Anak Ekspres.

>> Saturday, August 07, 2010

Malam semalam, suami pulang dari masjid dengan pandangan mata yang terbanar-banar.

"Awak?"

"Ya?"

"Bela kucing, hendak?"

Uh-oh. Lidahku kelu. Anak sendiri tiga orang pun tunggang terbalik hendak dijaga.

"Kasihan dia. Kecil lagi. Tidak sampai hati dengar mulutnya bising ditinggalkan tuan."

Saya masih diam. Suami cuba lagi memancing respons, "Sudahlah dia betul-betul di hadapan saya. Macam takdir sahaja."

"Lagi pun, besar pahalanya jaga kucing. Insya-Allah dia akan mendoakan kita."

Saya terpaksa mengalah, "Dia seekor sahaja?"

"Ha-ah."

"Laaaa... kenapa dibuang seekor sahaja? Kalau hendak buang, buanglah sekeluarga."

"Itulah. Kurang-kurang, dua beradik. Biar ada kawan."

Saya tidak kata ya. Sudah faham sangat. Sama ada saya setuju atau tidak, tidak relevan. Asalkan saya melayan perbualan sudah mencukupi. Sebenarnya, dia bukan menyoal, tetapi sekadar memberitahu. Itu namanya etika seorang suami. Lagipun dia sudah tahu, betapa lembut hati isterinya ini, uhuk uhuk maaf terbatuk, walau mulut muncung dan dahi berkerut.

Malam itu juga kami ke Masjid Bulat untuk mengambil anak kucing itu. Usianya mungkin sekitar satu atau dua minggu. Aduh, kasihan benar. Kecil-kecil sudah berpisah dengan ibu dan keluarganya. Kecil-kecil sudah sebatang kara.

Ameer dan Fatimah sungguh gembira. Fatimah bertanya, "Mama, can Abah let us keep this cat?"

"Ya, memang Abah suruh kita bela."

Ameer berteriak, "Yay, I have a pet!"

Saya menyoal mereka berdua, "Kita hendak namakan dia apa?"

Terus Ameer menjerit sambil mengangkat tangan kanan, "KIKI!"

Fatimah menyahut, "Yes, Kiki!"

Jadi, sekarang kami ada binatang kesayangan yang dipanggil Kiki ^_^

Nota kaki: Aduh anak-anak zaman sekarang, kita cakap melayu dengan dia, dia sibuk berbahasa inggeris dengan kita :-p

3 comments:

aida 2:37 am  

hahaha cam aku kat sini jer.. aku tanya, depa jawab english.. hari tu pergi scotland, budak malaysia cakap bahasa scot english, pening kepiang aku nak dengar.

Milky Way 9:43 am  

kucing oh kucing...kecik btul tu tini, phase ni susah sikit nak jaga...susu ibu itu penting so maryam terpaksa berkongsi dgn 'adik' baru lah!....hehehe

tinidewi 5:59 pm  

da: kadang2 mcm gedik je dengar style diorang spiking tu :lol:

la: hehe aku bagi je makan whiskas for kitten.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP