Perihal Mengaji.

>> Thursday, December 06, 2007

Hari ni Ustazah pesan lagi, "Hartini rajin-rajinlah datang kelas."

Ulp. Malu-malu. Mesti dah kena cop kaki ponteng :-p

Kakak-kakak di situ menyahut. Mereka pon mahu aku datang selalu. Kata mereka, aku jadi penaik semangat mereka untuk lebih pandai lagi. Aku jadi benchmark. Nak jadi lebih pandai daripada Tini, kata Kak Pah. Kak Sal suka dengar Tini ngaji, datanglah selalu untuk kami.

Isk. Sebak hati mendengarnya. Sebab tu kalau boleh, aku memang tak nak ponteng.

(Tapi, tak boleh tahan kalau Gang of Four ajak naik tanduk :-p)

Insya Allah, kakak-kakak pon boleh pandai mengaji, kalau tak putus asa dan kuat azam.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP