>> Friday, March 12, 2004

Kenapa Memblog?

Saya sebetulnya tidak gemar menulis. Apatah lagi untuk menulis diari atau apa2 catatan mengenai kehidupan saya. Pernah juga bercita2, tetapi hanya terjadi untuk dua tiga minggu. Akhirnya buku diari yang harganya mungkin puluhan ringgit menjadi koleksi buku2 cantik yang tak bererti.

Kali ini saya mencuba untuk menulis blog pula. Walau pada mulanya, saya sering tertanya mengapa orang mahu menulis blog di Internet. Mengapa harus kita membenarkan orang lain mengintai sebahagian daripada kehidupan yang sepatutnya menjadi hak peribadi dan privasi kita?

Akhirnya saya mengerti, manusia memerlukan platform untuk bersuara, untuk melepaskan rasa di jiwa, untuk mengucapkan sesuatu yang tak terucap. Sesuai agaknya untuk sang kekasih yang malu2 tetapi mahu, yang lidahnya kelu & hilang kata2 bila bersua. Kalau dibiarkan saja rasa cinta, marah, benci, suka, duka, geram, mandrem & apa saja perasaan yang wujud dalam dunia ni bertongkol dalam jiwa, mau jadi gila agaknya.

Lagi pula, ada yang sekadar menulis untuk simpanan peribadi.

Jadi, hari ini merupakan kali pertama saya menulis di blog saya.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP