>> Friday, April 09, 2004

The Farting Boy.


Ameer seorang bayi yang kuat kentut. Kentutnya berbunyi kuat, berlawan2 macam keretapi, berbau busuk pulak tu. Pelik sungguh, kerana biasanya kentut yang kuat tidak berbau. Mungkin dia bayi yang istimewa, sekurang2nya dari segi kentutnya :lol:

Paling kerap, di waktu pagi semasa baru bangun tidur. Mukanya monyok, protes la tu dikejutkan pagi-pagi. Dia akan menggeliat macam kucing dan melepaskan anginnya. Tak senonoh betol.

Namun begitu, kuat kentut bukanlah sesuatu yang teruk. Pertama, sekurang2nya kita pasti dia adalah anak bapanya (not that I ever had [18SG] with someone else) kerana bapanya juga seorang pengentut terkemuka di universiti haha. Gelarannya di U pon Mat Kent (disebut dengan English pronunciation).

Ramai gadis junior memanggilnya Abang Kent (dengan penuh manja), tanpa mengetahui rahsia di sebalik panggilan tersebut hehe. Saya pula lebih gemar memanggil suami saya dengan namanya yang sebenar yang bermaksud Yang Terpuji.

Berbalik kepada hal kentut tadi, keduanya perbuatan kentut itu (macam ayat dalam kitab saja) agak baik untuk kesihatan. Ini kerana angin2 dalam badan, tak kira la angin pus pus ke angin pis pis ke, perlu dikeluarkan supaya tak sakit urat. Bagi bayi pula, supaya perutnya tak kembung. Selama yang saya ingat, Ameer belum pernah lagi kembung perut kerana perangai tak senonohnya kuat burping & farting :lol:

Saya kenal seorang bayi yang mengalami masalah untuk burp (& fart mungkin). Kesian dia, asek kembung perut saja. Saya katakan pada ibunya, mungkin dia malu nak sendawa kerana dia seorang girl yang penuh tatasusila.

p/s: but recently i heard the girl poo-ed on her mother's lap hahaha very naughty eh amni?


0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP