Fatimah dan Fashion Sense.

>> Tuesday, December 29, 2009

Mama?!
Uh oh. Ni apa kes pulak, muka punyalah garang.
Ye?
Kenapa Mama bawakan baju saya macam ni?
Macam mana?
Ye la, baju warna ni, seluar warna ni.
Tak matching ke?
TAK!

Err.. perlu ke aku layan statement diva macam ni?

Read more...

Jualan Akhir Tahun.

>> Tuesday, December 22, 2009

STICKY #2: Pengumuman Penting
WAJIB BACA ^_^

PRETTY MODESTY BAKAL MENGGEGAR LAGI!



Mungkin ada yang kecewa tak berkesempatan berkunjung ke gerai Pretty Modesty bulan lepas. Saya pun kecewa juga sebab tiba-tiba pihak penganjur beritahu jualan pada esok harinya terpaksa dibatalkan. Padahal semangat dah membara dan berkobar-kobar ^_^

Tapi takpe. Pretty Modesty akan sekali lagi mengadakan jualan di Tingkat LG1 Menara TM pada 21 - 22 Disember 2009 (Isnin & Selasa depan) sempena Jualan Akhir Tahun. Kali ini dengan promosi yang lebih menarik. Jeng jeng jeng.

Untuk setiap pembelian, anda akan pilih hadiah anda sendiri. Kami hulur mangkuk berisi kertas yang dilipat-lipat, anda baca bismillah, tutup mata dan pilih satu. Ha sapa tahu anda mungkin bakal pulang dengan tudung percuma yang anda pilih sendiri.

Dah la dapat hadiah, ada diskaun lagi! Jualan Akhir Tahun la katakan ^_^

Ajaklah kawan datang beramai-ramai dan gempakkan suasana!

Read more...

Jualan Jualan!

>> Monday, December 21, 2009

**UPDATE**


Booth Pretty Modesty di Menara TM berdekatan dengan Auto Teller Machine Maybank/CIMB/RHB.

Gaji dah masuk, ATM pon dekat. Takde alasan tak singgah hehehe.

Read more...

Fatimah & Her Daily Report.

>> Thursday, December 17, 2009

Hari hari ada saja yang diadunya. Report semalam berbunyi begini,

Mama, tadi kan, cat tu kan, dia, dia nak makan fish kita. Haaa fish kita besar macam ni mama [tangannya yang gemok pendek menggawang saiz ikan]. Tapi dia tak dapat fish kita sebab mama dia dah marah, haa mama dia marah dia, mama. Cat tu small, mama dia big. Sebab tu dia scared.

Apa agaknya laporannya hari ni. Layan je la ^_^

Read more...

Breastpump Medela Swing.

>> Saturday, December 12, 2009

Saya masih berhutang ulasan breastpump Medela Swing dengan mama dalam pantang kita ni.

Saya berkunjung ke rumah Aida pada hari cerita berkenaan BP manual Anakku ditulis. Tak pasti sama ada dia telah membaca posting itu, di mana saya telah berkata

Tapi yelah, kadangkala tu malas juga nak mengepam dengan tangan. Ada juga teringin hands free.

Tapi sejurus sampai di rumahnya, terus disorong Medela Swing lamanya kepada saya. Macam dah siap-siap letak di tepi sementara menunggu kedatangan kami [yang berjanji jam 4 tapi jam 6 tak sampai-sampai!]

Wah wah. Terkadang saya rasa macam saya ni salah seorang kembarnya sebab kami berdua saling memahami dan selalu saja boleh mengagak apa yang ada di fikiran masing-masing. Sebab saya memang berura-ura nak kecek Medela Swingnya itu! ^_^


Gambar dari www.medela.com


Saya terus mencuba Medela Swing pada keesokan harinya di pejabat. Saya terlupa bawa selendang panjang, lalu selendang seorang anak dara cun telah menjadi mangsa [sehingga hari ini]. Selendang itu dipakai memenuhi dada untuk menutup sebarang aktiviti yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang awam hehehe. Untuk mengepam secara bebas tangan, saya menggunakan dua getah yang diikat. Kemudian, satu disangkut pada muncung BP dan satu lagi disangkut pada cangkuk pakaian dalam. Pada mulanya saya terkial-kial juga. Alah bisa, tegal biasa ^_^

Saya mendapati Medela Swing mengambil masa yang lama untuk merangsang let down reflex. Itu sesuatu yang melecehkan kerana Aida sudah berpesan supaya segera menekan satu butang apabila susu mula keluar supaya susu tidak bermasuk ke dalam tiub. Tunggu punya tunggu susu tak keluar. Tapi apabila proses sudah bermula, ianya berjalan dengan lancar :-)

Oleh itu, saya fikir adalah lebih baik sekiranya kita merangsang sendiri let down reflex sebelum menggunakan Medela Swing. Err... rasanya tak perlu lah diterangkan di sini bagaimana caranya. Jika anda ingin tahu, boleh email saya secara peribadi hehehehe.

Oleh kerana bunyi motornya yang agak kuat, agak memalukan untuk menjalankan aktiviti walau di dalam cubicle saya. Di sebelah saya ialah seorang pengurus lelaki, dan di hadapan saya pula ada dua orang penolong pengurus lelaki, seorang baru saja berkahwin dan seorang lagi masih bujang. Pada percubaan pertama saya, mereka terpinga-pinga sambil menoleh ke arah saya. Untuk menghilangkan malu, cepat-cepat saya cari lagu-lagu yang boleh di pasang. [Ketika itu barulah saya tahu suami saya telah meletakkan satu folder khas untuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran hehe] Tapi sekarang saya sudah tak kisah. Keperluan anak saya lebih penting. Bukan begitu? ^_^

Kebaikannya, saya boleh mengepam secara bebas tangan sambil meneruskan pekerjaan saya seperti biasa. Kerana ralit bekerja, tak terasa masa berlalu. Oleh itu, kita tidaklah tertekan mahukan susu keluar dengan cepat dan banyak. Pastikan anda letak sapu tangan di bawah dada supaya susu tidak meleleh membasahi baju. Tompokan susu di kemeja formal anda sungguh tidak menarik :-)

Medela Swing juga mempunyai kuasa sucking yang lembut di mana N tidak terasa sakit. Malah tak rasa apa-apa pun sehingga saya terpaksa mengintai untuk pastikan ada aktiviti sedang berlaku di bawah sana. Bos saya juga cukup risau kalau-kalau susu saya sudah lebihi botol tanpa disedari. Dia yang tolong tengok-tengokkan. [Ya, saya dengan selambanya menjalankan projek semasa berbincang dengan beberapa orang yang lain di dalam biliknya, tapi jangan risau.. semuanya perempuan]

Namun saya fikir, sekiranya saya punya masa, saya lebih suka menggunakan BP manual Anakku saya itu sambil membaca buku di surau.

Read more...

Bumbo Babysitter.

>> Thursday, December 10, 2009

Farra mengharapkan testimoni tentang bumbo babysitter, dan memang sejak kebelakangan ini, saya suka memberi ulasan :-)

Sudah pastinya saya membeli bumbo babysitter empat tahun yang lalu kerana faktor kecomelan. Ini evidencenya:


Ketika itu harganya RM180. Agak mahal untuk produk yang mungkin hanya dipakai oleh seorang bayi sebulan dua sehingga dia mula bosan duduk memerhatikan dunia dan ingin belajar merangkak untuk aktiviti penjelajahan yang lebih mencabar. Tapi fakta itu tidak menghalang keputusan saya saat terpandangnya di Sogo. Adakala seorang ibu boleh jadi tidak rasional asalkan bayinya lebih comel dari yang lain :-p

Jangan salah sangka. Saya langsung tidak menyesal. Saya membelinya untuk anak yang kedua, dan saya pasti Tuhan akan memberkati saya dengan beberapa orang anak lagi. Insya Allah ia akan menjadi pelaburan yang berbaloi. Apatah lagi bumbo ini telah pergi ke beberapa rumah yang lain sepanjang empat tahun dan beberapa bayi sudah mendapat pengalaman bumbo mereka :-)

Sebagai seorang ibu bekerjaya dan tidak mempunyai pembantu, saya benar-benar menghargai bumbo. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah dan kita tidak boleh mendukung anak sepanjang masa. Bayi pula tidak suka hanya terbaring. Lebih menarik duduk atau baring dengan bahagian atas lebih tinggi sambil mata mereka meliar melihat sebarang pergerakan.

Tapi jangan terlalu berharap. Bayi mempunyai attention span yang pendek. Bersyukurlah jika dia seronok duduk di bumbo memerhatikan anda memasak di dapur selama satu atau setengah jam. Jika dia sudah mula merengek, cari idea lain untuk mengalihkan perhatiannya. Contohnya letakkan bayi di baby bouncer atau baby carrier yang mempunyai pemegang yang boleh ditarik ke atas dan ikat kain, sudu-sudu yang diikat dengan benang, mobile yang mengeluarkan bunyi atau apa sahaja yang boleh bergerak ditiup angin.

Setiap kali ada kenduri kahwin yang perlu dihadiri, saya akan membawa bumbo bersama supaya saya boleh letak Fatimah di atas meja, sambil saya menikmati hidangan yang sedap-sedap dengan tenang. Sudah pasti, ramai yang berhenti di meja untuk memuji kecomelan anak saya hehehehehe. [Ya, itulah tujuan sebenarnya :-p]

Empat tahun sudah berlalu, tempat duduk ini masih berkeadaan baik dan saya berpeluang [tak sabar-sabar lagi] menayang bayi saya yang seterusnya iaitu Maryam ^_^

Read more...

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

>> Wednesday, December 09, 2009

Ingat gambar stok susu beku yang saya tayang-tayang dulu? Semua tu dah tinggal kenangan. Dua malam yang lepas, Fatimah membiarkan pintu freezer terbuka semalaman. Kejadian disedari hanya setelah suami bangun solat Subuh.

Ye, Fatimah Azzahra yang tulah. Budak sama yang rosakkan Creative Multimedia speaker dan tuang air ke atas laptop Dell.

Sudahnya, pagi-pagi lagi saya sibuk pindahkan susu yang mencair ke bahagian bawah. Tapi takde gunanya juga sebab pengasuh inform pagi tadi yang Maryam asyik crot crot sepanjang hari semalam. Nampaknya susu-susu tu semuanya terpaksa dibuang. Tsk.

Dah la lambat, bila naik kereta, tayar pancit la pula. Aduuuhhh.... terpaksa naik lrt. Masuk ofis dah jam 9 pagi. Tambah lagi stress kena submit and present proposal pada Management.

Tapi alhamdulillah. Hari ni proposal saya diterima dengan begitu mudah sekali. Saya dah ready nak gaduh sekali lagi dengan EVP, tapi tak perlu gaduh pun. Habis saja presentation saya, terus diapprove.

Mungkin dia terpesona dengan tudung saya yang marvelous hari ni. Penuh glitter gitu ^_^

Read more...

Breastpump Manual Anakku.

>> Sunday, December 06, 2009

Seperti dijanjikan, kita berkongsi cerita tentang equipment utama iaitu breastpump. Jeng jeng jeng..... inilah dia breastpump ku yang tercinta ^-^


Bukan Avent, bukan Medela, hatta Ameda. Ini jenama tempatan saja. Sempena kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'. Untuk pengetahuan semua, kini jenama Anakku sudah mula berkecimpung dalam pasaran barangan penyusuan. Selain breastpump manual, mereka juga ada mengeluarkan breastpump yang menggunakan bateri. Tapi saya cheapskate. Beli yang paling murah hoho. Harga breastpump ini selepas diskaun ahli Kelab Anakku lebih kurang RM51+-. Harga sebenar tak ingat pula saya.

Menurut officemate, breastpump saya ni ada sebijik sejiban breastpump Avent. Ahem tak tahu pula tentang tu. Kalau sama, hehe beruntung la saya. Harganya murah berganda-ganda :-p

Bahagian-bahagian breastpump [ada satu bahagian yang tiada iaitu plastik yang diletakkan di corong untuk stimulate pengeluaran susu]:


OK mula-mula masukkan parts yang berwarna putih ke dalam parts plastik ni:


Kemudian, masukkan parts tadi ke dalam bahagian utama seperti ini:


Seterusnya cucukkan plastik berbentuk muncung ni ke dalam lubang di bahagian bawah part utama:


Kemudian, pasang handle seperti begini:


Wah dah siap!


Boleh digunakan dengan mana-mana botol yang mempunyai saiz opening yang normal. Sungguh menjimatkan space Coleman saya. Untuk setiap sesi selama 15 minit, Insya Allah saya boleh dapat 4 oz. Itu pun kalau tak stress :-(

Tapi yelah, kadangkala tu malas juga nak mengepam dengan tangan. Ada juga teringin hands free. Lagi best, dual pumping pula tu. Maklum saja, saya pengurus yang sibuk. Baru naik pejabat, dah masuk gear lima!

Read more...

Accesories For My Daily Secret Project.

Ha kalau nak tau, inilah beg khusus untuk projek mengepam. Besar kan?


Kadang-kadang tu malu juga. Lebih-lebih lagi kalau masuk lif yang hampir penuh. Orang tengok pelik je. Dengan beg laptop yang kembung dipenuhi dokumen dan beg sebesar gabak di bahu, banyak betul ruang hanya untuk saya. Ditambah lagi dengan saiz badan yang ala ala sumolah tu hehe...

Tapi aiman tak kisah. Sebabnya, haaa tengok la ni.


Macam-macam boleh masuk kan? Kadang-kadang tu, siap simpan bekal air lagi. Sejuknya nikmat sekali ^_^

Mulanya menyesal juga beli Coleman sebab besar sangat. Tapi bila masuk kerja, baru tahu memang betul keputusan beli Coleman. Sebab banyak sangat meeting dan kerja di luar. Jadi tak boleh bergantung sepenuhnya pada peti sejuk di pejabat. Insya Allah Coleman mampu tahan sejuk sepanjang waktu bekerja. Rasanya kalau 24 jam pon masih sejuk lagi. Cuma pastikan penutupnya sentiasa rapat.

Untuk tambah power, 3 reusable ice pack digunakan. Saya mencadangkan anda gunakan reusable ice pack sebab lebih menjimatkan dan tahan lama. Ice pack saya ni telah dibeli 4 tahun yang lalu. Sempat juga Aida guna untuk projeknya yang terdahulu. Rasanya harganya pun takde la semahal mana. Memang berbaloi kalau beli. Kalau pakai ice biasa, yang malasnya apabila ia mencair. Habis basah beg saya yang glamer ni hehe.

Kos:
Coleman [beli di Carrefour Midvalley] = RM70
Beg [juga beli di Carrefour Midvalley] = RM40
Reusable ice pack = Sudah tak ingat harganya

Untuk yang baru nak berkecimpung dalam hal pam mengepam atau yang belum sediakan accesories atau dah ada accesories tapi saja teruja nak beli lain, buat pengetahuan, Coleman dan reusable ice pack boleh dicari di bahagian barang-barang camping.

Nantikan gambar breastpump pula nanti! ^_^

Read more...

Hari Raya Adha.

>> Wednesday, December 02, 2009

Penat hari raya masih terasa. Bukannya buat apa tapi:

1. Penat duduk berjam-jam dalam perjalanan. Tak kiralah perjalanan pergi atau perjalanan pulang. Hangin satu badan aku. Sudahlah jauh, traffic jam pula tu. Kepada gadis-gadis Pantai Barat yang nak berkahwin dengan jejaka kelantan, batalkan sajalah niat kamu tu. Hoho.
2. Penat makan daging. Apa taknya, daging sepatutnya dikunyah-kunyah sampai lembut. Tapi aku tak kuasa nak kunyah lama-lama. Jadinya badan aku terpaksa bekerja lebih kuat untuk menghadam makanan.

Menariknya, Kelantan yang dijangka hujan tanpa henti sehingga hari Sabtu, mataharinya bersinar cerah dari Rabu hingga remang petang Sabtu. Begitulah kuasa Tuhan. Kerana Dialah yang mengawal segalanya.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP