Komik Sains Ikhtiar Hidup.

>> Friday, January 28, 2011

Tempoh hari, kami singgah di MPH ketika membeli-belah di Giant Shah Alam. Dua orang kanak-kanak itu dibenarkan memilih satu buku seorang. Saya tidak ingat apa yang dipilih oleh Fatimah, tapi pastinya murah sahaja. Ameer pula memilih ensiklopedia berkenaan dinosaur yang berharga puluhan ringgit.

Erk!

Lari bajet Mama, Meer.

Alhamdulillah, mujur Mama jumpa komik ini.

Komik Sains Ikhtiar Hidup. 'Sesuai untuk Kanak-kanak Lasak dan Bijak' katanya. Memang sesuai, dik! Yang kami beli, siri Dunia Dinosaur Jilid 1.

Harganya tak sampai sepuluh ringgit pun. RM8.50 sahaja. Ha, murah bukan? Malah, saiznya sungguh bersesuaian untuk dibaca sebelum tidur. Sekarang, sudah menjadi habit Ameer, sebelum tidur mesti cari komik ini dahulu. Kemudian, jenuhlah Mamanya menjawab soalan-soalan berkenaan dinosaur, sedangkan faktanya sudah ada di dalam komik itu. Hish, suka betul tanya Mama perkara yang kamu sudah tahu! Terpaksalah Mama membaca untuk tambah pengetahuan, walhal Mama tak minat nak tahu pun :-p

Kini, Ameer sudah mula suka membaca sejak dibelikan komik. Tidaklah asyik menghadap komputer saja. Mama fikir, setiap bulan Mama mahu belikan satu sehingga cukup koleksi!

Terima kasih kepada Gempak Starz kerana menterjemah komik sains berbahasa Korea ini kepada bahasa Melayu. Usaha yang baik. Teruskan! Chaiyok, chaiyok!

3 comments:

aida 5:57 pm  

bagus dia suka membaca :)

tinidewi 7:14 pm  

huh! jenuh aku sound. ada komik baru jalan :-p

y@tipruzz 7:36 am  

duss idlan pon sgtlaaaa liat nk membaca. kalo komik dia layan upin ipin dgn ana muslim. nk try beli dinosaur ni plaks la hehe

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP