Digigit Si Kurap.
>> Friday, June 03, 2011
Alhamdulillah, syukur digigit kucing gelandangan. Bahasa komersilnya, kucing kurap. Mudah-mudahan adalah sedikit dosa kecil terhapus, insya-Allah.
Kisahnya begini. Di perjiranan kami baru-baru ini, banyak betul anak-anak [luar nikah?] yang muncul. Satu ibu, sampai tiga empat anak. Yang si bapa, tidak nampak batang hidung. Kalau ada pun, bak kata Cik Mad, bapanya gemuk-gemuk, ibunya kurus-kurus. Mana tidaknya, yang menyusu sampai tiga empat ekor sehingga masing-masing gebu dan tembam. Kalau dibagi makan, kaum bapa pula menyerang dahulu. Ibu-ibu dapat saki baki sahaja. Dasar jantan!
Cik Mad kamu mulalah kasihan. Sekali sekala beri makan. Kemudian, bertambah kerap. Lama kelamaan, jadi kewajipan pula. Awal pagi si ibu itu menunggu di hadapan pintu. Dahulu, sekadar buat muka kasihan [walau tidak setanding wajah Puss In Boots]. Kini, siap bunyi siren lagi minta makanan. Dahulu, intai jauh-jauh. Kini, kaki kita digesel-gesel.
Hai, kucing-kucing. Kamu memang pandai beli jiwa. Patutlah dari zaman kuno sampai zaman moden, ada sahaja kisah kamu di dalam hidup manusia. Yang menyembah kamu pun ada!
Dua malam lepas, tanpa disedari seekor anak kucing terkunci di dalam rumah. Ia mengiau-ngiau mahukan ibunya. Apabila pintu dibuka, ia pula bersembunyi di belakang meja. Lama jugalah saya menunggunya keluar, tapi tidak juga keluar-keluar. Saya geram, lalu anak kucing itu saya tangkap. Aduh, sudah nasib saya. Anak kucing itu panik dan menderam-deram marah, lalu membenamkan giginya ke tangan saya.
Sebenarnya, tidaklah sakit. Tetapi, gigitan kucing boleh memudaratkan. Apatah lagi, giginya terbenam melepasi lapisan kulit. Urat sampai timbul-timbul. Empat kesan gigitan memerah dan membengkak. Selepas mencuci tangan dengan bersih, saya pun ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Sakit saya kelakar sedikit, doktor."
"Sakit apa yang kelakar itu?"
"Digigit kucing."
"Mari saya tengok." Doktor membelek-belek tangan kanan saya, lalu berkata, "Kena suntik kalau begini!"
Saya ingatkan doktor sekadar berseloroh, tetapi rupanya, memang betul kena suntik. Tsk tsk. Mujurlah jarumnya halus sahaja. Bukan setakat itu, dibekalkan juga ubat penahan sakit.
"Eh, perlukah ubat penahan sakit?"
"Sekarang memanglah tidak rasa sakit. Malam nanti masa hendak tidur, baru terasa."
Bengkak di kesan gigitan sudah pun surut setelah dibubuh krim antiseptik. Namun, bahagian yang disuntik pula yang membengkak dan terasa gatal. Mungkin kesan pertembungan kuman dengan antiseptik.
Apa pun, kalau kamu digigit kucing, janganlah malu-malu untuk bertemu doktor. Ini untuk mencegah jangkitan. Malah, saya pernah membaca, seorang penghidap diabetes terpaksa dipotong kakinya selepas digigit kucing kerana tidak dirawat dengan segera.
Gambar-gambar diceduk dari Google Image.
6 comments:
aduh. dahsyat juga ek. aku ingatkan korang bela kucing2 tu
tajuknya kena gigit kucing ajer... citernye lelebih, silap haribulan habis ilang pahala nih :P toksah citer lagi bagus, takut nanti sia2 susah penat habis duit beramal...last2 riak. ni pun dah nak mula riak dah ni hehehe.... so pepandai ler cover, baru la ikhlas insyaAllah :P
aini: malaslah nak bela. emotional baggage :-p
ahmadini: aik, riak ke? it is how you read it, kawe takdok raso gapo-gapo :-) kawe nok citer what to do kalau digigit kucing je :-p
Assalamualaikum Kak Tini.Bagaimana luka di tangan tu, dah ok?
Macam ain ni lak takut kucing,lipas tak takut pulak...hehe.
satu sharing yg bagus..tak tau plak kalo kena gigit kucing kena pegi doktor! mekasih kawanku..btw, bila nak buat GA lagik..hik hik
ain: wsalam ain :-) yg kena gigit tu dah OK. now bahu yang kena inject tu pulak yang sakit, bengkak. lipas tak takut, cuma menyampah je hehehe...
asz: sebab k.jaja ofismet aku dulu pernah kena infection lepas kena gigit kucing, tu yang aku tau tu. GA bulan 6 minggu depanlah aku tulis entrynya :-p
Post a Comment