Hadiah Harijadi.
>> Wednesday, March 30, 2011
Yay! Dapat hadiah semalam!
Beria syarikat kurier mahu menghantarnya ke tangan saya semalam juga. Ketika mendapat panggilan, saya sedang menunggu Ameer di sekolah. "Lori kami sudah berada di hadapan rumah puan sekarang," kata wanita itu. Aduh, bagaimana ini? Ameer belum pun keluar. Kemudian, kami pun aturkan penghantaran seterusnya jam 3 petang, iaitu selepas saya menghantar Ameer ke sekolah agama.
Weee, seronoknya dapat hadiah! Tapi, hadiah ini daripada saya sendiri hik3x. Yalah, siapalah yang mahu memberi hadiah kepada akak surirumah ini. Tsk tsk. Sudah berusia tiga puluh dua tahun masih suka berdrama.
Ini kandungannya:
Antara buku yang dibeli:
Walaupun umur kalendarku tiga puluh dua, badanku berusia empat puluhan tsk tsk. Harus menelaah cara-cara untuk meningkatkan metabolism supaya lebih muda remaja.
Berkurun orang lain sudah membaca Ayat-Ayat Cinta, saya baru mahu beli hihi.
Tambah ilmu untuk menjadi penyunting berjaya dan berkakilebarkaliber.
Yang lain-lain, kamus, tesaurus, tafsir Quran himpunan Rahman dan sebagainya. Terima kasih kepada MPHOnline kerana menghantar buku lebih awal dari jangkaan. Saya suka!
Ha, kalau kamu mahu beri hadiah kepada akak, silakanlah ya? Boleh zoom alamat dekat gambar pertama itu hik3x. Akak mahu CD aerobik :lol:
5 comments:
selamat hari jadiiii.. semoga panjang umur dan di murahkan rezki... :)
seronok dapat adiah ye.. :) suke nye banyak buku.. :) ehehehe
Aku kurang membaca skrg, sobs
besday kaaa? bila nak belanja akak makan? :P
assalamualaikum..
selamat hari lahir tini..cori ya lmbt wish...semoga di pjgkan umur & di murah rezeki...
kalau dekat nak pinjam buku leh x...asyik baca buku resepi jer,boring2...hihi..
jassnani: thanks ^V^
aida: takpe, ko kan studi hari tu nak dptkan ACCA. now dah dpt jadi chartered accountant, bolehlah start baca buku balik :-)
knv: nanti, tungguuuuuu keh3x.
bad: takpe, aku pun syok tgk gambar kek kat blog ko hehehe...
Post a Comment