Rebel With Cause.

>> Wednesday, October 04, 2006

Suami selalu panas hati apabila saya mempersoalkan sesuatu hukum yang dia dengar dan sampaikan kepada saya. "Pergaduhan" kami biasanya akan berakhirnya dengan katanya,"Buat apa soal saya, soal la orang yang lebih arif pasal agama. Saya cuma menyampaikan."

Tapi mulut saya masih tak berhenti cot cet cot cet. Biasalah perempuan.

Saya fikir tidak menjadi kesalahan kalau mempersoalkan tentang hukum. Bukan memperlekeh, namun saya perlu penjelasan lebih lanjut. How such hukum was derived? Apakah dalil-dalil, nas-nas yang diambil kira? Siapakah yang menetapkannya? Tidak konflik kah dengan hukum yang lain? Andai puas hati dengan penjelasan, tentu besar hati saya untuk berpegang kepada hukum tersebut.

Ustaz Fahim berpesan, jangan bertaklid membabi buta. Benar, sebagai orang yang tidak arif, kita berpandukan kepada hukum yang diijtihad oleh para ulama. Namun adalah lebih baik kalau kita memahami hujah-hujah sandaran bagi hukum tersebut.

Tapi ia lah. Point suami saya betul juga. Buat apa tanya dia. Salah platform tu hehehe.

Terkadang sikap saya terbawa-bawa. Kalau dengan suami, takpelah juga. At least he would understand. I hope. Banyak kali saya terbabas dengan ibu, ibu mertua dan ahli keluarga lain. Sedangkan mereka bukan buat hukum sendiri. Mereka pon dapat input daripada ustaz/ustazah juga. Bezanya, mereka memilih untuk terima hukum tersebut, saya pula memilih untuk membuat research yang lebih mendalam. Saya memilih untuk lebih banyak bertanya. Or, can I say, a bit rebellious? Hehe.

Saya terbabas kerana terlupa bahawa dalam bab khilaf, tak perlulah nak bergaduh sampai bertegang urat tarik-tarik rambut. Berdiskusi secara aman sudahlah. Kalau mereka memilih untuk berpegang kepada hukum tersebut, itu pilihan mereka dan saya seharusnya menghormati pilihan mereka.

Bukankah Islam itu sangat indah?

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP