Morning Blues.

>> Thursday, August 04, 2005

Lepas minum susu, dia tido balik. Mama tiptoe keluar dari bilik tidur ke dapur. Mama panaskan nasi dan lauk2 untuk buat bekalan lunch Mama dan Abah. Kemudian Mama keluarkan baju dari washing machine dan sidai di luar balkoni.

Tiba-tiba Mama rasa macam ada figure di pintu balkoni. Ah, dah bangun dah anak Mama? Senyap2 saja ye cari Mama.

Mama tak tegur, biarkan saja dan sambung sidai baju. Mama paling sekali lagi, dia dah takde di situ. Eh senyap saja, dah ke mana? Sambung tido kot.

Apabila Mama masuk semula ke ruang tamu, laaahhh kat situ rupanya, monyok di sofa. Mama pon buka langsir supaya dia boleh tengok burung2 yang sedang terbang.

Mama terus ke dapur. Siapkan bekalan lunch Abah dan Mama. Untuk sarapan, Mama buat sandwich sardin saja. Dia datang tengok Mama, muka masih toye. Mama hulur roti, dia geleng2 kepala. Kemudian Mama buka pintu fridge untuk ambil mentega, dia pon sibuk nak cari makanan dalam fridge. Mula-mula dia gigit carrot, muka pon berkerut. Hehe, ye itu sayur sayang.

Kemudian dia nampak bekas aiskrim, dan terus bawa ke ruang tamu. Mama bagitau dia, itu bukan aiskrim sayang. Dalam Mama nak mengingat apa yg di dalam bekas itu, terdengar bekas tu jatuh ke lantai. Aduh... Mama simpan bawang kisar rupanya dalam bekas tu. Satu hal pula kena lap karpet pagi2. Tapi nasib baik juga setakat bawang. Kalo lada kisar, mau menangis orang yang kena keluarkan duit beli karpet.

Tanpa belas kasihan, Mama kejutkan Abah yang tido semula lepas balik dari Surau supaya lap karpet. Hehe nasib ler :P

Nota mental: Stok biskut banyak2 untuk snack. Kalau tak, macam ni la jadinya. Meroyan nak makanan.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP