Jualan Hari Raya Qorban.

>> Saturday, November 21, 2009

Pengumuman Penting
WAJIB BACA ^_^



Pretty Modesty akan mengadakan jualan di Tingkat LG1 Menara TM (di hadapan Bank Islam) pada 23 - 24 November 2009 (Isnin & Selasa depan) sempena Hari Raya Qorban.

Barang yang bakal diperdagangkan termasuk tshirt muslimah bermotif batik kontemporari, tudung trend terkini, dan blouse mix-and-match.


Tudung pusing mudah dipakai RM10 & Tudung kain kapas RM8 sahaja!


Tudung material tshirt yang selesa hanya RM10 & Selendang Yuna hanya RM10!


Tshirt muslimah batik dan blouse mix-and-match.

Datanglah ke booth Pretty Modesty dan beritahu tinidewi kata kunci ini:

Saya suka Pretty Modesty.

dan dapatkan hadiah istimewa untuk 10 pembaca pertama yang bertuah.

Ajaklah kawan datang beramai-ramai dan gempakkan suasana!

Read more...

Di Persimpangan Dilema.

>> Thursday, November 19, 2009

Aduh. Berkecamuk otak jadinya. Saya memang bersungguh benar nak hantar surat perletakan jawatan sebelum 1 December ini. Tapi bertubi-tubi komen yang saya terima. Sekarang ni saya betul-betul keliru.

Ada yang menasihati saya untuk cuba memohon VSS. Tapi saya tak cukup kekuatan untuk berjumpa GM untuk mendapat sokongan. Terus terang cakap, bab-bab begini saya memang lemah. Bergaduh dengan Executive Vice President masa meeting boleh pula. Mengikut pengalaman lepas, saya menangis ketika memberitahu bos saya. Takkan nak menangis sekali lagi. Malu beb!

Tentu dia akan bertanya kenapa. Saya tak rasa jawapan anak nak masuk sekolah boleh digunapakai sebab kebanyakan orang hanya blink blink apabila saya berkata begitu. Bagi mereka, anak mereka pon sekolah juga tapi tak pula mereka berhenti kerja. Saya fikir, jawapan tak berminat adalah jawapan yang tak boleh disangkal lagi, sebab orang yang tak berminat dengan kerjanya samalah macam orang yang tiada jiwa. Tapi itu bakal mengundang pertanyaan Kenapa kamu tak tukar jawatan saja? Kan banyak jawatan kosong di sini? Akhirnya kantoi la saya ni pemalas :-p

Ada juga yang menasihati saya untuk menunggu selepas mendapat bonus. Dianggarkan pada bulan March. Jika selepas March, bermaknanya saya akan berhenti kerja hanya 3 bulan selepas itu. Aduh sanggupkah saya bertahan? Sudah letih sangat rasanya.

Bantu saya, dan undi pilihan anda. Kalau rajin, tinggalkan komen anda sekali :-)



Nota: Minta maaf kepada yang sudah mengundi sebelum ini kerana poll yang saya create bermasalah :-(

Read more...

Frozen EBM Stock.

>> Monday, November 16, 2009

Ini adalah trofi bagi seorang ibu yang menyusukan. Wajib bagi mereka meletakkan gambar stok perahan susu ibu beku mereka di dalam blog sekurang-kurangnya sekali seumur hidup :-)


Ini pula bayi yang mungkin berkata,"Mama, di mana susu saya?"


Ini pula kanak-kanak yang meninggalkan ibu dan adik mereka di rumah pada Sabtu lepas kerana menghadiri majlis konvokesyen di Allson Klana, Seremban . Dua-dua monyok dipaksa mandi, gosok gigi, pakai baju, sikat rambut dan bergaya di hadapan kamera di awal pagi.


Mama akan merinduimu sayang sepanjang masa mama di pejabat.

Read more...

Hari Terakhir.

Hari ini hari terakhir. Esok saya terpaksa kembali ke pejabat. Malasnya. Alangkah bahagia kalau dapat bersenggang-senggang membaca buku dan menulis di rumah. Saya sudah hilang passion untuk kerja saya sekarang!

Read more...

Bestsellers.

>> Saturday, November 14, 2009

OK so I cried reading this


but not as much as I read this


I love The Curious Incident of the Dog in the Night-time because:

1. Even though the title is The Curious Incident of the Dog in the Night-time, it is actually a story of father-son relationship. And I love everything that has father-son/daughter relationship in it. It reminds me of the one that I had with my late father.
2. The narrator of the story is an autistic boy. It's as though the autistic boy's writing an investigation story because he had been accused of killing his neighbour's dog, so he decided to play detective and write it. So, the way the words are constructed a bit confusing yet amusing.
3. Usually fathers are the bad guys right? In this one, it was the mother who left the family.
4. Hurray to the autistic boy because they aren't supposed to be good in language, but he managed to finish writing a book [as if]. No, Mark Haddon is not autistic, he just happened to be working with them for years :-)
5. A lot of maths and physics in there, we're talking about gifted autistic boy here people, they live for maths and science, it makes my brain hurts HOHO. Luckily, the autistic boy care to explain with pictures. Oh I heard they're good at art too.

Bacalah!

Read more...

Terjemahan Kreatif: The Time Traveler's Wife

>> Tuesday, November 10, 2009

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Silap dan salah tolong tunjukkan

CLARE: It's hard being left behind. I wait for Henry, not knowing where he is, wondering if he's okay. It's hard to be the one who stays.

I keep myself busy. Time goes faster that way.

I go to sleep alone, and wake up alone. I take walks. I work until I'm tired. I watch the wind play with the trash that's been under the snow all winter. Everything seems simple until you think about it. Why is love intensified by absence?

Long ago, men went to the sea, and women waited for them, standing on the edge of the water, scanning the horizon for the tiny ship. Now I wait for Henry. He vanishes unwillingly, without warning. I wait for him. Each moment that I wait feels like a year, an eternity. Each moment is as slow and transparent as glass. Through each moment I can see infinite moments lined up, waiting. Why has he gone where I cannot follow?


CLARE: Tidak mudah ditinggalkan. Nanar aku jadinya. Tertunggu-tunggu kepulangan Henry setiap masa, tertanya-tanya di manakah mungkin dia berada, dan bagaimanakah keadaan dirinya. BenarSungguh, sukar sekali menanti.

Aku membiarkan diriku sibuk dengan pelbagai urusan. Masa lebih pantas berlalu begitu.

Tidur keseorangan sendirian, dan bangun masih keseorangan sendirian. Aku berjalan seorang diri mengisi masa lapang. Aku bekerja sehingga diri kelelahan. Aku memerhatikan angin lalu yang menerpa sayu, mengacah timbunan salju musim sejuk yang dingin membeku. Segalanya kelihatan mudah, sehinggalah kita memikirkannya. Hari-hari yang dilalui tanpa Henry tampak mudah. Hakikatnya, ia tidak semudah yang disangkakan. Mengapakah agaknya cinta ini ditambat orang yang tiada?

DahuluSatu tika dulu, para nelayan orang lelaki menongkah arus lautan yang ganas dan kejam, sementara kaum wanita menanti mereka di tepian pantai, tercari-cari kelibat kapal bot kecil di hujung horizon dengan pandangan penuh mengharap. Kini, aku pula menanti kehadiran Henry Kini, aku sudah mengerti apa yang dilalui oleh isteri seorang nelayan. Henry pergi Suamiku hilang begitu saja, tanpa kerelaan hati, tanpa sebarang tanda indikasi. Aku menunggunya dalam kepayahan kerinduan. Setiap saat kurasakan bagai setahun, bagai selama-lamanya.Setiap saat kurasakan Masa seperti begitu lambat berlalu dan telus umpama kaca, malah setiap saat kurasakan bagai bertahun lamanya. Penantian ini begitu benar-benar menyeksakan. Mengapakah aku tidak boleh aku pergi bersama dia? dia tidak boleh membawa aku pergi bersamanya?

[Nota: saya maintain frasa 'telus umpama kaca' kerana saya fikir ia satu metafora yang baik untuk membayangkan betapa kita boleh rasakan every single second that passes dek rindu yang mendalam].

Saya mengharapkan komen yang membina. Ayat tak best? Terlalu dramatik? Well, you know me, the DRAMA queen hehe. Atau kena tambah jiwang lagi?

Read more...

Mysunshine Giveaway & Cloth Diaper Fund for Rumah Titian Ashraful Rohaniah

>> Monday, November 09, 2009

Pertamanya, terima kasih buat rakan-rakan yang telah memberi sokongan kepada Cloth Diaper: Sharing is Caring Sales. You know who you are, thank you so much ya :wink: Alhamdulillah, as of today, tinggal 2 saja CD yang tinggal.

Keduanya, ahad lepas saya membaca blog-blog saingan saya di dalam contest yang dianjurkan oleh Sarah Rahim. Ahem saja meninjau peluang. Nampaknya setakat ni, saya mempunyai 1/8 peluang untuk menang CD Coolababy Snap Button dan legwarmer itu HAHA. OK itu bukan fakta penting yang saya nak bagitau di sini. Jadi abaikan ^-^

Dalam saya melompat sana sini, akhirnya saya terjumpa blog ini. Sungguh menarik sekali giveaway yang dianjurkan oleh Mysunshine. Saya mengambil keputusan untuk sama-sama menyertai giveaway tersebut. Memandangkan saya ada lebihan 2 CD.



Ketiganya, jika anda berminat untuk donate CD kepada RTAR, saya mempunyai 4 CD berjenama Babyland yang boleh anda beli dengan harga RM28 sehelai dan saya akan menanggung kos penghantaran ke RTAR. Oh, anda juga boleh menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Mysunshine, dan beritahu mereka bahawa donation CD anda akan dihantar oleh saya. Berminat? Hubungi saya sebelum 20 November.


Do your bit for charity. Insya Allah, tuhan akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik :-)

Read more...

Ketam Masak Lemak.

>> Saturday, November 07, 2009

Entah apa agaknya di fikiran Cik Yib ketika dia memberiku ketam Ahad lepas. Maksud aku, cuci ketam pon aku tak tahu! Inikan lagi nak masak. Mungkin dia ingin membenarkan kata-kata Gustov. Sesiapa pun boleh memasak. Hatta seekor tikus.

Tidak. Takde la sampai aku google cara-cara mencuci ketam. Err... memang aku ada terfikir nak lakukannya. Tapi Mak macam tau-tau je. Dia tunjukkan caranya sebelum bertolak pulang ke kampung.

Hari ni aku main hantam saja lah masak ketam. Cik Yib kata, sedap dimasak lemak cili api. So aku pun ikut cakap dia. Masak lemak, tolak cili apinya sebab tak sesuai untuk ahli keluarga ni. Resipinya aku main agak-agak saja. Campak sana campak sini sampai jadi macam ni.


Sedap? Entah la. Aku pun tak cuba lagi. Lagi pun, aku bukannya peminat ketam.

Psstt... ketika aku memotong kaki dan tangan ketam, mata Ameer membulat.

Mama, I'm scared.
Takpe la. Ketam tu dah mati dah pun.
Tapi, siapa yang tangkap dia?


Sayu suaranya. Hehe. Animal activist nampak :-p

Read more...

Photo Shoot Session With Yuzie Amir.

>> Friday, November 06, 2009

Semalam, setelah lama berkenalan di alam maya, barulah kami bersua muka. Ketika aku menunggu Yuzie memarkir kereta kakak iparnya yang dipinjam sementara keretanya di workshop, aku terpegun seketika di muka pintu apabila Yuzie akhirnya keluar dari kereta. Apa tidaknya, gaya kami sama! Kami memakai tshirt dan pants yang dipadankan dengan jaket, dan tudung ala ariani. Kebetulan? Atau mungkin kami mempunyai fashion sense yang sama :-)

Tapi jaket Yuzie lebih marvelous. Awal lagi aku dah perasan embroidery di kolar jaketnya. Beli di mana agaknya ya jaket itu? Di hujung pertemuan kami baru aku berani bertanya, dan rupanya Yuzie sendiri yang menambah bunga-bunga di kolar jaket. Wah marvelous sungguh! Pstt Yuzie... agak-agak kalau tini pon nak bubuh bunga dekat my denim jacket, aci tak? Hehehe.

Yuzie datang untuk photo shoot session Baby Maryam. Baby Maryam dah mandi-mandi, siap bersyampoo untuk pastikan rambutnya bersinar cantik di dalam gambar hoho. Tapi by the time untuk photo shoot dah masham balik. Muka pon berminyak-minyak. Cait. Selalu time tengahari dia tidur je, tapi semalam buat hal pulak. Sudahnya cik photographer kita kena la menunggu lama.


Gambar di atas hanya teaser. Nampak sangat diambil oleh photographer amateur. The piccas were taken before Yuzie sampai. Agaknya bunyi kamera tu kot yang menyebabkan Baby Maryam terjaga. Ampun Yuzie! Tak sabar rasanya nak tengok gambar-gambar yang Yuzie ambik tu. Tentu marvelous :-)

Apa taknya cik photographer kita ni siap jahitkan tutu yang comel untuk Maryam. Shocking pink lagi. Terima kasih ye banyak-banyak.

Gambar Baby Maryam boleh dilihat di www.beautkids.com. Tapi kena tunggu Yuzie upload dulu la ya? ^_^

Read more...

Reality TV.

>> Thursday, November 05, 2009

It is amazing how inspirational So You Think You Can Dance can be that I cried.

I don't know what to do with Nigel. To hate him, or to love him. For he can be very inspiring with his words of wisdom, giving you meaningful advise on how you can improve, and motivating you to keep the passion of dancing. The way he praises you for a good performance makes you cry for his sincerity really shows. Its hard to hate him with his fatherly figure, always showing concern if you have a twisted ankle, or a broken knee. Yet, he can be brutal too with his honesty, because the truth can sometimes kill you, and his words has a way to cut you deep.

But no doubt, Nigel is the star of the show. IMO, he is the best reality TV judge ever.

Read more...

Tentang Adik, Abang dan Pakcikku.

>> Tuesday, November 03, 2009

Adha, Mak dan Ali sekeluarga datang ke Kuala Lumpur hujung minggu lalu untuk menghadiri majlis konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak. Wah wah wah, abangku dan isterinya bukan main lagi. Selesai sahaja agenda utama pada Sabtu petang, mereka sekeluarga berjalan-jalan di Aquaria. Kami orang KL pon tak pernah pegi!

Keesokan harinya pula mereka berdua-duaan tawaf di Ikea. Seperti yang dijangkakan, mereka keluar jam 10 dan hanya pulang sekitar jam 4 petang. Apabila pulang ke Batu Pahat, kereta MPV mereka dipenuhi dengan barang dagangan. Inilah agaknya yang orang tua-tua kata, sambil menyelam minum air.

Aku harap orang tua-tua yang mencipta peribahasa ini tahu air masin hanya sesuai untuk hidupan laut, dan tidak boleh diminum oleh manusia. Boleh membawa maut. Mungkin mereka maksudkan menyelam di swimming pool.

Adha pula ambil kesempatan bawa awek berjumpa kami. Minta restu mungkin? No komen hehe. Apa pun, tak sangka our lil bro / sis begitu cepat membesar. Tak lama dulu, they poo-ed in their diapers, then suddenly they have already graduated dan sudah bekerja. Tahun depan dah boleh bagi anak-anak saudara duit raya [hint buat adikku]. Mungkin tak lama lagi akan berkahwin, dan akan ada keluarga mereka sendiri. Oh emosinya ku terasa :-p

Memandangkan mereka ada di Kuala Lumpur, aku ambil kesempatan ajak sanak saudara berkunjung ke rumah. Alhamdulillah, ramai yang datang merasa roti jala, kari ayam, mihun goreng, ayam rendang, ayam goreng berempah dan kuih muih. Antaranya Cik Yib, adik Mak. Psstt kalau nak tau, dialah ketua polis Kuala Selangor yang baru. [So don't you ever mess with me HAHA]

Tapi itu bukanlah fakta yang aku nak bagitau di sini. Yang lebih penting, dia bawa bermacam produk Kuala Selangor. Paling best tentulah hidupan lautnya. Peti sejukku penuh dengan 2 ekor kerapu, 3 ekor ketam yang gemuk2, sekilo udang, separuh ikan senangin, dan separuh ikan jenahak. Itu pun dah bahagi separuh dengan abangku.

Selain itu, dia juga bawa buah yang perlu disebut dengan satu nafas i.e. buah kuini, dan keladi. Keladi yang berkilo-kilo juga telah dibahagi-bahagi oleh Mak, sebab dia tahu tahap kerajinan anak perempuannya untuk memasak tidak begitu memberangsangkan. Yang ditinggalkannya untuk aku hanyalah 4 biji yang kecil-kecil. Itu pun sebelum bertolak ke Benut, puas dia mengingatkan supaya goreng cepat sebelum busuk :-p

Hmm... nampaknya perlulah aku meng"google" resipi-resipi menarik untuk hidupan laut istimewa dari Kuala Selangor!

Read more...

Sarah Rahim's Birthday Giveaway.

>> Sunday, November 01, 2009

Hei kawan-kawan! Sarah Rahim nak sambut harijadinya, dan dia bermurah hati nak bagi kita hadiah. Haa apa lagi, klik la kat sini. Anda mungkin pembaca bertuah! Tapi saya harap orang itu adalah saya :-)


Ketahuilah pendapat Malaysia's Next Top Babe, MARYAM SAFIYYA, dan ibunya tentang Cloth Diaper.


Kata Maryam:
"Ia satu fashion statement yang hebat! Saya kelihatan cool sekali ketika memakainya. Malah ia mudah digayakan mengikut mood dengan pilihan warna yang pelbagai dan ceria. Hari ini saya ingin bergaya retro, jadi saya memadankan baju berbelang ungu dan merah jambu dengan CD ungu yang mempesona. Pasti ramai yang cemburu dengan penampilan saya! Psstt.. Mama kata dia membelinya kerana ia lebih menjimatkan, tapi itu hal orang dewasa. Bayi hanya mahu berseronok!"

Kata Hartini:
"Ini revolusi dalam penjagaan bayi! Ia menawarkan tiga kemesraan - mesra bayi, mesra alam dan mesra poket. Mulanya saya ragu-ragu kerana akan hanya menambahkan lagi tugasan menguruskan rumahtangga sediada. Rupanya tidak sesukar mana. Hanya buang kotoran, rendam seketika jika mahu, basuh sekadarnya, bilas dan jemur. Tidak perlu menyental kerana kesan kotoran akan hilang begitu sahaja oleh cahaya matahari. Oh saya terlupa, nampaknya ia juga mesra mama!"

Baca juga posting-posting Hartini tentang Cloth Diaper:
Lagi Lagi CD!
Donning The CD.
Tentang Cloth Diaper & Penyusuan.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP