Ameer Dan Tuala.

>> Friday, September 06, 2013

Tuala-tuala bersepah atas lantai. Penyangkut baju merata-rata. Komputer dibiarkan terbuka. Si pemilik bilik sedap-sedap membaca komik atas katil.

Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Kira 1,2,3. Lepas. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahal'azim.

"Ameer, tuala hendaklah digantung selepas digunakan, bukannya dilempar di atas lantai."

"Tapi, Fatimah yang buat, bukan saya."
"Mama tidak bertanya siapa yang buat. Mama cuma menerangkan peraturan. Dan, ini bilik Ameer. Sekiranya ada orang tak ikut peraturan di bilik Ameer, Ameer terangkan peraturan kepadanya. Jangan marah-marah, terangkan saja. Tiada siapa suka dimarahi. Insya-Allah, lama-lama orang itu akan faham dan ikut peraturan."
"Baiklah, Mama."

Dia pun terus bangkit mengemaskan bilik.

Belajar perlahan-lahan untuk menjadi Mama yang tenang, tidak mahu bengkeng-bengkeng.

#1 - Jangan soal siasat.
#2 - Terangkan cara yang betul.
#3 - JALAN TERUS.

Mohon doakan saya :-)

2 comments:

aliss 4:49 pm  

saya akan cuba pendekatan akak pulak utk Maryam saya

Yuzie Amir 1:09 pm  

oh lamanyaaaaa saya tak berkunjung blog Tini..dan blog geng of Tini tu.Ni semua gara2 facebook lah.
Rasanya nak start follow semula la baca blog anda semua.Rasa hidup ni best sgt bila baca tentang kehidupan org lain heheh..

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP