tag:blogger.com,1999:blog-66084152024-02-20T14:58:19.407+08:00Tinidewi: Sana Sini Celoteh Suritinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.comBlogger812125tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-45760177388790757572017-12-02T15:45:00.000+08:002017-12-02T15:45:09.771+08:00Bab 2: Tom Terdengar Sesuatu - Bahagian 2
Tom ada banyak duit belanja. Sebahagiannya
daripada sebuah paten kecil yang dia pasarkan sendiri. Dia tinggalkan basikal
di luar kedai makan. Sebelum masuk kedai, dia ambil langkah berjaga-jaga dengan
merantai basikal. Dia lapar dan memesan makanan yang banyak. Ketika dia sedang
makan hingga hampir habis separuh pinggan,
dia terdengar namanya dipanggil.<o:p></o:p>
“Helo,
Ned!” balasnya setelah melihat seorang pemuda sebaya. “Kau dari mana?”<o:p></o:p>
“Aku
dari Shopton. Pagi tadi sampai,” jawab Ned Newton sambil menarik kerusi dan
duduk semeja dengan Tom. Dua pemuda ini memang kawan baik. Semasa mereka kecil,
mereka selalu pergi memancing, berenang dan memburu bersama. Sekarang Ned
bekerja di Bank Shopton, manakala Tom sibuk menolong ayahnya. Jadi, tak
dapatlah mereka selalu berjumpa.<o:p></o:p>
“Ada
kerja atau saja-saja?” tanya Tom sambil menambah gula dalam kopi.<o:p></o:p>
“Kerja.
Aku kena bawa beberapa dokumen bank ke First National di sini. Kau pula?”<o:p></o:p>
“Aku
datang atas urusan ayah aku.”<o:p></o:p>
“Kau
ada rekaan baru?” tanya Ned sambil membuat pesanan kepada pelayan. <o:p></o:p>
“Tiada.
Selepas reka pemukul telur yang aku ceritakan dulu, aku tak reka apa-apa. Tapi,
adalah benda yang aku tengah buat.”<o:p></o:p>
“Apa
kata kau reka kereta atau kapal terbang?”<o:p></o:p>
“Mungkin
satu hari nanti. Eh, cakap pasal kereta, kau dah tengok kereta Andy Foger?”<o:p></o:p>
“Dah,
cantik betul kereta itu! Kau dah tengok?”<o:p></o:p>
“Dah
tengok sedekat-dekatnya. Nyaris dia langgar aku pagi tadi.” Tom pun
menceritakan kejadian yang berlaku.<o:p></o:p>
“Perangai
Andy itu memang entah apa-apa,” kata Ned. “Sekarang ayahnya belikan kereta,
makin teruklah perangainya nanti.”<o:p></o:p>
“Kalau
dia cuba langgar aku lagi, nahas dia!” kata Tom dan seterusnya memesan secawan
kopi yang kedua.<o:p></o:p>
Dua
orang kawan baik itu terus berbual-bual. Ketika Ned bercerita tentang kamera
barunya, tiba-tiba Tom terdengar seseorang berkata-kata, di meja betul-betul di
belakangnya, dengan suara yang agak kuat.<o:p></o:p>
“Bengkel-bengkel
itu terletak di Shopton. Semuanya dekat dengan rumah Barton Swift.”<o:p></o:p>
Tom
terperanjat dan mula memasang telinga.<o:p></o:p>
“Susahlah
macam itu,” balas seorang lelaki. “Tapi kalau rekaan itu berharga macam…”<o:p></o:p>
“Senyaplah!”
Salah seorang daripada mereka mengingatkan. “Tempat ini terlalu terbuka untuk
bincangkan hal ini. Tunggulah kita keluar kedai. Salah seorang daripada kita
kena jumpa Barton, dan kalau dia berdegil…”<o:p></o:p>
“Kau
itu yang patut senyap,” bidas lelaki yang mula-mula bercakap tadi. Kemudian
suara-suara itu menjadi perlahan.<o:p></o:p>
Tapi
Tom telah pun terdengar sesuatu yang membuatkan dia entahkan takut entahkan
tidak. Dia terperanjat mendengar nama ayahnya disebut-sebut hingga terjatuhkan
garfu.<o:p></o:p>
“Kenapa,
gelabah?” tanya Ned sambil ketawa.<o:p></o:p>
“Agaknyalah,”
balas Tom. Tanpa menunggu pelayan, dia tunduk untuk mengutip garfu. Dari hujung
mata, dia mencuri pandang pada lelaki-lelaki tak dikenali itu. Dia terkejut
apabila melihat salah seorang daripada mereka adalah lelaki sama yang
dilihatnya di pejabat pos, yang menepati gambaran orang yang menanya-nanya En.
Merton tentang bengkel-bengkel ayahnya.<o:p></o:p>
“Aku
akan pasang telinga betul-betul,” fikir Tom sambil menghabiskan makanan.<o:p></o:p>
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-69571234218792644762017-12-01T15:31:00.001+08:002017-12-01T15:31:20.120+08:00Bab 2: Tom Terdengar Sesuatu - Bahagian 1
“Nampaknya
semua tak apa-apa,” kata Tom. “Seinci saja lagi, nyaris aku kena langgar. Siapa
orang itu? Kalaulah aku ada motosikal macam itu. Banyak masa boleh jimat
berbanding naik basikal aku ini. Harapnya satu hari nanti, aku ada motosikal.
Sudahlah, baik aku sambung perjalanan.”<o:p></o:p>
Tak
lama kemudian, sampailah Tom ke Mansburg. Dia terus ke pejabat pos untuk
mengepos surat itu sebagai surat berdaftar. Teringat pesanan ayahnya, dia
memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang mencurigakan. Tapi, ada seorang lelaki saja di situ. Lelaki
itu berpakaian segak, dan bermisai. Lagaknya seperti begitu khusyuk membaca
jadual keluar masuk surat.<o:p></o:p>
“Encik
nak resit penerimaan surat berdaftar itu dihantar ke sini atau Shopton?” tanya
kerani pejabat pos kepada Tom. “Tapi sebenarnya, resit itu memang akan dihantar
ke sini, dan encik boleh telefon untuk bertanya. Saya akan tulis ia perlu
dihantar kepada En. Barton Swift dengan cara penghantaran biasa, dan encik
boleh ambil bila-bila masa encik datang ke sini.” Kerani itu kenal Tom, jadi
mudah mereka berurusan.<o:p></o:p>
“Baiklah,”
jawab Tom. Ketika dia menoleh dari kaunter, dia ternampak lelaki tadi sedang
memandangnya dengan perasaan ingin tahu. Pada masa itu, dia tak fikir apa-apa,
tapi akan tiba masanya nanti, dia akan menyesal dan berharap kalaulah dia
perhatikan lelaki berpakaian segak itu dengan lebih teliti. Kemudian, apabila
dia keluar dari pintu luar, dia nampak lelaki itu pergi ke kaunter surat
berdaftar. <o:p></o:p>
“Banyak
urusan surat-menyurat dia,” fikir Tom. Hal itu berlalu begitu saja dari
fikirannya apabila dia menunggang basikal dan bersegera ke bengkel En. Merton.<o:p></o:p>
“Saya
minta maaf banyak-banyak,” kata En. Merton apabila Tom beritahu yang dia datang
untuk mengambil bolt. “Bolt-bolt itu belum siap sepenuhnya. Ia perlu
dihaluskan. Saya tahu saya dah janji pada ayah awak. Sebenarnya, boleh saja
kalau ayah awak nak ambil. Tapi saya tahu ayah awak sangat teliti. Salah
seorang pekerja terbaik saya pula jatuh sakit. Itu yang terlewat.”<o:p></o:p>
“Berapa
lama haluskannya?” tanya Tom.<o:p></o:p>
“Dalam
sejam. Pekerja saya sedang siapkannya. Kalau awak datang petang ini, ia akan
siap. Boleh?<o:p></o:p>
“Rasanya
bolehlah saya tunggu,” balas Tom dengan sopan. “Nampaknya saya kena makan
tengah hari di sini. Tak sempat nak balik makan di Shopton.”<o:p></o:p>
“Pasti
siap selepas makan,” janji En. Merton. “Ada hal lain saya nak tanya awak, Tom.
Ayah awak ada terfikir nak beri kerja yang dia beri saya selama ini kepada
orang lainkah?”<o:p></o:p>
“Tak
pula saya tahu. Kenapa?” Berkerut-kerut dahi Tom mendengarnya.<o:p></o:p>
“Tempoh
hari, ada orang tak dikenali datang. Dia tanya pasal kerja-kerja ayah awak.
Saya dah cerita pada ayah awak tentang hal ini. Orang tak dikenali itu cakap
dia dan kawan-kawannya nak buka bengkel. Dia nak intai-intai peluang berniaga
dengan ayah awak. Saya cakaplah yang saya tak tahu apa-apa pasal urusan ayah
awak. Selepas dia beredar, saya tak dengar apa-apa. Memanglah, saya pun tak nak
hilang peluang niaga dengan ayah awak. Alih-alih pagi tadi, lelaki yang sama
datang lagi, tanya pasal bengkel ayah awak.” <o:p></o:p>
“Yakah?”
tanya Tom teruja.<o:p></o:p>
“Ya.
Dia tanya di mana bengkel ayah awak, bagaimana susun aturnya, dan kerja apa yang
ayah awak buat di situ.”<o:p></o:p>
“Encik
cakap apa kepadanya?”<o:p></o:p>
“Tak
cakap apa-apa. Saya syak sesuatu, jadi saya cakap lebih baik dia sendiri jumpa
ayah awak. Bolehkah saya cakap begitu?”<o:p></o:p>
“Boleh.
Ayah tak nak kecoh-kecoh. Agaknya mereka nak apa?”<o:p></o:p>
“Bunyinya
macam dia dan kawan-kawannya nak beli bengkel ayah awak.”<o:p></o:p>
“Saya
tak rasa ayah nak jual. Ayah buat bengkel untuk kegunaan sendiri membuat paten
saja. Saya pasti ayah takkan jual.”<o:p></o:p>
“Saya
pun fikir begitu, tapi saya tak beritahu lelaki itu. Saya rasa lebih baik dia
ketahui sendiri.”<o:p></o:p>
“Apa
namanya?”<o:p></o:p>
“Dia
tak cakap. Saya pun tak tanya.”<o:p></o:p>
“Orangnya
macam mana?”<o:p></o:p>
“Dia
berpakaian segak, siap bersarung tangan. Dia ada misai.”<o:p></o:p>
Tom
tersentak hingga En. Merton pun perasan wajahnya berubah.<o:p></o:p>
“Awak kenal?” tanya En. Merton. <o:p></o:p>
“Tak,”
jawab Tom. “Tapi, tadi saya nampak…” Tom berhenti berkata-kata. Dia teringat
lelaki yang dilihatnya di pejabat pos. Gambarannya menepati, tapi masih terlalu
samar untuk dipastikan.<o:p></o:p>
“Tadi
awak cakap, awak pernah nampak orang itu?” tanya En. Merton sambil memandang
Tom dengan perasaan ingin tahu.<o:p></o:p>
“Tak,
ya, baiklah, nanti saya beritahu ayah,” tergagap-gagap Tom membalas. Tom fikir
lebih baik dia tak cakap apa-apa. “Lepas makan saya datang balik. Kalau boleh,
siapkan bolt-bolt itu untuk saya, ya.”<o:p></o:p>
“Baiklah.
Ayah awak nak gunakan untuk mesinnya yang barukah?”<o:p></o:p>
“Ayah
selalu buat mesin baru,” jawab Tom sesopan yang boleh tanpa memberi sebarang
maklumat.
“Lepas makan saya datang balik,” sahutnya sambil keluar mendapatkan
basikal.<o:p></o:p>
Dia
merasa sangat pelik. Dia pasti lelaki di pejabat pos dan lelaki yang datang
bertanya kepada En. Merton adalah orang yang sama.<o:p></o:p>
“Ada
sesuatu yang tak kena, dan ayah patut tahu,” fikirnya. “Aku mesti beritahu
ayah. Aku rasa lebih baik jangan hantar lagi barang-barang paten kepada En.
Merton. Kami perlu buat sendiri di bengkel. Aku dan ayah kena berjaga-jaga.
Mungkin ada yang nak korek rahsia pasal motor turbinnya yang baru. Lebih baik
aku cepat-cepat balik dengan bolt-bolt ini dan beritahu ayah. Tapi sebelum itu,
makan dulu. Aku nak cari kedai dan makan sedap-sedap.”<o:p></o:p>
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-29745279795171098952017-11-20T08:46:00.000+08:002017-12-01T15:47:15.575+08:00Bab 1 : Sipi-Sipi Selamat - Bahagian 5
“Ada
orang menggembala lembu di tepi jalan agaknya,” fikir Tom. “Harap-harap
lembu-lembu itu tak halang jalan aku. Atau sebenarnya, aku yang halang jalan?
Rasanya lebih baik aku ke tepi, tapi ruang tak cukup besar.”<o:p></o:p>
Awan
debu itu semakin dekat. Ia begitu tebal hingga tak dapat dipastikan siapa atau
apa yang menghasilkannya. <o:p></o:p>
“Mesti
banyak lembu dalam kawanan itu,” Tom terfikir lagi. “Takkanlah lembu dibawa
berjalan-jalan di hari yang panas begini. Entah-entah lembu merempuh. Kalau
begitu, aku kena hati-hati.” Memikirkan kemungkinan itu, dia pun berjaga-jaga.<o:p></o:p>
Dia
cuba mengintai di celah-celah awan debu, tapi apapun tak nampak. Awan debu itu
semakin lama semakin dekat. Tom terus mengayuh, cuba sedaya upaya untuk berada
betul-betul di tepi jalan. Kemudian, dari kepulan yang menyelubungi itu,
terdengar bunyi ‘cag-cag’ yang berterusan.<o:p></o:p>
“Motosikal!”
jerit Tom. “Mesti dia biarkan peredam bunyi terbuka. Sebab itulah banyak debu
apabila roda berpusing. Tapi, siapa pun yang menunggang motor itu, teruklah
keadaan dia di hujung jalan nanti!”<o:p></o:p>
Memandangkan
dia dah tahu penunggang lain yang menyebabkan keributan itu, Tom mula
menunggang ke tengah jalan. Dia belum nampak orangnya, tapi bunyi motor bukan
main berdentum-dentum. Tiba-tiba, ketika debu halus pertama menyentuhnya, dan
menyebabkan dia terbersin, Tom nampak penunggang motor itu. Lelaki pertengahan
usia itu sedang berpaut pada hendal motor, manakala motornya pula bergerak
selaju-lajunya.<o:p></o:p>
Tom
segera beralih ke tepi, untuk mengelak debu berkepul-kepul itu. Penunggang
motor itu mengerling ke arah Tom sepintas lalu, tapi tindakannya itu ternyata
membawa kecelakaan. Sekejap saja dia mengalihkan mata dari memandang jalan di
depan. Dia tak nampak seketul batu besar betul-betul di depan laluannya. Roda
depan melanggar batu itu, dan motor berat yang tak berapa pandai dia
mengawalnya itu, menggelincir ke arah Tom. Penunggang motor itu
terpelanting-pelanting dari tempat duduk, dan pegangan tangannya hampir-hampir
terlepas dari hendal.<o:p></o:p>
“Jaga-jaga!”
teriak Tom. “Nanti terlanggar saya!”<o:p></o:p>
“Saya
sedang cuba elak!” kedengaran suara lelaki berusia itu berdetar-detar.<o:p></o:p>
Tom
segera membelok agar tidak terlanggar. Penunggang motosikal itu juga cuba
membelok, tapi nampaknya motosikalnya itu tak mendengar kata. Motosikal itu
terus menuju ke arah Tom, dan kalaulah tiada seketul batu lagi yang menjadi
penghalang, tentu berlakunya pertembungan yang teruk. Roda depan melanggar batu
dan melencong ke tepi. Penunggang motosikal itu sepantas kilat melepasi Tom,
ikut saja ke mana motosikal membawanya pergi, dan kemudian bayangnya menghilang
bersama debu-debu yang berkepul-kepul.<o:p></o:p>
“Kenapa
tak belajar menunggang motosikal sebelum keluar berjalan-jalan?” suara Tom
bertingkah agak tinggi.<o:p></o:p>
Seperti
gema, kata-kata ini datang dari balik awan debu, “Sedang belajarlah ini!”
Kemudian bunyi enjin berdentum semakin perlahan.<o:p></o:p>
“Banyak
lagi dia kena belajar!” kata Tom. “Dua kali aku nyaris dilanggar hari ini.
Lebih baik aku berjaga-jaga untuk kali ketiga. Kata orang, biasanya kali ketiga
itu boleh bawa maut!” Dia melompat dari basikal. “Ada tak jejari roda yang
kemek?” sambung Tom lagi sambil membelek-belek basikal. <o:p></o:p>
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-53011207469464090232017-11-19T15:51:00.001+08:002017-12-01T15:47:34.554+08:00Bab 1 : Sipi-Sipi Selamat - Bahagian 4
En.
Barton Swift seorang pereka sejati. Sejak kecil, dia berminat pada hal-hal
mekanikal. Antara usaha pertamanya ialah mencipta satu sistem yang terdiri
daripada takal, tali dan gear untuk membolehkan kincir angin menggerakkan
penggodak di rumah ladang tempat kelahirannya. Walaupun kincir itu berpusing
dengan terlalu pantas hingga pecah penggodak itu, dia tak patah semangat. Dia
terus membuat kerja-kerja pembaikan dengan menukar gear. Ayahnya terpaksa
membeli penggodak baru, tapi pereka muda itu pastikan cubaan keduanya berhasil,
dan selepas itu, mudah bagi ibunya untuk membuat mentega.<o:p></o:p>
Sejak itu, En. Barton hidup dalam dunia
rekaan. Orang selalu berkata bahawa dia takkan ke mana-mana, bahawa pereka
takkan berjaya dalam hidup, tapi dia membuktikan kata-kata mereka salah dengan
mengumpulkan kekayaan melalui paten-patennya yang banyak. Apabila usianya
meningkat, dia berkahwin dan mendapat seorang anak, iaitu Tom. Isterinya meninggal
dunia ketika Tom berusia tiga tahun. Maka sejak itu, Tom hidup bersama ayahnya,
dengan jururawat dan pengurus rumah yang silih berganti. Wanita terakhir yang
menguruskan rumah mereka adalah Puan Baggert, seorang balu bersifat keibuan.
Dia melakukan kerjanya dengan begitu baik, menyebabkan Tom dan ayahnya sangat
suka padanya dan menganggap dia sebagai keluarga, dan hingga kini telah
berkhidmat selama sepuluh tahun.<o:p></o:p>
En.
Barton dan anak lelakinya itu tinggal di sebuah rumah yang tersergam indah di
pinggir sebuah desa bernama Shopton, di New York State. Desa itu berdekatan
dengan sebuah tasik bernama Tasik Carlopa. Di situlah Tom dan ayahnya banyak
menghabiskan masa menaiki bot, kerana mereka berdua sangat rapat. Mereka
sentiasa kelihatan mendayung sampan bersama, atau memancing. Memanglah Tom ada
beberapa kawan, tapi dia lebih banyak meluangkan masa dengan ayahnya berbanding
mereka.<o:p></o:p>
Walaupun
banyak rekaan En. Barton memberikan pendapatan lumayan kepadanya, dia sentiasa
mahu menambah baik rekaan. Untuk itu, dia membina beberapa bengkel berdekatan
rumahnya dan melengkapinya dengan enjin, mesin larik dan perkakas untuk
pelbagai kerja. Tom juga mempunyai darah pereka mengalir di badannya, dan telah
merancang beberapa peralatan dan mesin kecil yang berguna.<o:p></o:p>
Pada
suatu hari yang cerah di bulan April, Tom Swift menunggang basikal menelusuri
jalan-jalan kampung yang indah pemandangannya menuju Mansburg untuk mengepos
surat. Ketika dia menuruni sebuah bukit yang kecil, sayup-sayup dia ternampak
segumpalan debu besar menuju ke arahnya.<o:p></o:p>
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-88368591249488335132017-11-19T00:38:00.003+08:002017-12-01T15:47:53.495+08:00Bab 1 : Sipi-Sipi Selamat - Bahagian 3
Perlahan-lahan
Tom menaiki basikal dan mengayuh. Fikirannya dipenuhi dengan perkara-perkara
yang buruk tentang Andy. Andy anak orang kaya di bandar itu. Nampaknya kekayaan
wang ringgit telah membuat dia naik lemak, hingga dia menjadi seorang pembuli dan
pengecut. Beberapa kali dia dan Tom Swift bertelingkah, kerana sikapnya yang
suka menguasai orang lain. Tapi ini kali pertama dia menunjukkan perasaan penuh
dendam.<o:p></o:p>
“Mentang-mentang
ada kereta baru. Dia ingat, dia boleh langgar semua benda?” omel Tom sendirian
sambil mengayuh. “Kalau tak hati-hati, satu hari nanti dia akan kemalangan. Dia
suka sangat memandu laju. Agaknya, dia dan kawan-kawannya nak pergi mana?”<o:p></o:p>
Sambil
mengelamun mengenangkan hal yang berlaku, Tom terus mengayuh hingga sampai ke
rumahnya. Dia tinggal bersama ayahnya, Barton Swift, seorang pereka cipta yang
telah kematian isteri, dan pengurus rumah, Puan Baggert. Tom mendekati salah
sebuah bengkel yang dibina oleh ayahnya berhampiran rumah mereka untuk
menjalankan eksperimen dan memasang perkakas. Di situ dia menemui ayahnya. <o:p></o:p>
“Kenapa,
Tom?” tanya En. Barton. “Macam ada sesuatu yang berlaku saja.”<o:p></o:p>
“Hampir-hampir
berlaku,” jawab Tom. Dia menceritakan pengalamannya di jalanan.<o:p></o:p>
“Meronda-ronda
dengan basikal kamu itu mungkin berakhir dengan kecelakaan,” kata En. Barton.
“Rasanya Andy dan kawan-kawannya pergi melancong. Ayah Andy ada cerita pada
ayah tempoh hari. Katanya, Andy dan kawan-kawannya akan pergi seminggu dua.
Syukurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku. Tapi, kamu ada urusankah, Tom?<o:p></o:p>
“Tak,
saya menunggang basikal suka-suka saja. Kalau ayah nak suruh saya buat apa-apa,
saya sedia membantu.”<o:p></o:p>
“Kalau
begitu, ayah nak kamu bawa surat ini ke Mansburg. Ayah nak ia dihantar sebagai
surat berdaftar, dan ayah tak nak poskan melalui pejabat pos Shopton. Ia
terlalu penting, sebab ia tentang rekaan yang berharga.” <o:p></o:p>
“Rekaan
motor turbin yang baru itu, Ayah?”<o:p></o:p>
“Ya,
dan alang-alang kamu ke sana, nanti kamu singgah di bengkel Merton dan ambilkan
beberapa bolt yang dia buat untuk ayah.”<o:p></o:p>
“Baiklah.
Inikah suratnya?” Tom menghulurkan tangan untuk menerima surat daripada
ayahnya.<o:p></o:p>
“Ya,
tolong jaga dengan baik. Itu surat kepada peguam ayah di Washington berkenaan
langkah terakhir dalam mendapatkan paten bagi turbin tersebut. Sebab itulah
ayah tak mahu ia diposkan dari sini. Dah beberapa kali sebelum ini ayah
menghantar surat dari sini, tapi maklumat yang terkandung dalam surat terbocor
sebelum peguam ayah menerimanya. Ayah tak nak hal ini berlaku bagi kes ini.
Seperkara lagi, jangan cakap pasal rekaan baru ayah di bengkel Merton ketika
kamu singgah mengambil bolt.”<o:p></o:p>
“Kenapa?
Ayah rasa dia bocorkan maklumat kerja ayah?”<o:p></o:p>
“Taklah
begitu. Mungkin dia tak berniat begitu. Tapi, dia beritahu ayah tempoh hari ada
orang tak dikenali bertanya kepada dia kalau-kalau dia ada buat apa-apa kerja
untuk ayah.”<o:p></o:p>
“Apa
yang dia beritahu mereka?”<o:p></o:p>
“Dia
cakap, kadang-kadang dia ada buat kerja untuk ayah. Tapi, kebanyakan
kerja-kerja rekaan ayah dilakukan sendiri di bengkel ayah ini. Dia pun tanyalah
kenapa mereka tanya-tanya soalan begitu. Salah seorang daripada mereka kata
yang mereka nak buka bengkel tak lama lagi, dan nak pastikan mereka boleh
berniaga dengan ayah. Tapi, ayah tak rasa itu tujuan sebenar mereka.”<o:p></o:p>
“Ayah
rasa apa tujuan mereka?”<o:p></o:p>
“Entahlah,
ayah tak pasti. Tapi, ayah agak terkejut apabila mendengar hal ini daripada Merton.
Jadi, ayah tak nak ambil risiko. Sebab itulah ayah nak pos surat ini dari
Mansburg. Jangan hilangkan, dan jangan lupa ambil bolt. Ini cetakan biru bagi
bolt itu, jadi kamu boleh periksa sama ada ia dibuat ikut spesifikasi.”<o:p></o:p>
Tom
berlalu pergi dengan basikalnya dan tak lama kemudian, dia kelihatan sedang
mengayuh basikal di jalan. <o:p></o:p>
“Agak-agak
aku jumpa lagi tak Andy Foger dan konco-konconya?” dia terfikir. “Mungkin tak,
kalau mereka sedang menjelajah. Sudahlah, memang ada-ada saja masalah kalau aku
dan dia bertembung.”<o:p></o:p>
Tom
tak ditakdirkan untuk bertemu Andy lagi hari itu, tapi akan tiba masanya si
pembuli berambut merah itu menyusahkan Tom, bahkan menjerumuskan Tom ke dalam bahaya.
<o:p></o:p>
Tom
terus mengayuh basikal sambil memikirkan kata-kata ayahnya tentang surat yang
dibawanya.<o:p></o:p>
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-52858891256360073862017-11-11T19:00:00.000+08:002017-12-01T15:48:12.568+08:00Bab 1: Sipi-Sipi Selamat - Bahagian 2
Andy
melompat dari tempat duduk dan segera memeriksa kereta. Keretanya tiada
apa-apa, walaupun boleh dikatakan ia kerana nasib, bukan pengawalan yang baik.
Andy kemudiannya menoleh, dan memandang Tom dengan wajah bengis. Tom
menyandarkan basikal ke pagar dan berjalan ke arah Andy. <o:p></o:p>
“Kenapa
kau halang jalan aku macam itu?” tanya Andy dengan wajah yang marah. “Tak
nampakkah kau hampir buat aku naik darah?”<o:p></o:p>
“Berani
kau, Andy!” jerit Tom. “Apa niat kau? Kenapa tak bunyikan hon awal-awal?
Pemandu kereta memang melampau. Apapun, kau memandu melebihi had kelajuan yang
dibenarkan!”<o:p></o:p>
“Yakah?”
ejek Andy.<o:p></o:p>
“Ya,
dan kau sendiri pun tahu. Aku yang patut marah, bukan kau. Kau nyaris-nyaris
langgar aku. Aku halang jalan kau? Aku pun ada hak di jalan ini!”<o:p></o:p>
“Cakaplah
lagi,” gerutu Andy. Tiada apa boleh dia katakan. “Apapun, basikal dah
ketinggalan zaman.”<o:p></o:p>
“Baru
saja tak lama dulu kau ada basikal,” balas Tom. “Kalau kau tak hati-hati, satu
hari nanti kau dipanggil polis kerana memandu melebih had.”<o:p></o:p>
“Rasanya
lebih baik kita bawa kereta dengan perlahan, Andy,” nasihat Sam dengan suara
yang perlahan. “Aku tak nak ditangkap.”<o:p></o:p>
“Biar
aku uruskan hal ini. Aku yang memandu,” getus Andy. “Lain kali kalau kau halang
jalan aku, aku langgar saja!” ugut Andy kepada Tom. <o:p></o:p>
“Mari,
kawan-kawan. Kita dah lambat. Tak bolehlah cipta rekod. Semuanya salah dia,”
kata Andy. Dia kembali memasuki kereta, dan diikuti oleh konco-konconya yang
telah terkocoh-kocoh keluar dari kereta selepas kereta terbabas.<o:p></o:p>
“Kalau
kau cuba-cuba bertindak begini lagi, kau akan menyesal nanti,” kata Tom.<o:p></o:p>
“Sudahlah!”
dia menaiki basikal dan menyambung perjalanan.
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-59944189700190874692017-11-09T18:50:00.000+08:002017-11-09T18:53:19.485+08:00Bab 1: Sipi-Sipi Selamat - Bahagian 1
“Macam
itulah! Laju lagi, Andy! Masuk gear tinggi, dan tekan minyak lagi! Kali ini,
kita cipta rekod.”<o:p></o:p>
Dua
orang pemuda yang duduk di bahagian belakang menyorong badan ke hadapan untuk
bercakap dengan pemuda yang sedang memandu. Pemandu itu berambut merah, dan
matanya agak juling. Wajahnya tak berapa sedap dipandang, tapi kawan-kawannya
seperti sangat suka akannya. Mungkin sebab mereka sedang menaiki keretanya.<o:p></o:p>
“Laju
lagi, Andy!” tambah pemuda di sebelah pemandu. “Hebatnya!”<o:p></o:p>
“Aku
dah agak kalian pasti suka,” jawab Andy Foger, sambil memusing stereng untuk
mengelak batu di jalan.<o:p></o:p>
“Aku
akan buat Shopton bergegar!”<o:p></o:p>
“Dah
bergegar pun, Andy,” balas pemuda di sebelahnya. “Berdengung telinga aku. Eh,
topi aku terbang!”<o:p></o:p>
Ketika
dia bercakap, angin yang terhasil daripada kelajuan kereta, menerbangkan
topinya. Topi itu melayang-layang ke belakang.<o:p></o:p>
“Biarlah,
Sam. Kita beli saja topi baru. Aku nak tengok pukul berapa sampai Mansburg!
Kalau boleh, aku nak pecah rekod.”<o:p></o:p>
“Jaga-jaga,
nanti lain yang pecah!” jerit salah seorang pemuda di tempat duduk belakang.
“Ada penunggang basikal di hadapan kita. Hati-hati, Andy!”<o:p></o:p>
“Ah,
biarlah dia jaga diri sendiri!” jawab Andy sambil menundukkan badan rapat ke
stereng, memandangkan kereta sedang bergerak laju. Penunggang basikal itu
mengayuh perlahan, dan tidak sedar akan kehadiran kereta itu sehinggalah kereta
itu begitu hampir dengannya. Dengan tersenyum nakal, Andy menekan hon dengan
sekuat hati, dan berkali-kali.<o:p></o:p>
“Itu
Tom Swift!” jerit Sam Snedecker. “Hati-hati, nanti terlanggar!”<o:p></o:p>
“Dia
yang patut ke tepi,” balas Andy tanpa perasaan.<o:p></o:p>
Pemuda
yang memandu kereta itu tiba-tiba saja menambah kelajuan dan cuba memotong. Dia
berjaya memotong, tapi sipi-sipi saja. Dia ketakutan dan mematikan enjin,
menekan brek dan memusing stereng ke tepi. Percubaannya membelok secara
tiba-tiba itu menyebabkan kereta tergelincir memasuki parit di tepi jalan.
Kedudukan kereta itu berpusing, dan senget sebelah. <o:p></o:p>
Wajah
Tom Swift agak pucat. Sipi-sipi saja dia terselamat. Dia melompat dari basikal
dan berdiri memandang kereta. Pemilik kereta itu, Andy, dan tiga orang
konco-konconya yang menumpang pula kelihatan sangat terkejut.<o:p></o:p>
“Kita…
Ada yang rosak, Andy?” tanya Sam.<o:p></o:p>
“Harapnya,
tiada,” getus Andy. “Kalau rosak kereta aku, ini semua salah Tom!”<o:p></o:p>
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-70848559790106262192015-01-19T09:27:00.001+08:002015-01-19T09:27:57.375+08:00Maryam Tak Boleh Bercakap 4. Doktor Vincent menerangkan prosedur yang akan dibuat dengan lebih
lanjut. Maryam akan dibius sebelum prosedur dijalankan. Oleh itu, dia
tak boleh makan dan minum lapan jam sebelum dibius. Dalam erti kata
lain, kena puasa. Dalam keadaan tidak sedar itu nanti, kamera akan
dimasukkan ke dalam saluran hidung. Selain itu, ujian pendengaran juga
akan dijalankan.
Saya fikir prosedur yang dijalankan itu mungkin nama perubatannya ialah endoskopi. Kalau salah, mohon betulkan.
Tarikh prosedur kemudiannya ditetapkan. Namun, dua kali Dr. Vincent
menghubungi saya untuk menangguhkan prosedur tersebut atas sebab-sebab
tertentu. Saya layankan saja.
Pada hari yang ditetapkan, kami
datang ke Unit Kecemasan seawal pagi. Pihak hospital berkali-kali
mengingatkan agar kami datang mendaftar pada jam 7.30 pagi. Dengan
kalutnya kami berkejar ke hospital selepas Subuh. Namun, apa yang
berlaku pagi itu memang membuat kepala saya berasap.
Bersambung.
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-71022562109233905892015-01-16T09:26:00.000+08:002015-01-19T09:26:57.298+08:00Maryam Tak Boleh Bercakap 3.Saya rasa tak berdaya. Apalah saya tahu tentang perubatan. Saya
anggukkan saja saranan doktor. Dia pakar, jadi dia tentu lebih tahu,
insya-Allah.
Kami memujuk Maryam duduk di kerusi pemeriksaan. Dia
teragak-agak. Berjalan perlahan-lahan, akhirnya dia duduk di situ
dengan keadaan tak selesa. Keningnya terangkat, seolah-olah bertanya,
"Apa yang sedang berlaku ini?"
Apabila doktor memegang tiub yang panjang, muka Maryam sudah berubah.
Dia seumpama tahu apa yang bakal terjadi. Dia terus bangun. Dengan
bersusah payah kami memujuknya berbaring kembali.
Mulanya dia
mengalah. Dia kembali berbaring. Namun apabila doktor cuba memasukkan
tiub ke dalam hidungnya, dia meronta-ronta. Tangannya menepis-nepis cuba
menghalang. Puan kami pujuk, tapi tak berjaya.
Setelah tiga kali
mencuba, Doktor Vincent mengalah. Dia kembali ke meja kerjanya. Ketika
itu, saya rasa marah dan kecewa. Benar, saya memang kurang sabar
orangnya. Namun apabila saya pandang wajah Doktor Vincent, saya rasa
tenang. Wajahnya begitu bersahaja, malah siap tertawa kecil.
Katanya, "Tak apalah, tak perlu memaksa. Namun, saya cadangkan kita buat prosedur untuk melihat bahagian dalam hidung."
Doktor seterusnya menerangkan prosedur yang akan dibuat. Walaupun saya
masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku, saya terima saja cadangan
tersebut.
Pasrah.
(Bersambung)
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-61631455317015463862015-01-14T09:25:00.000+08:002015-01-19T09:25:43.957+08:00Maryam Tak Boleh Bercakap 2.November lalu, kami mengunjungi seorang doktor pakar telinga, hidung dan mulut.
Tujuan asalnya untuk membuat ujian pendengaran untuk memastikan masalah lambat bertutur bukan disebabkan telinga.
Pertama kali berjumpa, Doktor Vincent menegur pernafasannya yang
berbunyi kuat. Teguran doktor tersebut ternyata ada benarnya. Apabila
ujian pendengaran ringkas cuba dibuat, ia tidak berjaya. Mesin yang
digunakan amat sensitif terhadap bunyi. Pernafasan Maryam yang begitu kuat menyebabkan mesin tersebut tidak dapat memberikan keputusan ujian.
Tiba-tiba Doktor Vincent mencadangkan untuk melihat bahagian dalam
hidung Maryam dengan memasukkan kamera ke dalam saluran hidung.
Saya melongo di situ. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Apa kena mengenanya semua ini dengan hidung?
Panik.
Saya panik.
(Bersambung)
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-46440006472448562082015-01-13T09:23:00.000+08:002015-01-19T09:24:24.444+08:00Maryam Tak Boleh Bercakap 1.Saya dapati sukar bagi saya menzahirkan kata-kata tentang anak istimewa ini.
Tapi saya rasa ada baiknya juga saya catitkan segala yang kami lalui
bersama agar dapat saya renung kembali, menambahbaik dan teruskan
berjalan ke hadapan.
Masa untuk hidupkan semula tinidewi.blogspot.com.tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-83059231347572046302014-02-27T20:30:00.001+08:002014-02-28T01:12:52.371+08:00Kailan Oh Kailan.
Sudahlah bantut.
Kuning-kuning pula.
Dimakan lalat buah dan siput lagi.
Disiram air dua kali sehari, kuletak di tempat sinar mentari di waktu
pagi redup di waktu petang membahang, tanahmu kububuh kompos. Apa lagi
yang kailan mahu?
Siaplah kamu, akan kusirami dengan teh kompos.
Mari kita lihat apa jadi.
Saya tonggengkan sebaldi rumput reput yang diperam beberapa bulan ke
tanah. Maka, keluarlah segala binatang kecil yang melata
mengeruit-ngeruit di celah rerumput.
Katanya, "Euww, I am so not gardening when I grow up."
Heh.
Itu belum tengok lagi tong kompos yang Mama campakkan segala sampah dapur di belakang rumah :-)
"Mama, buka pintu cepat. Fatimah tak tahan nak kencing!" lapor Ameer sambil menahan gelak.
Buka saja pintu, berdesup Fatimah meloloskan diri ke tandas.
"Laaa, kenapa tak guna tandas sekolah saja?"
Ameer menjawab bagi pihak adiknya.
Pagi nanti anak-anak sekolah.
Baru terkial-kial menjahit lencana.
Jahitan pertama, senget.
Jahitan kedua, alhamdulillah tak senget.
I love you.
But I'm really upset.
Because you live in Korea.
And I live in Malaysia.
From,
Fatimah
Sorry, my name is weird
8 years oldtinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-53328857949196439632013-11-13T01:22:00.000+08:002014-02-28T01:23:10.707+08:00Tip Cawan Bersepah.Mug berkod warna mengurangkan hampir 80% cawan
dan gelas bersepah di atas meja makan, depan TV, sebelah komputer dan
di merata tempat lainnya.
Kita ada cara mengenal pasti siapa yang menggunakannya.
Dan anak-anak tiada cara untuk menafikannya.
Heh.
Agar mereka suka akan sistem baharu ini, mereka diberi peluang memilih warna mug yang disukai.
Yang mana agaknya yang dipilih oleh Ameer, Fatimah dan Maryam?tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-20589512502444640812013-11-08T01:11:00.000+08:002014-02-28T01:17:51.939+08:00Perihal Anugerah.
Macam tahu-tahu saja ibu bapanya pelupa.
MESTI DATANG
Anugerah saya akan hilang
17 November
Kalau lupa juga, sampai dia beranak pinak diungkit agaknya.
Heh.tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-18583667826586743692013-10-31T01:15:00.000+08:002014-02-28T01:16:10.784+08:00Maryam Dan Mainan.
Bahagia sekali Maryam mendapat mainan baru.
Ralit dia bermain. Namun, mulutnya belum menyebut benda-benda yang ada di puzzle walaupun sudah diulang-ulang ajar.
"Mama tengah solatlah!" tingkah Fatimah.
"Tak apa, Mama boleh dengar juga."
Cait!
Sebelum tidur, dia letakkan giginya itu di bawah bantal.
Esok paginya, bangun saja dari tidur, dia terus memeriksa bawah bantal.
Kemudian saya terdengar dia mengomel sendirian, "Apalah tooth fairy ini. Gigi nak, duit tak kasi."
Giginya itu saya jumpa di celah-celah alas katil dan selimut.tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-53913865525209627762013-10-17T14:55:00.000+08:002014-02-28T14:56:40.355+08:00Mint Tea.
Ini teh pudina.
Rebus air bersama segenggam daun pudina.
Rasanya sederhana dan menyegarkan. Tambah sedikit gula atau madu. Untuk
rasa yang lebih mencabar, tambah sedikit jus limau purut.
sekolah nanti, boleh Ameer dan Fatimah tanya kawan-kawan, kalau kita
jual cheesy wedges berharga RM1 sebekas, mahukah mereka beli?"
"Mesti mereka nak, Mama. Mereka memang suka habiskan bekalan cheesy wedges saya," kata Ameer.
"Habis itu, kita nak jualkah?" Fatimah bertanya.
"Tanya dulu. Kalau mereka nak, kita juallah. Itu namanya validasi."
"Oh."
Saya kemudian terus ke dapur. Kedengaran mereka begitu rancak berbincang.
Kemudian saya terdengar Ameer berkata, "Kalau beli dua bekas, kita bagi harga RM1.50."
"Mana boleh!" Fatimah meningkah.
"RM2, mahal itu! Kasihanlah mereka."
Aduhai, hati kanak-kanak terlalu baik.
tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6608415.post-11409736592839640472013-10-02T15:01:00.000+08:002014-02-28T15:03:36.009+08:00Mata Bionik.
Saya menunggu keajaiban.
Bahawa tenungan mata saya yang tajam dan berkuasa dapat melicinkan baju-baju ini.
Beberapa minit telah berlalu.
Usah mengharap yang bukan-bukan.
Jalan terus. Bertindak.
Ini entri yang tidak popular. Mohon maaf andai mencederakan perasaan tuan puan. Tapi, hati saya meronta-ronta nak cakap.
Apabila terdengar berita kes kematian bayi di taska atau tempat
pengasuh, antara komen yang diberi adalah, "kita bayar upah mahal-mahal,
tapi buat kerja cincai." Ditambah lagi dengan caci maki sumpah seranah.
Izinkan saya bertanya, mahal itu berapa? RM200, RM300, RM400 sebulan?
Izinkan saya bertanya lagi, mahukah tuan puan menjaga bayi orang lain
dengan upah RM200, RM300, RM400 sebulan, kalau tidak kerana terpaksa
atas desakan hidup?
Jujur cakap, jaga anak sendiri pun adakalanya saya rasa nak hentak kepala di dinding.
Pendapat saya, kita hanya layak memberi komen sebegitu jika membayar
upah yang betul-betul sepadan dengan tugas mereka yang sepatutnya
menjadi tanggungjawab kita.
Ini tak bermaksud yang saya setuju
pengasuh menjaga anak-anak dengan cincai. Amanah tetap satu amanah.
Kerja hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk
mendapat keredhaan Allah.
Cumanya, saya ingin menyentuh tentang
sikap kita sebagai ibu bapa. Anak-anak adalah amanah kita sebenarnya.
Kurangkan sikap berkira untuk mendapatkan bantuan pengasuhan yang
terbaik. Kerana kita bayar mereka, kita fikir kitalah bos.
Bukankah kita sendiri yang tak sanggup, atau saya lebih suka kata belum
boleh, berhenti kerja atas alasan dan sebab tertentu? Sebenarnya,
merekalah penyelamat kita kerana mahu menjaga anak kita.
Maka,
hargailah mereka dan bantulah mereka menjalankan tugas mereka. Kalau
tidak boleh dari segi material, bantu dari segi lain. Jaga tutur kata,
jaga sikap, berikan motivasi agar mereka terdorong untuk melakukan kerja
dengan baik.
Adakalanya sesetengah kita, sekurang-kurangnya saya sendiri, mencari silap orang untuk menafikan kesilapan sendiri.
Sekali lagi, saya mohon maaf. Astaghfirullah.tinidewihttp://www.blogger.com/profile/14172870660175590575noreply@blogger.com0