Rezeki Mangga.

>> Tuesday, August 16, 2011

Dua tiga bulan lalu, pokok mangga di hadapan rumah berbuah. Tak banyak. Adalah tiga empat biji. Sudahlah sedikit, masaknya pun lama. Tunggu punya tunggu, alih-alih buahnya sudah tiada. Suspeknya tak lain tak bukan, si cilik tangan panjang ini. Memang acap kalilah nampak watak mencurigakan ini melompat sini sana di kawasan perjiranan ini.


Hmm... tak mengapalah. Nak buat macam mana. Dah rezeki dia. Lagipun, bukannya saya ada buat apa-apa pada pokok mangga itu. Disiram tidak, dibaja tidak. Ia berbuah tiga empat biji pun dah kira bagus.

Dan nak tahu apa terjadi? Seminggu ini, tiba-tiba satu pokok itu penuh putik. Tak boleh dikira dengan jari. Punyalah banyak buahnya. Terkelip-kelip mata saya. Kalau si cilik tangan panjang itu curi sebiji setiap hari pun entah bila boleh habis. Apa sudah jadi?

Masya-Allah. Subhanallah.

Saya tanya kepada tuan rumah lama, katanya pokok itu ditanam sepuluh tahun yang lalu dan tak pernah berbuah. Alhamdulillah, rezeki kami :-)

Di bawah pokok mangga itu jugalah saya selalu letak makanan untuk kucing-kucing kurap :-)

8 comments:

Ummu Auni 6:52 pm  

dipenuhi aura tabligh :-). rezeki la tu :-) kalau ada lebih, boleh ajak kami pekena mangga muda pula :p

aida 8:15 pm  

I nak mangga muda, tapi i tak ngandung

NURUL AINI NORAZMAN 8:51 pm  

wah sedap tu mgga,.haha
rezeki si tupai tu la kan,.=))

tinidewi 6:37 am  

ummu auni: tak reti aku makan mangga muda ni. camno? buat kerabu ka makan raw gitu?

aida: nak ke? kena tunggu lagi kot. masih putik.

nurul aini: entahlah sedap ke tak :-)

Leila Daniel 11:26 am  

yumm...takyah la tunggu masak..mcm2 boleh bikin sista

1. mangga muda cicah kicap cili n gula..uishhhh kecur air liur!
2. kerabu mangga
3. peram sampai dia betul2 masak hehehe kalu takut si belang ambik

Lynn 3:28 pm  

I tak makan mangga muda. masam. dah masak, manis... nak eh! hehehe

Ummu Auni 11:36 am  

makan raw je la. cicah kicap, belacan + gula/cuka + gula. meleleh pula air liurku :p

Anonymous 5:56 am  

The Summit Series High-loft down jacket peak sets cheap north side with all the [url=http://www.cheapnorthfacejacketsales.com/]cheap north face jackets for women[/url] Together with winter coming, it's important for people comfortable cheap North Face jackets, [url=http://www.discontnfjacketsclearance.com/]north face discount[/url] stars establish the obligation related with symbolizing the continent in a broad way,

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP