Resepi-resipi Biasa.

>> Monday, July 25, 2005

[1]Suka Bubur Lambuk Kampung Baru, tapi tak pandai nak masak? Ini resepinya, main tipu ala tinidewi hehe.

Memula, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk. Masukkan daging lembu atau ayam, dan golek-golekkan dengan tumisan tadi agar meresap rasanya ke dalam daging. Agak-agak daging dah separuh masak, masukkan beras yang sudah dicuci, air yang secukupnya dan sup bunjut.

Jika suka kentang, boleh masukkan kentang. Masukkan juga mixed vegie supaya bubur anda nampak warna warni dan menyelerakan.

Sekarang boleh tinggalkan periuk, dan tontonlah vcd bersama anak anda :P

Apabila nasi sudah menjadi bubur :) masukkan santan, dan perasa (garam, lada sulah, etc.) yang secukupnya. Sudah boleh dimakan setelah bubur mendidih. Pastikan jangan lama sangat mendidih selepas masukkan santan, kerana kalau santan sudah pecah, tak sedap.

Kalau nak resepi original, tunggu tinidewi salin resepi dengan mak teehee.

[2]Hah? Bf/suami orang Kelantan? Ish ish ish, kalau tak pandai masak daging goreng, susah jugak tu. Jangan gigit jari, meh sini tinidewi bagi resepi.

Memula, tumbuk bawang besar, bawang putih dan kunyit. Orang kaya boleh guna blender :P Boleh juga guna serbuk kunyit. Perapkan daging dengan bahan-bahan tadi dan garam secukupnya. Lagi lama lagi best.

Masukkan daging ke dalam kuali dan biarkan. Jika perlu, tambah sedikit air.

Sekarang boleh sambung tonton vcd.

Apabila air daging sudah kering (usually half to one hour or more), kecilkan api, ketepikan daging dan masukkan sedikit minyak di tengah kuali. Goreng bawang besar dan lada/capsicum (jika suka), apabila sudah kuning keemasan, golekkan dengan daging tadi. Garam dan kicap secukup rasa.

Boleh improvise resepi untuk menjadi daging kicap. Tambah kentang goreng jika suka.

[3]Aiyooo, bf/suami orang johor la pulak? Diorang ni suka makan nasi goreng warna merah. Erk, camno tu?

Guna perencah nasi goreng Adabi? No no no, itu main tipu namanya. Lagipon, perencah Adabi tu nanti nasinya warna merah coklat, bukan merah menyala pedas.

Ok, memula kita blender ikan bilis (atau udang kering), bawang besar, bawang putih dan lada kering. Orang pemalas macam tinidewi cuma tumbuk (kes malas cuci blender) bawang dan ikan bilis (beli dah siap buang kepala hoho) dan tambah dengan ready-made cili giling (kes takmo tangan pijar) hehehe. Tumis bahan-bahan ini.

Masukkan udang (recommended). Takde udang, daging/ayam hatta fish ball pon ngam jugak. Masukkan bahan perasa sesuka hati seperti garam, gula, sos tiram, etc.

Ikut suka hati nak campur mixed vegie, atau pemakan sayur hijau (yucky) boleh masukkan bayam/kangkung (entahla... mana-mana sayur yang sedap la bagi korang). Agak-agak bahan tumis dah naik minyak dan kering, masukkan nasi.

Gaul-gaul sampai sebati. Biasanya orang johor suka nasi goreng ada telor, so kecilkan api, ketepikan nasi dan masukkan sedikit minyak di tengah kuali. Goreng telor sehingga 3/4 masak, dan gaul-gaulkan dengan nasi. Nak warna lebih menarik, masukkan kicap sepada-padanya, yakni jangan sampai warna nasi jadi coklat. Terbantut selera org Johor nak makan nanti. Kalau tak merah, tak best :P

Yam yam dah boleh makan.

[4]Sukatan? Ala.... main campak-campak je. Hehehehe. Ikut naluri hati korang je le :P

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP