Hartini And Her Helper.

>> Friday, June 02, 2006

+Bumbunya apa buk?
+Bumbu itu apa?
+Gimana ya....... di Maleisia sebutnya apa ya?

Neuron otak ku menaakul pantas dalam masa 0.0000008 saat. Kemudian ku ambil bawang besar, bawang putih dan cili merah.

+Ini maksud kamu bumbu?
+Iya, ini buk.
+Oh... kalau di Malaysia, ini namanya perencah.
+Oh perencah. Kalao di Indonesia, dipanggei bumbu, buk.

Hehehehe.

Pembantu saya sampai dari Indonesia hari Ahad yang lepas. Namanya Ris. Berbangsa jawa, tetapi orang tuanya tukar agama dari Islam ke Kristian. Jadi dia membesar sebagai orang Kristian. Tetapi dia sangat tertarik dengan Islam. Sekarang sudah dua tahun dia menganut Islam. Alhamdulillah.

Saya kira saya mempunyai tanggungjawab yang begitu besar. Memang saya majikannya, saya bayar dia untuk menguruskan rumah dan anak-anak saya. Tetapi saya harus ingat batasannya. Dia juga perlu solat, perlu makan, perlu rehat. Malah ada hadis tentang bagaimana melayan orang gaji di dalam Islam.

Dalam Sahih Bukhari, Hadis ke-29

Diriwayatkan oleh Al-Ma'rur bahawa beliau melihat Abu Dzar di Ar-Rabadha memakai sehelai Selendang di bahunya, manakala hamba sahayanya juga memakai selendang yang hampir sama. Saya bertanya tentang perkara tersebut kepada beliau. Beliau menjawab "Saya pernah menyakiti seseorang dgn memanggil ibunya dengan nama yang buruk. Maka Rasulullah telah memberitahu saya, "Wahai Abu Dzar! Adakah kamu telah menyakiti dia dengan menyebut nama ibunya dgn panggilan yang buruk? Jika demikian kamu masih lagi mempunyai sifat jahiliyyah. Hambamu adalah saudaramu dan Allah telah meletakkan dia dibawah jagaan kamu. Oleh itu sesiapa saja yg mempunyai seorang saudara yang dibawah jagaannya hendaklah ia diberi makan sebagaimana makanan yg kamu makan dan pakaian sebagaimana yg kamu pakai. Janganlah menyuruh dia berbuat sesuatu yg diluar kemampuannya dan jika kamu melakukannya (menyuruhnya berbuat sesuatu yg diluar kemampuannya), maka hendaklah kamu menolongnya."


Suami juga berpesan, orang Islam tidak pernah menyusahkan saudaranya. Orang Islam sepatutnya manusia paling baik dalam dunia. Sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain.

So hartini, pinggan tu basuh sendiri ye. Jangan nak mengada hehe.

"Hambamu adalah saudaramu dan Allah telah meletakkan dia dibawah jagaan kamu". Ah, terasa berat pula. Besar ya tanggungjawabnya. Apatah lagi dia baru sahaja menganut Islam. Saya perlu tunjukkan contoh wanita muslim yang baik. Saya perlu sampaikan ilmu agama kepadanya. Sudah saya tanya, dia belum pandai mengaji. Bacaannya hanya sekadar untuk solat. Parah ini... saya sendiri belum lulus.

Hikmahnya, Insya Allah saya boleh menjadi wanita muslim yang lebih baik. Sebelum saya menegur pakaiannya yang tak menepati piawaian islam, sebetulnya pakaian saya juga patut follow piawaian. Dan malu ya kalau dia bangun seawal pagi, tapi subuh saya gajah. Bertambah malu bila saya ajak dia sarapan di pagi khamis, dia menjawab,"saya puasa, buk."

Uhuk uhuk.

Terima kasih Allah, kerana membawa check and balance dalam hidup kami.

Nota kaki:
Dua hari bekerja, iron board saya hangus, baju sutera thai saya dimasukkan mesin, dan tudung sutera TM saya (yang selama ini ditatang bagai minyak penuh) sudah luntur warnanya. Takpe hartini, salah kamu kerana tidak menjadi cikgu yang baik. Dan pandai pula si Ris berpesan,"Buk, selepas ini bajunya diasing, yang mana dicuci tangan, yang mana tidak boleh dicampur."

Iya, Ris :-)

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP