, kan training. Tak payah la nak beria-ia sangat kan :-)

Read more...

Yatipruzz Warded.

>> Monday, August 17, 2009

Just to inform those yang kenal Yatipruzz, she is warded at KPJ Kajang, and is scheduled for operation today.

Kali terakhir akak-akak ofis yippie yayying dengan Yati hari Selasa lepas. Kitorang sama-sama makan ikan bakar di warung Pak Ya. Sedap memang sedap, tapi kami fikir inilah asbab Yati kena serang gastrik yang teruk, sebab malam tu jugak dia dah mula sakit-sakit. Dia cecah ikan bakar dengan air asam. Siap pow air asam dalam pinggan orang lain lagi.

Rasa ralat juga sebab tak teringat langsung yang dia kena pantang makan. Kalau tak, boleh gak sound awal-awal.

Apa-apa pon, ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Stay positif okay dear? At least dapat cuti sebulan, berehat-rehat kat rumah :-)

Buat rakan-rakan, doakan yang terbaik untuk Yati ya?

Read more...

Oh Fatimah.

>> Sunday, August 16, 2009


Tentu tak sangka bukan? Gadis manis berusia 4 tahun dalam gambar di atas mampu menjatuhkan TV 29 inci. Juga telah berjaya merosakkan Nikon digital camera dan Creative SoundBlaster speaker.

Terbaru, watak ini dengan bergayanya mencurahkan air ke atas Dell Latitute laptop. Tak tahu apa yang ada di fikirannya. Mungkin ada scene siram-siram pokok bunga dalam Barbie in Thumbelina yang ditonton. Kejadian hanya disedari sebelum subuh oleh abahnya. [Apa kes nak pergi surau pon check laptop ke?] Confirm short circuit sebab on battery semalaman.

Mujur laptop itu tajaan TM. Ada contract dengan Sapura, apa-apa hal berlaku, mereka akan ganti yang baru. Sendirian berhad kalu, meraung beb!

***
Ameer?
Hmm..
Ameer tau tak Adik tuang air atas laptop abah?
Tau.
Laaa... dah tu kenapa malam tadi tak bagitau mama?
Kita main game banyak ni, mana boleh stop.

Whadda??

Sepanjang perbualan ini, matanya terpaku ke TV sambil jari jemarinya laju menekan punat PS2.

Read more...

Fatimah dan Aiskrim Malaysia.

>> Tuesday, August 11, 2009

Jenny, Steward & Pitta datang ke rumah petang semalam. Nak main game Dora la tu, tapi aku buat dek je kat dapur. Sengaja tak buka laptop sebab schooldays. Fatimah masuk dapur buka pintu freezer, ada satu je aiskrim katanya. Aku ingat dia nak tutup kembali freezer, tapi tak. Dia keluarkan aiskrim dan beri pada Pitta. Pitta kongsi dengan 2 yang lain. Fatimah tak mengecek pon.

Oh berbunga-bunga hati Mama. Sepuluh markah untuk hatinya yang baik dan tidak mementingkan diri.

Erm sedapnya.
Auntie buat sendiri tu tau! [Ala... aiskrim malaysia jek hehe]
Macam Milo. [Memang Milo pon hehe]
Esok datang. Auntie buat lagi.
OK Auntie!

Fatimah menyampuk, bawak duit!

Hoh? Wahaha. Nak tambah markah ke tolak ni? Kecik-kecik dah tonjol jiwa enterpreneur. Tapi, ala takkan aiskrim batang pon nak berkira dengan kawan?

Hisy Fatimah. Mama buat free aje OK?

Fatimah sengih je :-p Budak-budak lain dah yippee yay! Sudahnya malam tadi dok mengisi milo dalam plastik aiskrim. Tapi, belum apa-apa Fatimah dah pow 3 batang :-p

Read more...

Mari Baca ABC.

>> Wednesday, August 05, 2009

Alhamdulillah. Lega rasanya :-)

Setelah 2 minggu aku "menyeksa" Ameer dengan reading crash course, akhirnya Buku 1 Cahayaku dah lancar dibaca. Imagine setahun setengah dok sangkut page 13. Mana boleh jadi. Tahun depan dah masuk sekolah. Tercicir la Ameer kalau Darjah 1 tak pandai membaca lagi.

Hai, zaman kita dulu-dulu, Darjah 1 baru nak mengenal ABC. Sekarang, expectation dah berbeza!

Aku bermula dengan tanya Cikgu, tanya kawan-kawan ofis. Cikgu kata Ameer ada masalah psikologi dek speech delaynya. Kalau Cikgu tanya, dia sengaja tanak jawab sampai Cikgu jadi fedap. Tapi kalau Cikgu tanya kelas ramai-ramai, amboi amboi suara dia yang paling kuat.

Macam-macam idea yang kawan-kawan ofis bagi. Hantar belajar dengan cikgu bertauliah(yang pastinya berbayar dan mahal), masuk kelas art untuk improve creativity & confidence level, guna flash card.. mcm-mcm lagi. Very good ideas indeed :-)

Aku ambil pendekatan murah hahaha cheapskate. Beli buku drawing dan mula mengajar huruf dengan melukis sambil menyebut berulang-ulang.

Contohnya A.
"OK Ameer, ni huruf apa? Ini huruf A. Sebutannya Aaaa. Apa perkataan yang bermula dengan Aa? AMEER. ABAH. ADIK. ABANG. AYAM. Sambil-sambil tu aku lukis la gambar Ameer, gambar Abah, gambar Adik, gambar Ayam. Ehem. Bukan gambar orang lidi OK? :-p"

Mula-mula ajar huruf vowel dulu. A I E O U. Lepas dah terer vowel, baru move to huruf consonent, dan mix dengan vowel untuk membentuk suku kata.

Guna pendekatan yang menggunakan segala pancaindera untuk merangsang memori. Mendengar, melihat, menyebut, melukis.

Tapi kaedah ini masih tak berapa menarik perhatian Ameer. Sebab dia sibuk lukis benda lain i.e. spongebob dan patrick :-p

Then, aku buat flashcard sendiri. Murah sajork. Guna drawing paper tadi, potong-potong lapan. Then tulis suku kata. Semasa flash the card, ajar macam mana cara mengeja the suku kata mcm ni contohnya,

"[Tunjuk huruf B]Ini huruf B. Sebutannya Beh. [Tunjuk huruf B]Beh, [Tunjuk huruf A]Aaa. [Tunjuk suku kata BA]BAa." Mulut kena over-over OK? Kalau menganga, biar nganga luas-luas. Kalau muncung, biar muncung sepuluh depa wakakaka.

At the same time, aku juga mengajar menggunakan buku Cahayaku. Tiga-tiga cara ni aku gunakan berselang seli atau guna semuanya at one time, tengok mood Ameer. Bila nampak boring je baca buku, aku tayang flashcard. Atau, melukis benda lawak-lawak. And, kena over bab memuji. Sentiasa cakap pandai, bagus, good etc. Penting beli jiwa ni hehehe.

Syukur sangat-sangat nampak progres yang baik. Aku target habis Buku 2 dalam masa tiga bulan.

Mana la tau dapat award Pelajar Terbaik untuk Konvo bulan 11 depan :-p HAHA ada agenda lain rupanya Mama sorang ni

Read more...

Buku Baru.

>> Tuesday, August 04, 2009



Belum sempat dibaca :-)

*****

I was flipping through Cahayaku to check on Ameer's reading progress. Fatimah came and sat on my lap. She then looked at the book cover intensely. Uh oh. A war is bound to happen.

There's a name on the cover. It spells FATIMAH AZZAHRA.

"Hey, wait a minute." Her finger ran through the alphabet.
"Look, Mama. This is my name."

Uh oh.

She then flipped the book to look at the pages.

"Wait a second. This is mine. AMEEEEERRRRRRR!"

She ran into the room where her brother was watching cartoon. I heard her demanding an explaination.

"Tapi saya nak belajar."
"Kenapa pakai buku adik cot cet cot cet."

Ngee. Ameer sounded in despair. I quickly dashed into the room to his rescue. You should never mess with Fatimah's temper.

"Fatimah, Mama yang masukkan buku tu dalam beg abang. Kasi la abang pinjam. Adik kan baik."

"Ha ye laaaa."

Fuh lega.

By the way, Fatimah really amazes me with her conduct of English. For a four-years old kid whom parents speak Malay at home, and go to Malay-medium nursery, her English is quite impressive. And her English sounds quite British, especially the way she says LOVE hoho. Thanks to Playhouse Disney, people!

psst.... gian tulis karangan BI wahahahaha.

Read more...

Hari Minggu.

>> Sunday, August 02, 2009

Hari minggu yang produktif dengan aktiviti di dapur. Hasilnya? Kek Keju, Kek Coklat dan Puding.

Kek Keju
Nota buat Aini: Kek Keju ini menggunakan resipi yang kuberi. Sila check email OK?

Semuanya sedap ahaks. Masuk lif, silalah tekan sendiri :lol:

Ini gara-gara Aini. Mula-mula dia tunjuk gambar dalam blog, aku tak ambil pusing. Kemudian dia ajak pergi Bake With Yen. Hampir-hampir tergoda. Tapi iman masih kukuh di dada :-p

Alih-alih dia tunjuk gambar chocolate chips cookie. Ngee walaupun warnanya tak jadi coklat, iman aku sudah mula goncang.

Yati pula dapat oven baru dari suami. Wah ini tak jadi. Semua orang dah tunjuk taring masing-masing. Aku pon kena "join the boat" kata orang putih. Kebetulan segala bahan ada di dapur [hampir luput tarikh!]

HAHA peer pressure sey! :-p

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP