Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

>> Friday, January 13, 2006

Jumaat datang lagi.

Boring ek nak baca? Aku pon boring gak nak tulis. Skema semacam je. Kalau ikutkan nafsu, nak je aku bergosip pasal aweks Malaysia's Most "kenkunun" Beautiful hehe. Nafsu memang suka yang lagha-lagha ni :D

Nak tak nak, kena la tulis hal-hal yang bermanfaat sebab Allah suruh buat.

Di dalam Surah Al-Maidah Ayat 67, Allah berfirman:

"Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu), bererti kamu tidak menyampaikan amanatNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang kafir."

Perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w di dalam ayat tersebut terpakai juga ke atas setiap orang Islam kerana Rasulullah telah bersabda:

"Sampaikanlah (apa-apa yang kamu dengar daripadaku) walau sepotong ayat."

Mudah-mudahan Allah suka effort kita yang sedikit ni dan masukkan kita di dalam geng orang-orang berimaaaann.

OK, kita sambung cerita minggu lepas. Berkenaan isteri yang ditinggalkan di rumah, sementara suami keluar ke jalan Allah. Bukan berperang je fisabilillah ek? Pegi masjid pon jalan Allah gak tu.

Apa agaknya hikmah di sebalik sayangkan isteri tinggal-tinggalkan?

Pertamanya, yang boleh aku katakan di sini, ia adalah satu cara untuk mendidik diri kita menghilangkan sifat kebergantungan harap kepada makhluk, sedangkan makhluk itu tidak boleh mendatangkan pertolongan. Hanya Allah jualah yang berkuasa, yang memberi pertolongan, yang pemurah lagi penyayang. Jadi, mintalah pada Dia.

Kebiasaannya, isteri suka bergantung kepada suami. Mengadalah, senang cerita hehe. Sikit-sikit husband, sikit-sikit husband. Sendiri buat tak boleh ka? Ni aku sendiri la ni kan. Perempuan lain tatau hehe.

Bila dah desperado, barulah kita nak ingat Tuhan kan? Contoh, bila time aku food poisoning dua hari lepas, barulah nak ingat dosa. Barulah nak minta ampun hehe. Samalah jugak dalam kes isteri sensorang kat rumah. Bila dah takde tempat nak bergantung harap, kepada Allah jualah kita memohon pertolongan.

Keduanya, dengan sentiasa bergantung harap kepada Allah, akan merapatkan hubungan kita denganNya. Mesraaaa gitu. Cuba tanya husband, abah ke boifren ke tunang ke, suka tak diorang kalau korang manja-manja dengan diorang? Gerenti suka punyalah! Minta segelang emas pon dapat hehe. Lagilah Allah, yang maha pemurah, maha penyayang, maha pengasihani. Memohon pertolongan kepadaNya, Insya Allah dapat. Tak dapat sekarang, mungkin esok. Mungkin juga dapat di akhirat kelak.

Di sini nak juga share pengalaman diri. Waktu Maghrib dah la sangat pendek. Anak-anak pula suka laaa nak meragam time nih. Bila dah ralit sangat, time pon dah dekat jam 8, cam tatau nak buat apa untuk buat Zahra diam, last-last aku pon berdoa. Sempoi je pon doa aku. Aku cuma kata, "Ya Allah, aku ni nak solat ya Allah." Alih-alih, senang je Zahra tidur. Then, elok je aku bagi salam, Zahra bangun balik. Cait, tak sempat aku nak berpoya hahaha.

Jadi puan-puan (termasuklah puan tinidewi ni jugak), janganlah protes sangat. Suami keluar pon bukan lama sangat. Maghrib ke Isya' tu baru tiga jam. Cuba fikir, kenapa kalau suami outstation pasal kerja, tak pulak kita nak protes kan? Mementang la outstation yang itu dapat duit hehe. Outstation pasal agama lagi banyak tau benefit kita dapat.

Para isteri zaman Rasulullah dulu, lagilah. Kena tinggal berbulan-bulan beb. Kalau tak silap, Rasulullah pernah tanya seorang wanita ni (tak ingat siapa), perempuan maximum boleh ditinggalkan berapa lama? Dia cakap empat bulan. Huiyooo empat bulan weh.

Selamat bermujahadah!

:)

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP