Knowledge is power, Ignorance is bliss.

>> Tuesday, February 07, 2006

Betul-betul kecewa. Macamana nak promote susu ibu kalau gynae pon tak support?

Semalam seorang kakak bertanya. Katanya ada orang bagitau dia, susu yang diperah dan dibekukan takde nutrien langsung. So better bagi susu tepung daripada susu ibu yang "kosong" tu. Orang tu pulak, diberitahu oleh GYNAE.

Seriesli, aku naik marah sampai ketap2 bibir.

Rupa-rupanya gynae pon ignorant. Memang la susu ibu yang disejukkan/dibekukan kurang nutriennya berbanding directly breastfeeding, but still superior than susu formula. Tak kira la susu formula brand apa pon, yang paling mahal kat carrefour ke apa ke, ditambah DHA ke EPA ke hapa jadah tu, still takleh lawan susu ibu yang Allah cipta. Sebab susu ibu tu dah sempurna habis dah. Takde tolok bandingnya lagi. Susah sangat ke nak percaya?

Mujur akak tu bertanya kat aku. Kalau dia percaya cakap gynae tu, parah ler. Moralnya, kepada semua, always ask for second opinion. Gynae tu specializing dia kat gynaecology, bukannya lactation. So, tanya la pada yang pakar dalam bidangnya.

Sama jugak macam hal agama. Korang ikut je cakap satu ustaz. Kalau ustaz tu kata camni, camni la korang ikut. Padahal, mungkin ustaz tu arif dalam satu cabang ilmu, tapi tak arif dalam cabang lain. Seeloknya, tanya la sebanyak mana ustaz/ustazah yang mungkin :-)

Eh, sempat lak aku :P

Anyway, sorry to uols sebab emo. Aku bab-bab susu ibu nih memang cepat naik hangin. Sampai berasap2 ni ha. Nasib baik pakai tudung. Kalau tak, nampak ler rambut aku yang macam Fazura kena karan dalam Buli Balik.

Ye, aku dah tengok cerita tu. Wayang OK? Tak main cetak rompak :P

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP