Pasta Dan Keju.

>> Saturday, February 12, 2011

Semua maklum kanak-kanak perlukan kalsium untuk tumbesaran. Supaya tulang dan gigi mereka kuat. Tapi, kalau dah anak-anak berperangai diva dan suka beri ayat penyata berani mati apabila disuruh minum susu seperti, "Saya bukan bayi," haruslah ada pelan B. Pelan B saya adalah ini.


Pasta dan keju. Mm mm... Mak di kampung cakap, masak ciet. Maksudnya, masak senang-senang. Bahannya pun, sekadar tiga iaitu pasta, tidak kisahlah yang bentuk panjang macam mi atau kulit kerang hatta ABC berwarna-warni sekalipun, susu dan keju. Bolehlah kalau mahu tipu kanak-kanak.

Mula-mula, rebus pasta sehingga lembut dan kering airnya. Kalau air tidak juga kering-kering, tak usah pening kepala, buangkan saja airnya. Kemudian, masukkan susu. Susu segar ya ibu-ibu, bukan susu pekat manis. Ikut suka kamulah mahu letak banyak mana. Jika mahu lebih berkrim, tambahkan susu tepung. Apabila mendidih, masukkan keju cheddar. Ulang skrip lama, ikut suka kamulah mahu letak banyak mana. Kacau-kacau, dah siap! Perasakan dengan garam jika mahu. Boleh juga kalau mahu masukkan sedikit mustard atau dried herbs.

Ini adalah menu wajib bagi Ameer. Dalam seminggu, pasti ada soalan, "Macaroni and cheese ada tak?" selepas pulang dari sekolah. Dan, saya juga mewajibkan ia masuk di dalam menu mingguan atas sebab, tak mahu Ameer kemetot. Sudahlah tambun, pendek pula. Sungguh tak kacak :-p

4 comments:

y@tipruzz 10:23 pm  

harus cuba! dr dulu nk buat tp tak sure nk guna cheese ape. cheddar cheese nnt jadi orangy tak color dia...sbb yg kenny rogers nyer kan kaler very yellow keorenan.

Ummu Auni 11:37 am  

ameer baru 8 tahun la ma.
tak kacak tak apa, asalkan hatinya suci & murni :)

tinidewi 10:43 pm  

yati: ini bukan resipi original. masak ciet katanya. yg sebenarnya, ko cairkan butter lepas tu bubuh tepung, kacau. then, perlahan-lahan ko masukkan susu (and keep stirring supaya tak berketul), then the cheddar cheese. yg orangy tu mustard ya harap maklum, atau kenny rogers guna cheese lain yg orangy, hari tu ai ada nampak kat supermarket.

ummu auni: time ni ler kena telan kalsium banyak-banyak. gigi dia mcm tumbuh tak normal tsk tsk.

hanis 2:11 pm  

pasal baju tu...mmg en.H tuh...katanya busy yg amatsss last week...sory ek...

InsyaALLAH this week lah...

malu sya tau ngan puan tini...bg free pun bukan main payah nak ambik...huhuhu...sory ek..

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP