Cinta Itu Datang Dan Pergi.

>> Sunday, April 27, 2008

Kisah dua teman benar-benar menyentuh perasaanku. Mereka bercinta kemudian mendirikan rumahtangga. Bersama-sama mereka menghadapi cabaran, menunggu kehadiran cahaya mata. Akhirnya mereka dapat apa yang mereka impikan, seorang anak lelaki yang sihat dan sangat comel. Namun, kini rumahtangga mereka dilanda badai kerana rasa cinta itu sudah tiada. Buat aku tertanya, kenapa? Mengapa begitu mudah cinta itu datang dan pergi? Aku hampir terpempan satu malam. Sedih dan marah. Moodku jadi tak menentu. Rasa nak menangis, tapi rasa macam orang bodoh pula sebab aku tiada kena-mengena dalam ceritera ini.

Setelah beberapa minggu memikirkannya, akhirnya aku mengerti sipi-sipi jawapannya. Agak-agaknya lah.

Segala rasa yang kita rasa di dalam dunia ini, bukan kita sendiri rasa-rasa. KIta bukan saja-saja rasa. Segalanya di bawah kelolaan Yang Maha Esa. Dia kata kamu Hartini, pada sekian-sekian waktu, rasa begini pada En. Ahmad, maka begitulah yang aku rasa pada En. Ahmad pada sekian-sekian waktu yang telah ditentukan. Kamu Hartini, rasa begini pada anak kamu Ameer. Rasa begini pada anak kamu Zahra. Jadi tak payahla aku nak pecah kepala kenapa kawan aku yang sekian nama dah tak rasa cinta kepada kawan aku yang sekian nama, vice versa.

Namun, aku benar-benar berharap dan berdoa kepada-Nya, agar rasa cinta, kasih dan sayang itu akan berkekalan hendaknya. Andai ditentukan rasa itu tiada pada masa akan datang, aku berharap dan berdoa, diri ini dapat merasa redha dengan ketentuanNya, dan tabah dalam mengharungi kehidupan.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP