Kali Pertama.

>> Sunday, March 14, 2004

Pengalaman kali pertama selalunya manis, adakalanya masam macam cuka, tak kurang juga yang rasa pahit macam hempedu.

Saya masih ingat lagi perasaannya kali pertama ke restoran segera KFC. Abah membawa abang Ali dan saya, berumur 5 tahun ketika itu, ke restoran tersebut dan memesan aiskrim untuk kami.

Aiskrim itu cuma satu scoop, berperisa coklat. Glamernya sebab ada sekeping wafer dan diletakkan dalam mangkuk yang tinggi. Kalau budak2 zaman sekarang, tak heran agaknya dengan aiskrim ni.

Tapi entah kenapa kami berdua sentiasa teringat2 perkara itu. Mungkin aiskrim itu (yang dianggap sungguh glamour at that point of time) & dibawa berjalan2 sudah cukup istimewa bagi kanak2 seperti kami.

Mungkin juga hati kami terusik, kerana abah membawa kami ke situ untuk meraikan dirinya mendapat gaji pertama hasil penulisannya di akhbar. Walaupun saya masih kecil & belum faham tentang kehidupan, saya seperti terasa perasaan "contentment" yang dirasai Abah ketika itu.

Itu pengalaman kali pertama yang paling manis bagi saya.

Kali pertama berjumpa suami? Buat masa ini, tak perlulah saya ceritakan di sini :p

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP