Seeking Divine Guidance.

>> Monday, July 03, 2006

Benar, ya Tuhan, nikmatmu sangat besar dan tak pernah putus. Kadangkala, tidak kuminta tapi kerana Rahman dan Rahim-Mu, Kau beri tanpa kompromi. Sesungguhnya aku termasuk golongan yang rugi andai tidak syukur kepadaMu.

Namun aku takut, ya Tuhan. Benar-benar takut. Tidakkah nanti nikmat ini menjadi beban kepadaku? Tidakkah nikmat ini membuat aku lebih jauh dariMu? Tidakkah nikmat ini menghalang aku menjalankan tugas dengan amanah dan jujur, agar rezeki yang kudapat setiap bulan halal, suci dan bersih daripada unsur syubahat?

Ya Tuhan, kuserahkan segalanya padaMu. Sesungguhnya hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang baik bagiku. Cuma satu pintaku, jangan kau tutup pintu jalan Rahmat-Mu buatku.

Jangan kau tutup pintu jalan Rahmat-Mu buatku.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP