Jualan Amal Pretty Modesty
>> Friday, January 08, 2010
Baru-baru ini saya mendapat khabar tentang seorang kawan lama, Ramilawati Mustafa. Kami sama-sama bersekolah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Saya sekelas dengannya ketika Tingkatan 4 dan 5, malah dorm kami hanya sebelah menyebelah.
Saya mengenali Mila sebagai seorang gadis genit yang comel dan ceria. Masih teringat gaya jalannya. Langkah langkah yang pendek tetapi pantas. Namun beberapa tahun yang lalu, dikhabarkan dia menghidap sakit saraf yang rare dan dia memerlukan bantuan untuk berjalan. Kini, dia sudah pun lumpuh.
Betapa luluhnya hati saya. Dari setahun ke setahun saya berhajat mengunjunginya di Terengganu. Berkali-kali saya menyampaikan hajat kepada suami, tetapi tak pernah ada peluang. Kali ini, saya berazam untuk melakukan sesuatu.
Untuk itu, mulai hari ini sehingga 28 Februari, saya akan menganjurkan Jualan Amal Pretty Modesty dimana 30% daripada kutipan jualan akan disalurkan ke Dana Ramilawati. Mila memerlukan dana untuk menampung belanja perubatannya. Saya sangat-sangat berharap para pembaca boleh menyokong jualan amal ini sama ada dengan membeli atau mengwar-warkan jualan amal ini kepada rakan-rakan yang lain. Saya juga menganjurkan Giveaway Special sempena Jualan Amal ini.
Jasa anda amat-amat dihargai. Klik:
Jualan Amal Pretty Modesty
Giveaway Special Pretty Modesty
0 comments:
Post a Comment