Siri Jimat: Kurangkan Kos Bil Elektrik.
>> Monday, September 27, 2010
Memandangkan kami berada di rumah 24 jam sehari, kami perlu mengurangkan penggunaan elektrik untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan. Ini antara cara saya mengurangkan kos bil elektrik:
1. Tutup lampu dan kipas yang tidak digunakan. Setiap kali keluar bilik, ingat! Tutup lampu dan kipas. Mentaliti takpelah-sekejap-lagi-nak-masuk-balik-bilik-ni perlu diubah.
2. Sekiranya tidak menggunakan barangan elektrik, tutup suis, bukan sekadar matikan barangan elektrik tersebut.
3. Di waktu siang, buka semua tingkap dan selak langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Jadi, tak perlulah buka lampu.
4. Kurangkan penggunaan barangan elektrik yang mengeluarkan banyak haba seperti periuk nasi, cerek elektrik (lebih-lebih lagi yang kekal panas), pemanas air, oven dan sebagainya.
5. Tanak nasi di atas dapur gas. Ia lebih pantas. Benar, kita perlu beri lebih perhatian agar tidak hangit dan perlu membuka penutup periuk ketika ia menggelegak, tetapi kita hanya perlukan 5 - 10 minit sahaja untuk menjaganya.
6. Jerang air di atas dapur gas. Jika mahu air kekal panas, simpan air panas di dalam termos. Menariknya, cerek besi saya yang mempunyai corong bertutup yang bersiul apabila air sudah mendidih mampu mengekalkan kepanasan air selama 2 jam sekiranya ia ditutup rapat.
7. Seseorang memberitahu saya, mandi air sejuk di waktu pagi lebih baik untuk kesihatan. Memang menggigil tetapi ada petuanya. Mulakan dengan membasuh kaki, kemudian naik ke bahagian badan ke atas perlahan-lahan hinggalah ke kepala.
8. Kalau boleh, kurangkan penggunaan penghawa dingin atau jangan pakai langsung. Untuk tips yang terakhir ini, saya perlu lebih banyak kajian untuk pengudaraan yang lebih baik untuk rumah teres dua tingkat kerana saya bakal berpindah ke rumah dua tingkat di Shah Alam. Kebiasaannya, rumah 2 tingkat lebih panas, lebih-lebih lagi kalau di tengah-tengah kerana kekurangan tingkap dan terutamanya di tingkat atas.
Kalau ada tips yang lain, harap boleh kongsi bersama ^_^
9 comments:
setuju.. sy buat semua tip2 tu kecuali no 5 & 6.. no 8 mmg ta relevant sbb mmg ta gune aircond.. rumah panas @ tak depend on kedudukan rumah & tinggi siling.. dulu masa beli rumah mmg pilih rumah yg matahari lalu tepi ke tepi, supaya matahari ta direct masuk rumah.. stakat ni (hampir 8 tahun dok rumah sndri), bil api dlm lingkungan 20 rm sebulan.. pling mahal 30 lebey gitu je klu musim cuti sbb budak2 kt rumah & tgk tv byk..
msk nasi ats dapur?malasnyer! sy simpan air dlm thermopot mmg guna byk letrik huhu.
yeay! I mmg mandi air sejuk every morning sejak dulu cuz tak pasang heater in my bathroom + tak kuasa nak jerang air utk mandi air panas. good to know it's good for kesihatan hehe
and i pun dgr petua start dari kaki tu. and kalau mengantuk tahap tak boleh bukak mata, once kena air sejuk kat kaki mata confirm terus segar hehe
oh yer ke.. pasal air sejuk tu?
kak tini, dulu aku pernah baca dalam UKS mailing list, ada orang kata beli elektrik sebelum guna. TNB ada perkhidmatan ini, maknanya kita bayar dulu baru guna. ada orang kata lebih murah berbanding dengan letrik yang kita guna dulu, baru bayar. orang tu cerita, lebih jimat kalau pakai banyak barang letrik serentak kalau bayar dulu sebelum pakai. sejauh mana kesahihannya, waalahu'alam. aku pun tak pernah cuba. cuba ko tanya TNB
mama2nur: pergh best tu bil letrik. ours still range 50-80 sebab byk sgt computer :-)
yati: try la beb. cuba sekali insya-allah nak buat lagi. laju gila nasi dah tanak.
lynn: ketar gigi beb :-)
aida: ini untuk cuaca malaysia ya? utk cuaca ko, mungkin air panas lagi elok.
ummuauniafif: ooo ada jugak ek letrik prepaid?
petua mandi jirus kaki dulu tu banyak kali baca dlm buku Dr HM Tuah Iskandar..betul tak?
kak tini, betullah tu.. sini pun ada prepaid letrik. hehehe.. cubalah, aku rasa idea bagus, macam prepaid telefon kaedahnya
ok sokong2
tips lain: mlm2 bukak langsir guna lampur jalan jek..so takyah pasang lampu kecik dlm bilik ( terutama bilik budak)
psl aircond tu sgt setuju
thermopot pon setuju, i mmg tak guna dr anak no 1..siap masak air je tuang dlm thermos biasa ( cara tradisional)
psl nasi tu pon setuju, dulu masa anak 2 ada juga buat, lepas tu dh tak buat ehehhe
Post a Comment