Fatimah Nak Kawin?
>> Tuesday, February 22, 2011
Mulut Fatimah cepat berkicau sejurus abangnya masuk ke dalam kereta selepas habis waktu persekolahan.
"Ameer, nanti saya kahwin dengan lelaki handsome!"
"Ya? Dengan siapa?"
"Dengan lelaki handsome lah."
"Yalah, nama dia siapa?"
"Aaaa... saya lupalah nak tanya. Esok saya tanya cikgu."
"Bila kamu nak kahwin?"
"Nantilah, bila saya sudah besar."
"Muka dia bagaimana?"
"Aaaa... muka dia putih."
"Putih? Tapi, muka kamu peach. Mana boleh kahwin dengan dia. Hahaha."
"Alaaaaa, Ameer!"
Walaupun akak hampir tertekan brek ketika mendengar cerita Fatimah berkahwin dengan lelaki kacak, akak senyum sajalah. Ada-ada saja kamu ini, Fatimah :-p
3 comments:
ohww... sungguh cilik cerdas.. paling best part muke die putih, kamu peach, mane boleh kawen.. !!
hihihi..
cilik cerdas menyakat cilik cerdas 2 :P
semah & aini: ai sakat ameer balik, ameer lagilah, brown. menjerit dia HAHA.
Post a Comment