Tudung Syria?

>> Thursday, March 03, 2011

Semalam petang, saya cuba pakai satu-satunya tudung syria yang dimiliki untuk ke taman tasik. Kononnya, lebih mudah mahu bersenam :-p Lagipun, saya tengok orang lain pakai cantik dan terletak. Elok saja dahi tiada anak-anak rambut terkeluar. Kalau patung yang pakai, lagilah cantik sebab dahi licin dan tidak jendul.

Gambar tudung syria ini diceduk dari kedai mayaku, Pretty Modesty. Berkenan? ^V^

Alih-alih, pagi tadi Fatimah berpesan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

"Mama."
"Ya?"
"Mama tak pakai tudung semalam?"
"Tak."
"Mama janganlah pakai tudung tu lagi."
"Kenapa? Tak cantikkah Mama pakai? [Nada sentap]"
"Ha-ah. Tak cantik. Kelakar pula tu."

Tsk tsk. Benci betul! Suka sangat tegur fesyen Mama :-p

6 comments:

asz 2:38 pm  

wahahah..mmg best la fatimah ni

aida 3:02 pm  

Fatimah, terlalu jujur tidak sesuai utk self esteem mama, tsk

blogadmin 11:01 am  

hehehe...nak komen ape ek...komen budak2x nih payah sikit pasal diketahui straight from the heart kan...kuikuikui...

tapi mungkin penggunaan perkataan si fatimah kot ganas sgt....mungkin dari hatinya lain...tapi perkataan yg dia guna membuatkan ibunya faham lain kottt....hehehehe

apa-apa pun saya agak minat jugak tudung jenis syiria ni...yg ada n pernah pakai is yg dalam tuh and luar pakai pashmina labuh lilit2x...eh ke namanye bukan jenis syiria....konpius plak...

anyway nk gi terjah prettymodesty kejap...hehehe

tinidewi 3:44 pm  

ayni: ewah ewah. sudah ada blog ya? punyalah lama baru terbuka hatimu :-p

aida: walaupun pahit, terpaksa kutelan tsk tsk.

hanis: dah amek ke blom tshirtnya dik? akak kononnya nak cari yang matching dengan tudung coklatmu itu [yg kulihat dilenjan ke sana ke mari teehee tudung favorite kah?] tapi tak jumpa tsk tsk.

Ummu Auni 7:36 pm  

fatimah ni jujur sangat, sampai mamanya terasan tension. aku pun sebenarnya teringin nak pakai, tapi rasanya mukaku tak sesuai da..mana taknya muka bulat :P

Anonymous 2:05 am  

cik tini ada jual tudung syiria eh ? berapa harga satu ?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP