Mari belajar Algebra.

>> Wednesday, June 22, 2005

Jika sebuah gedung membeli belah terkemuka di ibu kota menawarkan baucer bernilai RM10 bagi setiap pembelian berjumlah RM100 dan Tini (bukan nama sebenar) berjaya mendapatkan baucer bernilai RM80, berapa banyakkah yang telah dibelanjakan oleh Tini (bukan nama sebenar) di gedung membeli belah tersebut?

Info di bawah mungkin boleh membantu anda.

Tini (bukan nama sebenar) telah membeli barang-barang tersebut:
1. Dua helai kemeja kanak-kanak berjenama Paddington Bear.
2. Sehelai t-shirt kanak-kanak berjenama Peter Rabbit.
3. Sepasang seluar tiga suku kanak-kanak berjenama Peter Rabbit.
4. Sepasang seluar panjang kanak-kanak (tidak ingat jenamanya).
5. Sepasang baby dress merah jambu dan seluar dalam yang sepadan :P berjenama Baby Kiko.
6. Sepasang two-piece baby dress (blaus & skirt pendek) merah jambu berjenama Baby Kiko.
7. Stokin merah jambu yang sepadan :P
8. Kereta sorong.
9. Sehelai t-shirt berjenama Camel Sport dan stokin berjenama Suave, pilihan suaminya, Ahmad (juga bukan nama sebenar).
10. Hud dapur berjenama Cornell
11. Barangan bayi seperti tuala, botol, dan sebagainya.

Sesiapa yang berjaya memberi jawapan yang tepat, akan mendapat hadiah berupa latihan intensif "Jadilah Shopaholic yang Efisien" oleh Puan Aida (memang nama sebenar).

xoxoxo

Monolog diri: Selepas ini kalau ada lagi sedara mara yang kata, "Ameer asyik pakai baju ni saja?", memang aku cili-cili mulut diorang. Hambik ko! Aku siap beli baju branded lagi.

Hehehe.

Relative pressure beb.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP