Oh Fatimah.

>> Sunday, August 16, 2009


Tentu tak sangka bukan? Gadis manis berusia 4 tahun dalam gambar di atas mampu menjatuhkan TV 29 inci. Juga telah berjaya merosakkan Nikon digital camera dan Creative SoundBlaster speaker.

Terbaru, watak ini dengan bergayanya mencurahkan air ke atas Dell Latitute laptop. Tak tahu apa yang ada di fikirannya. Mungkin ada scene siram-siram pokok bunga dalam Barbie in Thumbelina yang ditonton. Kejadian hanya disedari sebelum subuh oleh abahnya. [Apa kes nak pergi surau pon check laptop ke?] Confirm short circuit sebab on battery semalaman.

Mujur laptop itu tajaan TM. Ada contract dengan Sapura, apa-apa hal berlaku, mereka akan ganti yang baru. Sendirian berhad kalu, meraung beb!

***
Ameer?
Hmm..
Ameer tau tak Adik tuang air atas laptop abah?
Tau.
Laaa... dah tu kenapa malam tadi tak bagitau mama?
Kita main game banyak ni, mana boleh stop.

Whadda??

Sepanjang perbualan ini, matanya terpaku ke TV sambil jari jemarinya laju menekan punat PS2.

4 comments:

aida 1:50 pm  

mujur kat rumah ku takde PS2.. PC usage limited sekali dgn anak2.. hehehe

tinidewi 5:41 pm  

teehee. kitorang ni parents pemalas :-p tu yg dok sogok benda2 lagha jek wakakakaka.

YUZIE AMIR 11:47 am  

muka fatimah ada iras Tini laa..nampak mcm Tini version kanak2 plak.

tinidewi 7:47 pm  

teehee. besar nanti mesti cun mcm mamanya WAKAKAKAKA.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP