Ameer and his solat.

>> Tuesday, February 22, 2005

"OK, Mama nak solat Maghrib."

Zas! Sepantas gaban dia lari ke bilik solat. Landing di tilam sambil menunggu aku ambil wudhu'.

Aku hamparkan tikar sembahyang dan mula pakai telekung. Dia pon ambil tikar sembahyang dia yang warna kuning. Dia cuba nak hamparkan juga, tapi jadi macam roti canai.

Dia pandang aku. Uh uh! Tangan tunjuk tikar. Mulut muncung. Kening berkerut. Konon important sangat arahan dia.

"OK, dah. Ameer solat ya?"

Kita qiam di hujung tikar. Dia qiam di tengah-tengah tikar. Kemudian dia angkat tangan, takbirratul ihram. Tapi, kenapa macam baca doa je? Aku tak berani gelak kuat-kuat. Takut dia kecik hati.

Lepas takbir, terus sujud. Mak aih, lajunya! Lepas sujud, bangun lagi tadah tangan macam baca doa.

Kui kui kui.

Sekejap saja solat dia dah abes. Lepas tu, baca kitab pulak. Adeh, bersepah-sepah kitab di buatnya. Nasib baik Quran dah letak atas almari baju.

Oh, berkenaan dengan kemusykilan agama yang aku utarakan hari tu. Hukum bayi melintas di tikar sembahyang. Aida & Aini yang baik hati dah tolong tanya-tanyakan kepada ustaz-ustaz dan org2 'alim. Jawapan yang kami terima, dibenarkan dan tidak membatalkan solat, dengan syarat najis tidak tertumpah.

Antara hujahnya:
i) Boleh dikhilafkan seperti hukumnya wanita yang datang bulan memasuki masjid, iaitu dibolehkan dengan syarat tidak tertumpah di masjid.
ii) Najis bayi itu tertampung oleh lampin yang dipakainya. Tidak menjadi masalah jika melintas. Namun, jika bayi duduk di riba atau sebagainya, dan anda merasa was-was, disarankan untuk tukar kain sembahyang / cuci bahagian tersebut dan solat semula. Keyword di sini ialah was-was.
iii) Najis tersebut bukanlah kita yang menanggungnya. Malahan, yang menanggung najis tersebut adalah bayi kecil yang tak tahu apa-apa. Orang jawa kata, innocent child. Orang jerman kata, belom mumaiz lagi. Dah memang nature dia lari sana, lari sini, berbuih mulut pon cam takde effect kat dia. Contoh najis yang tidak ditanggung oleh kita ialah tahi cicak. Sebelum solat, kita sudah pastikan tikar sembahyang, pakaian dalam keadaan suci. Semasa solat pula, cicak mengebom tanpa kita sedari sehinggalah selesai solat. Hukumnya, tak perlu solat semula sebab kita tak tahu semasa solat, ni dek khusyuk sangat kot. Tapi, kalau dah nampak, takleh la buat2 tak nampak pulak heheheh. Sama gak dalam kes nih, kalau dah nampak cam basah jek tikar sembahyang tu, kena la batalkan solat. Kalau tak perasan, takpe.

Jadi di sini, ada dua pendapat iaitu ianya membatalkan solat, dan satu pendapat lagi dibenarkan dengan syarat tidak tertumpah. Boleh berpegang dengan mana-mana pendapat, asalkan berijtihad dan yakin dengan hujah-hujah pendapat tersebut.

Sarang tebuan di luar pagar,
Budak nakal jangan lastikkan,
Saya Mama baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pergh, berpantun gua hari ni!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP