Cloth Diaper: Sharing Is Caring Sales!

>> Tuesday, October 27, 2009

~~**UPDATE: SALES CLOSED! THANKS FOR YOUR SUPPORT**~~

Pakej istimewa khas untuk rakan-rakan dengan harga hilang akal.
Cepat rembat, stok terhad!

Pakej Awesome Tinidewi @ RM54 + RM4 untuk Pos Ekspress
2 CD (Velcro & Snap Button) + 2 Insert

Pakej Outrageous Tinidewi @ RM100 + RM7 untuk Pos Laju
2 CD Velcro + 2 CD Snap Button + 4 Insert


Nah lihat pilihan warna yang ada :-)

Ocean Blue; Apple Green

Merah; Putih

Light Green; Ungu

Jingga; Kuning

Merah Jambu; Sky Blue
Setiap warna mempunyai pilihan velcro dan snap button.

Caranya mudah saja:
1. Emel tinidewi di hartinidewi@hotmail.com, dan nyatakan pakej yang anda idam-idamkan beserta pilihan warna & velcro/snap button.
2. Tinidewi akan mengesahkan stok sedia ada.
3. Seterusnya anda pindahkan wang yang secukupnya kepada akaun bank tinidewi [atau En.Ahmad] dan beritahu tinidewi alamat pengeposan.
4. Tunggu bungkusan sampai di rumah!

Bertindak cepat OK? sebelum tinidewi rembat CD-CD yang kiut ini hoho.

Read more...

Konflik Seorang Surirumah dan Kucing Jalanan.

>> Monday, October 26, 2009

Kucing-kucing jalanan tu patut berterima kasih dengan aku, bukan? Aku sentiasa saja memberi mereka makan. Akan kuletakkan makanan di tepi pagar, dan mereka boleh datang bila-bila masa yang mereka mahu. Jika aku terlupa, mereka akan menunggu di pagar putih itu dengan pandangan mata berkaca, membulat dan sayu. Ah kucing, mereka memang pandai mengampu!

Jadi salahkah aku mengharap mereka membalas jasaku? Aku tidak minta lebih, sekadar JANGAN BUANG SISA-SISA BADANMU DI KAWASAN RUMAHKU! Tidak perlu menanda kawasan, tidak perlu beritahu semua orang bahawa kau berkuasa kerana rumah ini akan sentiasa menjadi kawasan aku OK? Aku akan sentiasa berkuasa di sini.

Mengerti?

Sedang aku membebel begini, Jenny berkata, "Kucing tu kan bukan manusia, manalah dia tahu berfikir."

Amboi amboi Jenny. Sudahlah kau datang main game di laptop aku, ada hati nak mengata aku?

:lol:

Read more...

Ikan Masak Masam Manis.

>> Friday, October 23, 2009

Tak pernah terfikir nak letak gambar lauk pauk yang aku masak di blog ini. Mungkin pernah sekali dua letak gambar masakan, tapi itu kek.

Memandangkan perasaan aku mudah terganggu dengan tekanan rakan sebaya, tercabar betul apabila Aini suka sangat letak gambar lauk pauk yang dimasaknya. Aku bakal menjadi seorang surirumah terkemuka, sepatutnya lebih hebat dalam bidang masakan. Bukannya Aini!

Ho ho.

Jadi, lihatlah dunia. Lauk yang kumasak semalam.

Ikan Masak Masam Manis.

Selalunya resipi ikan masak masam manis digunakan untuk ikan siakap, kerapu, bawal dan seumpamanya. Tapi semalam, bahan mentah semua dah habis. Yang ada di dalam peti ais adalah filet ikan yang beku kejung. Buntu otak apa yang boleh aku buat dengan ikan ni. Biasanya ditambah di dalam bubur atau dikukus bersama perahan limau nipis, tapi hanya aku seorang sahaja dalam keluarga ini yang berminat dengan masakan sihat seperti itu. Mat Tabligh pula berpuasa sunat hari khamis, mesti dia mengharapkan sesuatu yang istimewa di atas meja untuk berbuka puasa.

Hantam sahajalah, dan beginilah hasilnya.

Resipi:
1. Lumur ikan dengan garam dan tepung kastard.
2. Setelah minyak betul-betul panas (point yang sangat penting supaya tepung tak menyerap terlalu banyak minyak dan ikan tidak melekat di kuali), goreng ikan dengan api sederhana, dan angkat apabila salutan tepung kekuningan dan kelihatan rangup.
3. Tumis hirisan bawang, bawang putih dan lada merah.
4. Masukkan setengah cawan sos cili, setengah cawan sos tomato, sesudu sos tiram dan sedikit air.
5. Titiskan sedikit kicap manis jika anda suka [untuk rasa lemak manis dan warna masakan yang lebih menarik].
6. Tambah perasa seperti sedikit garam dan gula.
7. Setelah kuah menjadi pekat, tutup api. Tuang kuah di atas ikan hanya apabila hendak makan untuk mengekalkan kerangupan kepingan ikan.

Hasilnya bagaikan memakan tempura ikan yang rangup di luar, manis dan lembut di dalam bersama kuah masam manis. Bak fusion food gitu ehem.

Read more...

Lagi Lagi CD!

>> Tuesday, October 20, 2009

Aku sedang melayani Maryam yang sedang bahagia kekenyangan apabila kedengaran bunyi hon berkali-kali.

Hisy sapa pulak tu. Bising je. Mesti datang nak pick up jiran-jiran. Tak pun lori sayur.

Tin! Tin! Tin!

Aik dia hon lagi? Makin galak pulak tu. Eh eh... bunyi macam depan rumah aku je. Takkanlah aku ada visitor kot? Siapalah sudi melawat mama berpantang ni. Tapi kalau ada orang datang nak ajak aku ke Midvalley, apalah salahnya. Lagi-lagi yang drive kereta Iswara Aeroback Hijau Metalik tu :-p

Cop. Aku ada order barang from ebay lah! Ntah-ntah dah sampai kot. Kuintai melalui tingkap bilik. Yes! Van Poslaju!

Segera kucapai jubah coklat dan tudung ala ariani coklat, dan melompat keluar. Tersengih-sengih bila kubaca alamat pengirim, Shijiazhuang Hebei China. Buka sahaja bungkusan terus sms Aida.

Yiha brg darangan dah sampai! Hilang akal aku sekejap wakakaka.

Macam mana tak hilang akal? Nah. Tengok la sendiri.



Wah tak sabarnya aku nak pakaikan CD ni pada Maryam. Lebih-lebih lagi yang bercorak Blue Monkey dan Spongebob. Baby-baby lain tentu cemburu!

Aku juga tak sabar nak belikan 16 CD untuk SIL yang baru saja melahirkan. Baby girl jugak. Ah sebenarnya aku nak pow beberapa CD untuk tambah koleksi. Sebabnya brand itu ada warna putih. Memang kucari-cari CD berwarna putih plain. Klasik sekali!

OK la. Aku perlu berhenti di sini. Cerita pasal kegilaan CD memang tak habis. Ada banyak kerja-kerja rumah yang perlu dibuat sepanjang hari. Hey, susah rupanya jadi suri rumahtangga tau! Lebih penat daripada kerja pejabat yang berhawa dingin.

Read more...

Set Bersalin Ambar Kenanga.

>> Saturday, October 17, 2009

Aida fikir aku ada banyak masa untuk menulis tentang set bersalin. Tidakkah dia tau aku mempunyai jadual yang padat sebagai seorang surirumah yang berjaya? Bermula seawal pagi untuk menyediakan bekalan sarapan dan menyediakan anak-anak ke sekolah, kemudian berehat-rehat sebentar [baca:tidur] sehingga Numbers bermula jam 8, diikuti dengan Crime Scene Investigation, kemudian Early Edition, seterusnya Amazing Race......

Oh aku tidak sepatutnya melebih-lebih di situ kerana suami pembaca blog ini. Tidak En.Ahmad, saya mengetahui jadual rancangan AXN melalui laman web Astro. Percayalah.

Ngee.


OK ini dia set bersalin Ambar Kenanga. Nampak besar? Jangan tertipu dengan gambar. Semasa Aida mula-mula datang ke ofis dengan set bersalin ini, aku hampir terkesima. Adeh comel lote la sangat kotaknya. Anggaran kotak ayam KFC bahagi dua, atau mungkin besar sedikit dari kotak Big Mac. Di dalamnya ada empat botol berpenutup kuning yang kiut miut, dua peket plastik yang mengandungi enam biji pil, dan sekeping kertas yang menerangkan cara-cara penggunaan. Ya, itu sahaja. Tapi mungkin juga, kecil-kecil cili padi :-)

Tahap disiplin aku seperti biasa i.e. langsung tak berdisiplin. HAHA. Jadi mungkin keupayaan sebenar set bersalin ini tidak dapat dirasai. Tapi masih ada beberapa points yang boleh dikongsi bersama.

Aku hanya bersemangat di awal berpantang. Sekembali dari hospital, amalan tiga hari pertama dituruti. 2 biji pil tuju darah dan 2 biji pil IBU kutelan di waktu pagi, dan 2 biji pil tuju meroyan dan 2 biji pil IBU di waktu petang selama 3 hari berturut-turut. Kemudian, hanya ambil 2 biji pil IBU di waktu pagi dan petang. Tapi, aku terpaksa mengurangkan pengambilannya apabila Maryam sudah ada tanda-tanda kuning, dan seterusnya berhenti terus apabila Maryam dimasukkan ke hospital pada hari ke-6 sehingga Maryam dibenarkan pulang ke rumah pada hari ke-20+. Setelah itu, barulah aku berani mengambil semula pil IBU. Itu pun kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak.

Kesannya, dengan izin Allah, minggu yang pertama ketulan-ketulan darah keluar dengan bergayanya. Minggu kedua, normal flow. Minggu ketiga, ala-ala hidup segan mati tak mahu. Minggu ke-empat, spot sahaja yang nampak. Aku tersangat musykil kerana dengan anak pertama, nifasku melebihi had waktu i.e 60+ hari dan anak kedua, ngam-ngam saja. Setelah berjumpa dengan Dr.Marsita pada hari ke-30 dan membuat ultrasound, dia mengesahkan rahimku sudah bersih dan cantik terletak di tempat yang sepatutnya. Mungkin kerana amalan tiga hari pertama yang bertujuan memulih, membersih dan mengeluarkan saki baki darah-darah kotor disamping mengecutkan rahim.

Juga, pertama kali dalam sejarah hidup, pagi ini aku mendapat period yang pertama selepas melahirkan anak ketika masih dalam waktu pantang. Kebiasaannya, aku boleh solat penuh kira-kira setahun selepas melahirkan, atau selepas berhenti menyusukan anak. Ah aku baru berkira-kira dapat jimat wang tanpa perlu beli tuala wanita :-p

Aku juga difahamkan set bersalin ini sesuai untuk ibu yang bersalin normal, melalui pembedahan hatta wanita keguguran. Malah, anda boleh mula mengambil set bersalin ini bila-bila masa selama anda masih dalam jangka setahun selepas melahirkan. Unik bukan?

Read more...

Donning The CD.

>> Friday, October 16, 2009


Ha inilah dia rupanya CD. Oh maafkan mama, sayang. Bukan niat mama untuk dedahkan gambar porno kamu di sini.

Buat masa sekarang, CD agak besar untuk Maryam sebab CD memang di design untuk fit newborn sehingga age potty training. So untuk newborn nampak besar la skit. But dun worry, bukaan di kaki still ngam-ngam dan tidak bocor.

Walaupon secara logiknya kita perlu kerap menukar CD kerana ia lebih basah dan lembap berbanding disposable diapers, tapi saya rasa macam sama je. Malah kadang-kadang rasa rugi pakaikan disposible diapers sebab newborn kuat poo. Once Maryam dah crot, nak tak nak terpaksa tukar sebab tak selesa dan tidurnya terganggu. Yang tension tu bila seminit lepas tukar, dia crot sekali lagi. Ada kalanya crot tiga kali berturut2. Tiga huggies terbuang begitu sahaja. So rasanya lebih jimat menggunakan CD. Malah, saya perhatikan Maryam lebih selesa memakai CD kerana tidak gatal dek nappy rash.

Untuk menjimatkan penggunaan CD, saya pakaikan dua inserts. Satu microfiber inserts yang dibeli bersama CD, dan satu lagi lampin kain biasa yang dilipat memanjang. Jika lampin layer pertama sudah basah, saya hanya keluarkan layer pertama. Saya juga menggunakan nappy liner. Jadi jika Maryam crot berkali-kali tanpa wee wee, saya hanya perlu tukarkan nappy liner. Kos nappy liner hanya RM16 untuk 150 helai. Kos CD around RM40 (harganya lebih murah kalau anda berjaya bidding di ebay). Selalunya pembelian CD akan disertakan dengan satu insert. Lampin kain biasa kalau tak silap berharga RM20+ untuk sedozen.

Saya kira-kira saya sudah berbelanja around RM400 untuk 14 CD (termasuk 8 CD yang menang bidding ebay semalam hehe). Bandingkan dengan kos pembelian disposable diapers selama dua tahun, RM2000 mungkin? [Anggaran 2 kali pembelian diapers sebulan berharga RM40 selama 2 tahun] Investment yang berbaloi bukan?

Mungkin anda akan kata, ada lagi kos air & eletrik. Ehem saya tinggal di Selangor dan saya tak pernah bayar bil air sejak pilihanraya yang lalu. Bil elektrik? Ala.... skit sangat untuk dicuci. Tak berbaloi nak masuk mesin. Basuh tangan saja lorr. Dan jika kamu kira sumber semula jadi yang dibazirkan ketika production of disposable diapers juga faktor masalah persekitaran untuk pelupusannya, itu lebih-lebih lagi membimbangkan.

Amacam? Sudah tertarik?

Read more...

Tentang Cloth Diaper & Penyusuan.

>> Thursday, October 15, 2009

Semalam bukanlah hari yang baik untuk menyidai pakaian. Semua cloth diaper dan inserts di ampaian tidak kering. Memandangkan Baby Maryam cuma ada 10 cloth diapers, hanya tinggal 2 sahaja yang kering dan nampaknya hari ni terpaksa pakai disposable diapers yang tak environmental-friendly itu. Ya, aku pencinta alam sekitar.

Takpe. Aida dah tolong bidkan 8 lagi CD di ebay. Harap-harapnya berjayalah!

Semasa menggunakan CD, aku discover satu keajaiban ciptaan Tuhan. Mungkin tampak remeh, tapi aku rasa ia benar-benar menakjubkan. Mula-mula aku tak percaya. Dalam FAQ penggunaan CD ada mention not to worry about poop stains because the sun will remove it. Biar benar? Tapi memang benar. Tak kira stain kecik ke stain besar, cahaya matahari akan menghilangkannya. So tak payah pon berus beria. Sekadar dua tiga kali berus, bilas, jemur dan biarkan matahari lakukan selebihnya. Wah, senang bukan? Aku memilih untuk basuh tangan saja untuk selamatkan dunia dari penggunaan elektrik dan air yang melampau.

Psstt... kedekut sebenarnya. Nak jimat bil :-p

Selain itu aku juga kedekut nak beli susu tepung. Jadi susu ibu that's it. Oh anda mesti dah selalu dengar tentang kebaikan susu ibu kan? Tapi biar aku berterus terang, kebanyakan keputusan aku banyak berkisar tentang penjimatan. HAHA.

Tapi ada sedikit kekecewaan di situ. Tak banyak yang dapat diperah. Hanya 2 oz sahaja. Adakah susuku memang sedikit? Atau pam tak cukup power?

Psst... kawan-kawan seofis, nampaknya tak payah la korang belikan breast pump sebab aku dah beli. Silalah hadiahkan benda best yang lain. CD bercorak-corak kartun yang kiut umpamanya :-p

Read more...

I Know What You Did Last Confinement.

>> Tuesday, October 13, 2009

Aini bertanya,"So, apa kau buat kat rumah?"

Aida tolong jawab bagi pihak,"Tengok CSI, Amazing Race....."

Oh sebenarnya senarai itu lebih panjang.

- Midsomer Murders
- Jane Doe
- Mystery Women
- Psych
- McBride
- Crossing Jordan

Aik? Semua cerita penyiasatan? Mujur takde series Sherlock Holmes :-p

Daaannnnn,

Si Cantik dan Si Buruk Laku
Sumpahan Bunian

Wakakakakaka.

Follow Sumpahan Bunian bukan sebab jalan ceritanya tapi sebab Nora Danish sangat comel dan aku suka suka suka sangat dekat Elly Mazlein dalam cerita ni. Wataknya getik, bukan getik yang meluat, tapi comel sangat-sangat. Mesti nak tergelak bila part Azira cuba nak menggoda Adam. Yang spoil dalam cerita ni, ialah pendokong watak Adam i.e. hero. Hensem tu boleh la kata hensem, cuma feel tak sampai la dik. Cuba lagi OK?

Read more...

Crocs.

>> Saturday, October 10, 2009

Psst.... sapa nak order kasut crocs, boleh inform saya ye? SIL ada di Manila, kasut crocs murah banget katanya di sana. Ori OK? Caranya, you all google google dulu kasut crocs mana yang berkenan, lepas tu tepek gambar kasut tu and email saya at hartinidewi@hotmail.com. Bagi detail information such as warna apa, saiz apa dsb. Tapi tiada pengembalian barang dagangan OK? So specs yg you all bagi tu kena betul. Aci?

Tentang harga, at the moment saya pon tatau harganya berapa. SIL pon tak cakap dgn jelas hari tu. Maybe depending pada model kasut kot?

Cumanya you all kena tunggu lama skit la sebab my bro and family balik 17 Disember nanti.

Psstt Aini, aku berkenan kasut ko. Aku beli yang sama aci? Nyehe.

Read more...

Nasty Poops.

>> Wednesday, October 07, 2009

Even though Baby Maryam spends most of the day sleeping and has yet to show her real attitude, as of now she has one peculiar habit. She would scream tak hengat dunia while kicking her legs to the air and refusing feed. For babies that age, there are two possible reasons for their cries, one hunger, two dirty diapers. Tak sempat menyempat as if yelling "Hey Mom, I need to change my nappy. Clean my butt NOW!" Her mom would hastily finish up the dirty job in panic mode, and the moment the huggies was securely zapped on, she would croott on the clean diaper, gave us her most heavenly face and back to slumber.

How convenient.

******

OK since Da dah tanya, here's K.Ita tukang urut info:

Contact No.: 0169161536
Coverage Area: KL & PJ
Services: Urut, Tungku & Urut Bersalin, Lulur, Facial
Charges: Urut RM30, Tungku & Urut Bersalin RM50, Lulur RM30, Facial RM30. Kalau ambil dua services (eg. lulur & facial), dapat RM10 discount
Others: Bengkung RM30, Tapel RM20, Set Penjagaan Muka RM30

Rasanya K.Najah ada tanya pasal tapel kan? Well, tapel tu untuk mengempiskan perut ler nyehehehe. Kata K.Ita, seeloknya tapel dibancuh dengan air panas supaya tapel boleh bekerja dengan lebih lama untuk membakar lemak-lemak tepu. Sebelum kita pakai bengkung, kita tenyeh tapel kat perut. Haaa lepas tu rasakan la kepanasan tapel di perut kita selama 8 jam Insya Allah. Kalau rasa panas tu, mungkin tengah berkhidmat untuk negaralah tu kuikuikui. K.Ita cakap lagi, mungkin ada rasa gatal-gatal skit sebab kulit perut sedang mengecut la gitu kekdahnya.

Mana aku tau pasal K.Ita? Nyeh nyeh. The power of google laaa. Dasyat K.Ita nih. Tukang urut pon dah pandai advertise kat Internet. Siap tanya aku, kau baca iklan melayu ke bahasa inggeris? Pergh. Yang kelakarnya tu, aku hampir fedap sebab mostly tukang urut yang aku jumpa kat internet tu cover area hujung2 dunia mcm Kajang, Bangi, Putrajaya, Banting [ampun ye org2 Kajang, Bangi, Putrajaya dan Banting hehe] dan harga pon ala-ala rate spa gitu. Alhamdulillah, final call tu dapat K.Ita yang duduk dekat je dengan rumah aku kuikuikui dan harganya pon boleh diterima akal. Kalau tak dapat K.Ita ni, memang aku dah pasrah tak payah berurut. Tapi mak aku la dok membebel manjang. So aku amek pakej tiga hari dengan K.Ita dan habis la sudah idea mak aku nak membebel :-p

Read more...

Neonatal Jaundice.

>> Friday, October 02, 2009

Oh banyaknya cerita untuk dikongsi bersama! Baru hari ni sempat menulis kerana baru saja keluar dari Hospital Pantai petang semalam. Alhamdulillah, saya sihat cuma Baby Maryam berpanjangan demam kuningnya. Maklumlah, tak sabar sangat nak lihat dunia, mungkin ada organ yang tak fully developed. Saya difahamkan organ-organ bayi akan fully developed pada bulan yang ketujuh, so it would be safer for them untuk keluar melihat dunia pada waktu itu, but not on the 8th month sebab development cycle berlaku sekali lagi during that period.

Jadinya kami berkampung di hospital agak lama. Mula-mula di Hospital Pantai Bangsar. Kemudian pujuk Doc Kama untuk dischargekan kami awal sebab dah nak dekat raya. Kalau lambat sangat, takut terperangkap traffic jam di lebuh raya. Menangis la mama dalam pantang ni kalau berjam-jam dalam kereta kan? Doc Kama agreed sebab kami promise akan sambung rawatan di hometown. Discharge saja, terus kami bergegas ke Batu Pahat. Kononnya nak admit ke Hospital Pantai Batu Pahat. Sampai di Batu Pahat dah malam, so kami terus ke rumah abang dan zzzz.

Pagi Jumaat kami pon dengan rasa berkobar-kobar pegi ke Hospital Pantai Batu Pahat. Tapi hampeh! Sampai mati takkan kulupa paed yang buat tak layan je dengan kes Baby Maryam ni. Tak payah warded katanya. Lama-lama hilang la demam kuning tu. Ggrr sabar je la. Tapi hatiku yang marah itu kupujuk dengan membeli belah di Carrefour Batu Pahat yang begitu best sekali. Ramai dok tanya baby umur berapa bulan. Makcik terpaksa menipu OK? sebab mula-mula makcik cakap yang benar, lepas tu kena bebel sebab makcik kan baru seminggu bersalin, tak sepatutnya jalan-jalan dengan selambanya di pusat membeli belah HAHA. Selepas hebat berbelanja untuk raya, barulah kami bertolak ke Benut.

Sudahnya kami beraya setiap hari di Klinik Pontian untuk check bilirubin level. Klinik tak buka sempena raya, tapi mujurlah makmal buka. Oh masa ni la aku rasa sayang dekat gomen. Kesian jugak dekat awek lab yang tak dapat beraya, rasanya dekat seminggu dia tunggu lab tu, tapi awek tu baik je melayan kami yang suka sangat datang time makmal dah nak tutup :-p

Setiap kali kami check darah Maryam, bilirubin levelnya semakin meningkat. Aduh parah ni. Sudahnya bila klinik dibuka hari Rabu, doktor suruh datang lagi esoknya untuk buat blood test yang lebih komprehensif untuk check liver function. Berjam jugak la kami tunggu di klinik dan bila keputusan ujian darah keluar dan berjumpa doktor, confirm la perlu warded. Adeeehhh... masuk jugak hospital gomen. Boring-boring. Aku ingatkan cukup la sekali pengalaman masuk hospital gomen masa dengan Ameer dulu :-p

Tapi kitorang dah kowtim dengan doc untuk warded di hospital pontian to control and monitor the jaundice, lepas dah stabil kitorang nak transfer ke KL untuk diagnose root cause of the prolong jaundice. Bak kata doktor muda tu [yang kuat membebel, nampak sangat jiwanya yang concern dengan kesihatan kanak-kanak, tapi makpak la yang kena tahan bebelan], since company akan bayar all expenses, patient diorang ramai so let them concentrate on those yang tak mampu nak pegi private. Aku agak respek aaa Doc Koo sebab the night kitorang warded, dia terus datang cari. "Mana patient yang prolong jaundice tu?" Tergedik-gedik aku angkat tangan. Aku tanya mak-mak yang lain, diorang kata doktor tak pernah buat round call pon waktu malam, so rasa macam spesel la skit :-p

"Sure aaa you masukkan dia ke hospital sana aaa. In six hours you know." Bla bla bla. Adeh panjang wokay syarahan dia masa nak discharge tu. Anggukkan je la :-p

So sampai je KL, kitorang tak singgah rumah pon, terus je masuk Emergency Hospital Pantai Bangsar since its Saturday and Doc Kama pon still on leave. Baik gila Doc Vinoo yang bertugas time tu. Lembut je dia attend to us. Respek betul cara dia explain kat sorang pakcik that all his symptoms menjurus kepada intro-intro nak stroke, and dinasihatkan untuk admit ke ward to monitor his conditions. Handsome pon ye hehe.

Doc Vinoo terus call Doc Kama, and bacakan recommendation letter from Doc Koo. After getting the facts and figures, Doc Kama pon advise for admission. So berkampungla kami di sana selama hampir seminggu. Tapi aku tak kisah sebab:

- expenses all paid for.
- am eligible for single room, so ikut suka hati la aku nak pakai baju apa, tengok cerita apa, pasang volume TV sekuat mana, pasang aircond at any temperature level yang aku nak, and sesiapa nak berkampung kat bilik tu pon takde sapa nak marah. Ameer & Fatimah buat bilik tu macam hotel :-p
- makan sedap. their western food is to die for. sampaikan aku veggie-hater tegar pon boleh habiskan the served rabbit food.
- nurse baik hati. tak kira la jam berapa aku picit loceng dan untuk reason apa sekali pon, diorang akan datang dengan senyuman. ada sekali tu aku picit loceng semata2 nak mintak tolong picitkan kakiku yang cramp. siap pesan lagi kalau nak apa-apa, panggil je diorang.
- doc kama yang tenang dan hensem HAHA. kalau aku jumpa dia semasa usia mudanya, ada kemungkinan aku jatuh hati dengannya. lebih impressed bila ahmad kata, doc kama satu-satunya orang yang dia jumpa di surau di awal waktu. siap ahmad tepuk bahunya lagi sebagai tanda masuk makmum. agak-agak dia ada anak bujang tak? eh lupa aku dah kawin, siap ada tiga orang anak lagi wakakaka.

Cop.

Semua doktor pon aku impressed ni gimana dong?

:-)

Anyway, esok ada date dengan Doc Kama lagi, so kalau confirm Baby Maryam is cleared from jaundice, makcik tak sabar-sabar nak start berpantang dan makan jamu ni! Yeehaa!! Esok pon ada ngedet dengan K.Ita untuk berurut dan bertungku. Siap order tapel lagi from K.Ita. Nak kutenyeh di perutku yang menggeleber ni :-p

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP