Mari Berhibur.
>> Thursday, May 25, 2006
Terasa lucu pula melihat reaksi seorang teman pejabat bila saya khabarkan di rumah saya tidak ada TV sejak sebulan yang lalu. Matanya membulat dan dengan nada tidak percaya dia berkata,"Dah lama tak dengar kisah macam ni. Dulu-dulu kat kampung akak, adalah jugak orang PAS buang TV kat sungai."
"Tapi suami saya tak buang kat sungai kak."
Hehe.
Lagi lucu kalau dikenang kembali reaksi saya. Apatah lagi waktu itu, My Name is Samsoon sedang ditayang di 8TV, dan hanya tinggal beberapa episod.
Mana mungkin TV yang menjadi kawan karib sejak kecil dipisahkan dengan saya. Saya membesar dengan Miss Comet dan Moero Attack. Hujung minggu di zaman remaja, seharian saya lepak di depan TV menonton drama remaja seperti Save by The Bell dan Beverly Hills 90210. Saya bangun seawal pagi (sedangkan di hari persekolahan saya bangun 10 minit sebelum senaman pagi) untuk booking tempat di common room. Pernah khusyuk melayan The Land Before Time bersama Intan, kawan yang sama gila TV di sekolah, sedangkan esok pagi ada kertas geografi untuk peperiksaan akhir tahun. Sudah la tengok TV, bila nampak kawan-kawan study, boleh pulak kami kutuk kawan tu. Hehe.
Jadi apabila suami memutuskan untuk jual saja TV di rumah, saya rasa geram yang teramat sangat. Marahnya macam nak meletup gunung berapi. Frustrated pon ada, sebab saya tak dapat memberi justification yang cukup bernas kenapa saya perlu tengok TV. Sedangkan hujah-hujah dia lebih kukuh, dengan bantuan ayat Al-Quran dan hadis. Saya terpaksa admit, memang saya lagha menonton TV, dok ralit sangat sampaikan solat maghrib pon lambat. Isya' off course la kan lambat, sebab dah terpacak tengok My Name is Samsoon jam 8.30 malam. Manalah suami tak marah. Kalau compensate tengok TV dengan berzikir atau baca Quran di waktu lain takpe la jugak kan. Ni tengok TV saja.
Kini baru saya tahu hikmahnya. Kerana takde TV dan tersangat-sangat boring takde benda nak buat, saya discover satu aktiviti baru untuk berhibur, yang sangat-sangat best. Kedai Elektrik Best pon tak sebest bende ni.
Iaitu membaca Al-Quran.
Sungguh saya tak sangka, best rupanya baca Al-Quran. Kalau anda tak percaya, selepas baca post saya ni, apa kata ambil wudhu' dan baca Quran dengan tajwid yang betul dan alunan lagu yang mengasyikkan. Tak perlu risau jika suara anda ke laut, sebab Allah juri yang sangat sporting :-)
Kalau rasa tak best sebab bacaan anda tersangkut-sangkut, mungkin sudah masanya untuk menjenguk guru tajwid anda.
0 comments:
Post a Comment