Ditimpa Perasaan.

>> Monday, January 23, 2012

"Mama, kenapa Bi asyik tengok cermin saja?"

Itulah pasal. Sampai abangnya pun perasan. Asyik-asyik tengok cermin. Asyik-asyik telek muka. Asyik-asyik senyum-senyum kambing. Asyik-asyik ketawa seorang-seorang. Hai, sahlah! Anak dara seorang ini dapat penyakit 'ditimpa perasaan'.

Mesti dia ingat dialah kanak-kanak paling comel di Shah Alam ini. Jom kita layan gambar. Kita telek betul atau tidak dia kanak-kanak yang comel seperti yang disangkanya...



Kata comel, tapi kenapa jalan macam gangster?

Jadi, apakah kesimpulan kamu? Comel atau tidak?

Read more...

His words of choice.

>> Tuesday, January 17, 2012

"Mama?"
"Ya, Ameer?"
"Kenapa saya tengok Mama macam dah..."
"Gemuk?"
Abahnya pun sempat menyampuk,"Mama gemukkah, Meer?"
"Erm, tak. Macam dah besar."
Sambil tergelak, Abahnya menjawab, "Oh, besar dengan gemuk tak sama, ya?"

Terima kasih anakku kerana pandai memilih perkataan. Harapnya besar nanti, boleh jadi pakar motivasi yang berjaya.

Read more...

Jadual Harian Ameer & Fatimah.

>> Friday, January 06, 2012

7 pagi - 1 petang: Sekolah kebangsaan
1 petang - 2.30 petang: Mandi, solat Zuhur, makan tengah hari
2.30 petang - 5.30 petang: Sekolah agama
5.30 petang - 7 malam: Mandi, solat Asar, makan malam
7 malam - 9 malam: Ke surau untuk solat Maghrib & Isyak & dengar ceramah (tapi selalunya mereka main :-p)
9 malam - 9.30 malam: Mengaji
9.30 malam - 10.30 malam: Ulangkaji, kemas beg, main game/ tengok TV
10.30 malam: Tidur

Fuh. Mak yang tengok pun sama penat.

p/s: Hari ini Fatimah ponteng sekolah agama. Tertidur lena, tak sampai hati nak kejut :-)

Read more...

Sketsa Hari Pertama Persekolahan 2012

>> Wednesday, January 04, 2012

Kepalaku terjenguk-jenguk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Mataku cuba meneliti wajah-wajah yang memenuhi perkarangan sekolah. Otakku cuba mengingat.

Yang mana satu Kak Non?

Mustahil dia tiada. Hari ini hari pertama persekolahan. Tentu dia menunggu Arina sebentar.

Tiba-tiba mataku tertangkap sesuatu. Beg tangan itu! Dan cara ia dipegang. Macam tahu saja?

Wanita itu berbaju merah, dan dipadankan dengan tudung merah juga. Seluarnya perang. Di sisinya berdiri seorang lelaki. Pasti itu suaminya. Rambutnya lebih banyak putih dari hitam. Ahli fikir agaknya.

Pasangan itu disapa seorang wanita, dan mereka berbual-bual. Aku memandang dari kejauhan. Benarkah wanita berbaju merah itu Kak Non? Aku tak pasti.

Pasangan itu kemudiannya beredar. Tak eloklah kalau aku pergi menyapa mereka, memandangkan mereka sudah hendak pergi. Lagipun, kalau bukan Kak Non, tidakkah malu aku nanti?

Tengahari itu aku menunggu Fatimah dan Ameer di pondok luar sekolah. Tiba-tiba, wanita berbaju merah itu pun datang. Di jarak yang agak dekat itu aku cuba mengamati. Tapi dia membelakangiku, jadi wajahnya tak dapat kulihat.

Beberapa minit berlalu. Anehnya situasi itu, aku bagaikan terdengar cengkerik menyanyi. Kemudian, pucuk dicita ulam mendatang, dia menoleh! Tanganku refleks melambai. Dia ketawa memandangku. Ah, sahih! Irama ketawa itu memang milik Kak Non :-)

Dah macam stalkerlah pula :-p

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP