>> Thursday, May 27, 2004

Nak jadi skema sekali sekala.

Saya selalu tertanya-tanya, kenapa mesti ada "Tokoh yang disegani" dalam biodata seseorang, tak kiralah artis ke, gadis Harian Metro ke, peserta Explorace ke, budak sekolah rendah ke.

Dan saya selalu lagi tertanya-tanya, kenapa jawapan mereka mesti sama. Kalau tanya tokoh disegani mesti bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir ataupon Tan Sri P Ramlee. Mungkin tahun ini, orang akan berubah "segan" pada Datuk Abdullah Badawi pula, agaknya lah. Kalau tokoh artis pula, kalau tak Sharifah Aini mesti Sudirman, dan sejak dua menjak ni Siti Nurhaliza [yucky]. Seolah-olah jawapan tu dah jadi cliche.

(Saya selalu terfikir benar ke budak-budak muda ni dengar lagu Sharifah Aini? Saya sampai sekarang tak tahu lagu Sharifah Aini tu mcm mana rupa bentuknya)

Lagi nak ternaik bulu kening kalau yang beri jawapan Nabi Muhammad s.a.w tapi tunjuk gambar posing maut dengan seksinya terdedah sana terdedah sini.

Tak boleh ke mereka beri jawapan yang lebih menyakinkan saya bahawa yang disebut itu memang betul2 orang yang mereka segani?

Sebagai contoh, jika saya ditanya siapakah tokoh yang saya segani, saya akan kata Sir Arthur Conan Doyle. Benar dia bukanlah orang yang terkenal atau diagung-agungkan, (tetapi di zamannya mungkin dia sangat terkenal hingga mendapat gelaran Sir), saya sendiri tidak berapa tahu berkenaan dirinya, tetapi saya tertarik dengan cerita-cerita yang dikarangnya.

Anda tentu selalu mendengar nama Sherlock Holmes bukan? Ya, Sir Arthurlah pencipta bagi watak penyiasat handalan ini. Bertahun-tahun saya hanya dengar nama penyiasat tersebut tetapi saya sangka ia hanya watak dalam filem. Dua tiga tahun lepas baru saya terjumpa buku tersebut (semasa boring-boring di office dan keluar ke MPH heheheh), ooo Sherlock Holmes nih buku cerita rupanya. Hahahaha betapa ignorantnya saya.

Selain daripada Sherlock Holmes, karya terkenal Sir Arthur ialah The Lost World. Errmm, saya belum lagi berkesempatan mencari bukunya yang satu ini, tunggulah Warehouse Sale lagi hehehe.

Apa yang menarik hati saya terhadap karyanya is that you can't help thinking,"what a damn clever man!" as you read through. No wonder Sherlock Holmes becomes a legend and The Lost World adapted to movies and serial dramas.

Berbalik kepada tokoh yang disegani tu, ingat ye kalau ada soalan macam ni, bagi jawapan yang tak cliche ye kawan-kawan?

p/s: jadi tak keskemaan aku? muehehehehehe.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP