Gadis dan Mekap.
>> Friday, February 11, 2011
Fatimah ternampak logo ini di TV.
"Hey, Mama!"
"Ya."
"I saw make up things on TV."
"Uh oh?"
Musykil akak, dik. Musykil. Rumah akak mana ada mekap. Sebutir pun tiada. Hatta sebatang lipstik. Di atas almari solek akak, cuma ada buku-buku yang tersusun tak rapi.
Jadi, bagaimana Fatimah boleh tahu MAC itu jenama mekap?
Akak perhatikan Fatimah memang ada gejala-gejala obses kecantikan. Sebab, apabila akak maklumkan bahawa sayur menyihatkan, dia buat pekak. Tapi apabila akak kata, kalau makan sayur, kulit akan licin dan takkan ada jerawat yang berani menghinggap, dia berfikir sejenak, terangguk-angguk dan mula makan sayur. Malah, mulutnya begitu lancang sekali menegur ketidakcantikan akak seperti "kenapa muka Mama banyak spot?" atau "boleh tak Mama exercise sekarang?" Lebih sadis lagi, "saya tak mahu [letak faktor ketidakcantikan di sini] macam Mama."
:-p
8 comments:
Ma, aku rindu kisah ameer. Sob2, camne dia kat sekolah
Ops tu aku, aida
Kah kah kah!
Fatimah macam Auni, cuma dia kata Ibu gemuk :P
aida: nak cerita, tapi takde cerita yang boleh diceritakan. berjurus sangat :-p nanti-nantilah ai tulis pasal ameer kay?
ummu auni: sabar je la kan?
tini,
knape fatimah contradict sgt dgn mama dia?hahaha,tp i loike :D
liza: semua org pun cakap like Fatimah tsk tsk nampaknya takde yg berpihak pada mama :drama: kih3x.
mmg boys & girls born with different 'circuitry'. my son tak pernah kisah bagi dia baju apa utk pakai, but my daughter belum 3 tahun dah pandai nak request2 yg tu yg ni. pastu bila tengok katalog avon, konon nak beli eye-shadow, mana kenal tak taulah, ummi dia tak pernah ada eye shadow. kot2 dia ingat tu utk main watercolour agaknya hehe...
kiutnya fatimah!!
unlike idlan, bila tanye mama cantik tak..mesti dia jawab 'mama cantik'. tak pernah dia ckp mama tak cantik hehe
Post a Comment