Gloomy Weekend.

>> Monday, March 15, 2004

Ada seorang lelaki yang telah menyebabkan hujung minggu aku jadi kacau bilau.

Kucar kacir kepala otak aku dibuatnya. Jiwa tak tenteram. Aku jadi bingung. Rasa nak nangis pon ada, tapi macam bodohla pulak. Tak pasal-pasal hujung minggu aku jadi tak berperisa. Kerana mamat sorang ni.

Puas suami pujuk, pesan minta pertolongan dari Tuhan. Nasib baik dia memahami.

Yang aku tak paham, kenapa mamat yang bergaji lima angka ni nak aniaya aku & meminta2 sesuatu yang kononnya hak dia daripada syarikat. Hak syarikat daripada dia macam mana pula?

xoxoxo

Pagi-pagi lagi, Nik Aziz dah buat lawak. Tersenyum aku mendengar kenyataannya. Bila ditanya berkenaan kemenangan PAS di Senggarang tanpa bertanding, dia berseloroh "Seperti bulan jatuh ke riba, dalam peribahasa Melayu takde seperti dacing jatuh ke riba".

Haha, thank you Nik, you bring back smile to my face :)

Tapi.... masalah aku masih tak selesai.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP