>> Thursday, June 10, 2004

Aku kurung Ameer dalam babycot. Kalau tinggal je atas tilam, gerenti dia kejar and tunggu depan pintu toilet sambil ketuk-ketuk pintu panggei mama mama, nangis nangis. Lemau betol la anak bujang sorang ni.

Dalam babycot pon dia dok panggei-panggei aku. Aku buat tak tau jek, ye la waktu Maghrib dah nak abes. Sekali tu bila aku keluar, rerupanya budak nih dah berdiri, berpaut kat railing babycot.

Hoh???? Bila dia belajar mende nih????

Muka eksyen pulak tu, yela dah tere buat bende yang baru. Dok senyum sengih nak tunjuk kat Mama la tu :P

Memula tu aku cam happy la kan, wow anak Mama dah pandai lah. But then, mulalah aku risau, budak ni mana la tau kalau dia lepas tangan, dia akan jatuh ke belakang and terhantuk kayu railing babycot tu since dia belum belajar berdiri sendiri. Setakat berpaut tu tere la kan?

Hadoooii laaaaa, apa ikhtiar aku nak solat dengan khusyuk lepas niiihhh????

Laki aku mana der maaaaa. Dia solat kat masjid / surau dekat kol seplo baru nampak batang hidung mancung dia tuh.

Ngaaa kena beli apakenamanya bende tu, yang macam kusyen keliling babycot tu?

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP