Peperiksaan Akhir Tahun.
>> Monday, October 18, 2010
Gara-gara Mama mahu Ameer masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi, Mama bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran bersama Ameer. Mujur Ameer mahu bekerjasama. Itupun sebab Mama rasuah sepeket Roller Coaster untuk waktu siang dan dua peket Tam Tam untuk waktu malam. Yang menyampah, Fatimah yang tiada kena mengena pun tuntut jajan sebab tolong jaga Baby Maryam katanya :-p
Semalam, dalam tertekan mengajar Bahasa Melayu, tiba-tiba rasa nak tergelak. Atau budak-budak moden tepi jalan cakap, tergolek dog.
Huh?
Ameer bila besar nanti nak jadi apa? Haaa.. itulah cita-cita! Jadi, apa cita-cita Ameer? Besar nanti nak jadi apa?
Aaaa... BEN10?
Boleh? :-p Beristighfar sajalah banyak-banyak.
Tengah hari tadi, dalam kereta semasa menghantar Ameer ke sekolah, berbuih mulut Mama memberi pesan itu ini. Baca Bismillah. Doa. Baca soalan betul-betul. Jawab soalan betul-betul. Ingat tanda bacaan. Ayat penyata ada titik. Ayat tanya ada tanda soal. Ayat seruan ada tanda seru. Permulaan ayat mesti huruf besar. Kata nama am. Kata nama khas. Sekaki payung, sebuah kereta, selaras senapang, sekuntum bunga. Sampai Jenny, anak jiran, menyampuk, "Soalan Tahun 1 senang saja, Auntie." Terus aku sergah dia, "Kalau senang, ada Jenny dalam A?" Keh3x terdiam budak itu. Ganas betul achik kan?
Terlampau....... ^V^
6 comments:
jiran sy tanyer kat mus'ab " Mus'ab bin apa?" Mus'ab jawab "Ben10" wakakak :p
ni mesti dah tensi sampai sergah jenny..sian jenny :P
mau stress si ameer :P
kak, maknanya xm utk masuk SRAI tahun 2 ke?
citer psl tanda bacaan ni teringat kertas jwpn anak saya.
arahan nya ; masukkan tanda bacaan yg sesuai
Ayat : wah cantiknya baju kamu
sepatutnya jawab : Wah! Cantiknya baju kamu.
Luqman jawab apa tau?
Memanglah, baru basuh
hahahaaha
farra: parah parah budak zaman sekarang kih3x.
ummu auni afif: mau aku tak tensi, hari2 aku pula jadi babysitter anak2 jiran ni, suka sgt melekat dgn aku :-p
aida: tak stress pun, mamat tu suka belajar cumanya he has high expectation on himself, takut kalah/salah.
yatipruzz: tak, final exam. utk masuk sekolah integrasi selain darjah 1, exam mid term/final year saja diperlukan. tak perlu entrance exam.
kakluna: kih3x cikgu dia pun mesti tergolek dog tanda kertas jawapan dia kih3x.
Post a Comment