Memori Cinta Lama.

>> Wednesday, July 20, 2005

Setelah bertahun-tahun lamanya mencari, akhirnya kutemui. Yahooo!!

Ahmad pon tersenyum saja bila saya tunjukkan vcd itu.

Malam tadi kami seboleh-bolehnya mahu menonton As Good As It Gets, tapi telah diprotes dengan jayanya oleh Ameer. Terpaksa juga mengalah, kami tonton Madagascar yang telah ditonton entah berapa kali. Semalam saja sudah lima kali. Rasa macam nak muntah, sebab Madagascar langsung tak menarik berbanding Shrek ataupun Finding Nemo, malah Bambi. Tiada satu baris pon yang saya berminat nak hafal.

Tapi saya faham kenapa Ameer suka, sebab banyak betul binatang. Siap pandai nak ketawa-ketawa lagi. Entah apa yang kelakarnya.

Nak tengok Mencari Cinta dan Simbiosis pon terbantut. Geram betul.

Memang kena beli televisyen baru macam ni.

As Good As It Gets tu, terpaksalah kami tunggu waktu yang sesuai untuk menikmatinya. Petang Sabtu atau Ahad biasanya Ameer akan tidur lama. Petang remang-remang mesti lagi seronok nak tonton vcd :P

"I want you to know, when you hold my hand, you hold my heart."

Ahhh... sekarang saya mahu mencari kaset lagu itu pula :)

p/s: Lawa sangat ke awek Mencari Cinta tu?

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP