>> Thursday, December 23, 2004

Dia pandang aku dengan mukanya yang berkerut hairan.

"Kenapa awak nampak cantik a?"

Ooo... abes selama ni aku tak cantik lah?

"Dah memang cantik, nak buat macam mana."

Dia buat muka tapir, bibir cebir.

"Erm, pregnant kot. Muka saya kan jadi cun skit kalau pregnant."

Muka dia dah gelabah.

"Kalau dah ada dua anak nanti, takleh main game lagi. Jaga budak!"

"ERK!" Gelabah kuasa lapan.

Seronok betul main-mainkan dia pagi tadi. Sebenarnya, Jumaat lepas aku termakan hasutan Jaja & Lynn buat facial. Sudah la tu, bila sampai ke saloon, termakan pula hasutan Akak jurujual, buat facial Dermalogica. Mahalnya ya tuhan, dekat seratus ringgit.

Alhamdulillah, memang berkesan. Keesokan pagi, jerawat batu besar di dahi mengering, kemudian mengelupas sendiri. Bekas-bekas jerawat dah tak berapa kelihatan. Muka aku jadi lebih putih dan berseri.

Nampaknya kesan facial semakin hari semakin baik. Semakin hari semakin nampak cun. Semakin hari dia semakin tertipu. Mueheheheh.

Terima kasih Dermalogica! (Sila baca dengan intonasi iklan Tummi Trim)

Selepas ni, aku nak buat facial dermalogica sekali sebulan. Kalau fulus tak cukup, sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan. Atau, boleh juga gunakan kuasa manipulasi wanita untuk menghasut (ugut sebenarnya) dia keluarkan duit poket untuk bayaran facial.

Tapi, ini semua tak perlu kalau betul-betul mengandung :D Muka otomatik jadi lawa.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP