How a lazy wife cook!

>> Monday, October 10, 2005

Mari kongsi resepi utk hidangan yang mudah, menjimatkan masa dan menyihatkan di bulan Ramadhan! Menggunakan method "Campak dan Tinggal!"

Ikan Siakap Kukus
Bawang besar
Bawang putih
Lada merah/hijau
Halia
Serai

Bahan-bahan di atas dipotong halus.

Nota: Amat digalakkan disediakan selepas bersahur, sementara menunggu waktu subuh. Balik rumah terus campak atas ikan :)

Ikan siakap dicuci bersih dan diperap dengan garam secukupnya.

Nota: Selain ikan siakap, boleh juga cuba ikan tenggiri atau ikan kembung. Orang kaya macam kami ni mestilah makan ikan siakap yang manis dan mahal hoho!

Atur semua bahan di dalam bekas, dan disiram dengan air asam jawa pekat. Selain daripada air asam, mungkin boleh try perahan limau nipis atau lemon (ni aku agak je, belum try pon lagi ngam ke tak ngam)

Kalau nak masak 2-in-1, campakkan segala macam sayuran ke dalam bekas yang sama. Saranan saya seperti cendawan (yummy), carrot, cauliflower, jagung muda, broccoli dsb. Kemudian, masuk ke dalam pengukus and walk away, baby. In 20 minit, wallah! you got two delicious dish, fish and veggie. Suami pon suka :kenyit:

Ikan Pais
Bawang besar
Bawang putih
Lada kering
Halia
Serai
Garam
Gula

Kisar bahan-bahan di atas. Lumurkan ikan kembung dengan garam, dan perapkan dengan bahan yang dikisar dan perahan air asam jawa pekat. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Aturkan ikan dan perapannya di dalam aluminium foil atau daun pisang. Kemudian dikukus atau dibakar, ikut selera masing-masinglah ok?

Nota: Dilarang keras mencium bau lauk ini, kerana sungguh menyusuk kalbu dan guarantee menguruskan pahala puasa anda :P

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP