Ada apa dengan Bontot?

>> Tuesday, July 19, 2005

Banyak sebenarnya. Kalau takde, masakan Inul dan gelek gerudinya boleh menjadi kontroversi panas, baik di Indonesia mahu pon Malaysia. Levi's Jean pon tak boleh cari makan kalau bukan kerana bontot.

Bontot perempuan sememangnya 'sesuatuh'. Taste gitu. Boleh menggugurkan kekebalan dan kekuatan iman seorang lelaki.

Oleh kerana saya satu-satunya anak perempuan di kalangan enam adik beradik, dan mereka pula gatal-gatal belaka (termasuk bapa), maka saya tahu serba sedikit apa yang mereka perhatikan ketika melihat perempuan.

Pertamanya, mereka akan komen tentang bontot terlebih dahulu. Ngam la, bulat la, leper la, lebar la, power siooott! dan bermacam-macam lagi deskripsi. Kemudian baru cerita pasal keseluruhan badan dan muka.

Bapa saya sendiri pernah menjerit dari dalam kereta (ketika itu saya sedang berjalan), katanya, "Jalan tu jangan tonggek-tonggek ye?" (Kalau dah memang naturally begitu nak buat macam mana ek? Terpaksalah tahan nafas dan masukkan ke dalam hehe) Itu memperlihatkan betapa pentingnya bontot sehingga bapa perlu memberi nasihat sedemikian rupa.

Jadi bila saya melihat awek-awek yang berani memakai seluar jeans ketat di bontot dan bajunya pendek pula, memang saya tabik spring. Seluar jeans tu masih OK lagi, tapi kalau yang pakai baju kebaya nyonya dengan kain batik ketat perggghhh, lagilah! Toing toing toing saya tabik kat diorang ni.

Sebabnya sampai bila-bila pon saya takkan berani nak pakai macam tu. Sebab saya tahu lelaki akan tengok bahagian tu. Tanpa paksa malah rela. Ah, tak sanggup rasanya.

Apa komen para lelaki ye?

p/s: Suami selalu marah kerana selalu meng-huiyoo-kan bontot aweks yang lalu lalang, sebab daripada dia tak tengok, jadi tertengok juga hehehehe. Kesian kat dia :P

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP