Bebelan Jumaat.

>> Friday, February 24, 2006

Sudah lama tak berpesan.

Sebabnya, yang nak memesan pon dah menyimpang jauh hihihi. Rasa malu nak berpesan :P

Tapi, sebenarnya itu tak boleh dijadikan alasan. Kalau nak tunggu sampai jadi perfect, macam tu sampai bila2 pon takde orang yang nak berpesan-pesan. Makhluk, memang la tak perfect, kan?

Hari ni nak bebel pasal performance appraisal. Hehe agak dah terlambat nak inform, sebab hari ni last day nak submit. But hopefully rakan-rakan saya ni baik-baik belaka. Jujur pada diri sendiri, dan evaluate dengan amanah. Jangan sebab nak dapat bonus banyak, letak markah tinggi-tinggi sedangkan kerja tak seberapa. Kalau memang diri deserve a good appraisal, that's OK. Yang tak OK nya cam saya yang tak amanah bab kerja hehehe.

Jangan nanti kita makan rezeki yang sebenarnya bukan hak. Bab rezeki kena jaga, sebab makan rezeki yang haram buat hati berkarat. Nauzubillah. Agak sukar ya nak pastikan sumber rezeki 100% halal, tapi cubalah sedaya mampu. Lagilah yang nakal cam saya, waktu kerja mula 8.30 pagi, 9 suku baru sampai :sengih busuk:

That's all for this week. Semoga berjumpa lagi di lain rancangan :P

p/s: rasa bersalah dengan akak tu (baca post sebelum ini), sebab tadi dia menangis di depan saya atas kemungkinan dia kena float. sudahlah saya ni memang out bab-bab kaunseling ni... hhmm.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP