Jualan Cloth Diaper Kembali Lagi!

>> Saturday, January 30, 2010

STICKY #1
Scroll down for tinidewi's latest update.



Hari tu CD cap ayam. Kali ni cap Babyland. Lebih comel, lebih ceria. Jahitannya kemas dan fittingnya sesuai untuk Asian baby.

Ada 7 pilihan warna ceria seperti di bawah ni:

Dari atas: Merah jambu, Kuning, Jingga, Biru, Ungu, Hijau, Merah.

Lebih banyak snap button untuk fitting di pinggang. Lihat juga jahitan untuk fitting paha yang lebih kemas:


Material untuk bahagian dalam yang menyentuh kulit bayi ialah fleece yang lembut dan tidak merengsakan. Poketnya mempunyai penutup untuk menghalang kebocoran:



Harga:
1 CD + 1 Insert = RM30
Tambahan 1 Insert = RM6
Pakej 4 CD + 4 Insert = RM110 (diskaun RM10)
Pakej 4 CD + 8 Insert = RM130 (diskaun RM14)
Kos Pos (Untuk pembelian <> 4 keping) = RM7

Read more...

Hutang oh hutang.

>> Friday, January 29, 2010


Ngeee duitku dah lesap! Tapi takpe. Rasa lega jadi orang yang tidak berhutang ^_^

Hutang rumah yilek. Hutang kereta yilek. Hutang kredit kad lagilah NIL. Lepas ni ai boleh submit surat-surat berkenaan dengan jiwa yang tenang hihi. Tapi kenalah pastikan duit yang dah lesap tu kembali kepada asal. Kalau tak, muka hijau lah cik abangku nak menanggung perbelanjaan mengejut ^_^

Ada hati lagi nak tukar moto baru hihihi. Tapi ada justification OK?

1) Kami terpaksa pindah ke Shah Alam June tahun ini. Suami tak sanggup naik kereta ulang alik Shah Alam-KL. Faham-faham la kan keadaan trafik Federal Highway tu macam mana. Mau berasap kepala beb. So naik motor la jawabnya. Untuk pemanduan jarak jauh yang selesa, perlu upgrade kepada motor yang lebih power daripada kapcai sekarang.

2) Kalau tak pindah SA pun, kena upgrade motor sebab hari-hari kena bayar parking RM7. Mana tahan beb. Nak keluar lebih awal tak boleh sebab sekolah agama Ameer start jam 7.30 pagi. Takkan nak hantar awal sangat.... bahaya untuk keselamatan.

dan yang paling penting:

PEMBONCENG SAIZ XXL kuang kuang kuang.

So kawan-kawan, sila bagi opinion nya motor apa yang sesuai. Requirement:

1) Pemanduan yang selesa.
2) Senang menyelit.
3) Tidak menyebabkan punggung pembonceng :ehem: tinggi menongkah langit :-p

Read more...

Bayi Perut Kembung.

>> Monday, January 18, 2010

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian tentu pernah melalui hari-hari yang tak-tertanggung-stresnya dek tangisan bayi bernada tinggi tanpa henti. Kadang tu rasa nak menjerit pun ada. Check punya check, oh baby kembung perut rupanya. Aha macam mana cara check tu? Senang je. Tepuk-tepuk perut baby, kalau tegang semacam siap ada bunyi hollow macam tong dram, kembung perut la tu namanya.

Selagi kita tak setel masalah ni, selagi tulah baby tak berhenti menangis. Ibu-ibu bapa-bapa pun jangan harap la dapat tidur. So tak dapat tidak, issue ni perlu diberi perhatian total.

OK macam mana nak pastikan baby tak kembung perut?

1. Mandi air suam. Lagipun, baby memang tak suka air sejuk.
2. Lepas dah selesa dan wangi, masa untuk berurut dengan minyak bayi. Nak lagi syok, guna minyak spesel untuk tidur yang selesa. Johnson ada jual produk ni OK? Yang penting, urut tapak kaki dan perut. Usap saja dengan lembut. Bukan urut ala-ala kaki terseliuh :-p
3. Pakai stokin sepanjang masa. Paling tidak, malam wajibul pakai stokin. Kalau ikut kitab penjagaan baby ku yg dah nak berkecai, kena pakai complete set tangan dan kaki gitu. Omputih panggil boots and mitten.
4. Kalau menyusu badan, maknya kena la jaga makan. Jangan la mengada nak minum ais memanjang. Lepas tu, kalau ikut mak ai, makanan semalam langsung takleh sentuh.

OK kak, baby ai dah kembung perut ni, macam mana nak buat?

1. Guna la minyak telon atau minyak yuyi untuk mengusap perut baby dengan lembut dari bahagian kanan ke kiri. Nak lagi best, usap ala-ala huruf S seperti aliran usus kita.
2. Sendawakan baby. Ada bermacam cara, tapi secara personal, cara yang paling efektif adalah dengan meletakkan perut baby di tulang bahu kita, dan tepuk-tepuk bahagian dada belakang baby.

Kalau semua cara di atas tidak relevan dan bayi masih menangis dengan hebat, cuba ini:

Dengan menggunakan ibu jari anda, tekan ibu jari kakinya dengan kuat. Cuba kedua-dua belah.

Jika bayi berubah menjadi tenang ketika anda melakukan perkara di atas dan sambung nangis selepas anda melepaskan ibu jari kakinya, nampaknya ada "elemen luar" yang telah menyebabkan bayi anda kembung perut. Insya Allah mudah saja cara nak menyelesaikannya. Keywordnya, yakin.

Dukung bayi anda dan bacakanlah ayat kursi kepadanya. Setelah habis bacaan kursi, hembus ubun-ubunnya.

Insya Allah bayi anda akan kembali tenang dan akan tidur selepas itu. Tak hapal ayat kursi la kak... Itu tak dapek la ahkak nak menolong OK? Pandai-pandai sendiri la dah jadi mak bapa orang ni.

Jika anda mendapati anak anda sentiasa tidak selesa dan kembung perut, ada kemungkinan "elemen luar" tersebut masih wujud dan bersembunyi di dalam urat ketika anda membacakan ayat kursi kepada bayi anda. Seeloknya berjumpalah dengan pakar untuk membuang "elemen luar" tersebut secara permanent. Atau, rajin-rajinlah beramal kat dalam rumah tu :-p

Semoga info ini bermanfaat.

Read more...

Oh tidak! Hutang kompeni tak habis lagi rupanya.

>> Wednesday, January 13, 2010


Huwah! Terpempan aku di Tingkat 10 tadi. Mati-mati aku ingat loan period selama 5 tahun. Rupanya 8 tahun.

Ya tuhan. Apakah ertinya semua ini? Aku masih terpaksa mengerah keringat bekerja di sini kah? TIDAAAAAAKKKKKKKKK........

Read more...

Hijab Organiser.

>> Tuesday, January 12, 2010

UPDATE [13/1/10] - SOLD OUT!

Lumrah wanita mempunyai banyak tudung. Kita ada tudung yang berbeza untuk acara yang berbeza, betul tak? Untuk pergi kerja lain, untuk pergi kenduri lain, untuk pergi pasar lain. Suami saya selalu muncung mulut bila nampak plastik dibimbit di tangan. Lagi-lagi tudung katanya. Tak cukup-cukup lagi ke? Bersepah tu dalam almari tu... tudung awak saja.

Hehe.

Perempuan, bang. Mestilah banyak tudung :-p

Untuk accommodate keperluan kita yang confirm banyak tudung, haaa ni dia HIJAB ORGANISER.



Ada 28 lubang semuanya jadi kita boleh sumbat je tudung dalam tu. Tak payah kecoh-kecoh nak lipat ke nak sangkut hanger satu-satu ke hapa ke. Bermacam jenis tudung boleh masuk hatta Ariani, Hajaba, Pashmina, Selendang Yuna, tudung RM5 pon boleh. Nak sangkut seluar dalam & baju dalam pun aci hoho.

Harga = RM25
Kos pos = RM7
Pilihan warna = Biru tua, biru muda, light pink, maroon

Hand deliver pun boleh untuk Menara TM dan kawasan sekitarnya.

Ni dia contoh letak tudung ye. Tudung I bling bling gitu. Ahaks.

Read more...

Jualan Amal Pretty Modesty

>> Friday, January 08, 2010

Baru-baru ini saya mendapat khabar tentang seorang kawan lama, Ramilawati Mustafa. Kami sama-sama bersekolah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Saya sekelas dengannya ketika Tingkatan 4 dan 5, malah dorm kami hanya sebelah menyebelah.

Saya mengenali Mila sebagai seorang gadis genit yang comel dan ceria. Masih teringat gaya jalannya. Langkah langkah yang pendek tetapi pantas. Namun beberapa tahun yang lalu, dikhabarkan dia menghidap sakit saraf yang rare dan dia memerlukan bantuan untuk berjalan. Kini, dia sudah pun lumpuh.

Betapa luluhnya hati saya. Dari setahun ke setahun saya berhajat mengunjunginya di Terengganu. Berkali-kali saya menyampaikan hajat kepada suami, tetapi tak pernah ada peluang. Kali ini, saya berazam untuk melakukan sesuatu.

Untuk itu, mulai hari ini sehingga 28 Februari, saya akan menganjurkan Jualan Amal Pretty Modesty dimana 30% daripada kutipan jualan akan disalurkan ke Dana Ramilawati. Mila memerlukan dana untuk menampung belanja perubatannya. Saya sangat-sangat berharap para pembaca boleh menyokong jualan amal ini sama ada dengan membeli atau mengwar-warkan jualan amal ini kepada rakan-rakan yang lain. Saya juga menganjurkan Giveaway Special sempena Jualan Amal ini.

Jasa anda amat-amat dihargai. Klik:

Jualan Amal Pretty Modesty
Giveaway Special Pretty Modesty

Read more...

Peraduan Saya Mahu Buku PTS.

>> Sunday, January 03, 2010

KLIK logo untuk mengetahui lebih lanjut hadiah-hadiah yang bakal membuatkan anda hilang akal beberapa minggu sehingga 3 Januari 2010.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP