Trial Month.

>> Thursday, June 25, 2009

Terseksa!

Itu komen aku sepanjang bulan-bulan percubaan. Barulah aku sedar, oh beginilah rasanya menjadi orang yang kurang berkemampuan. Segalanya berkira-kira. Nak order Milo Ais pon ditahan-tahan. Sanggup aku tunggu naik opis atau balik rumah, minum air sejuk saja.

Yang si Fatimah pula tak membantu. Sekejap-kejap nak Vitagen. Sat lagi nak Twisties. Kemudian nak aiskrim. Pandai pulak tu ambil duit tabung. Siap agih-agihkan kepada kawan-kawan seneighbourhood untuk mereka sama-sama beli junkfood. Rasa nak marah pon ada, tapi dah itupon trait aku yang dia dapat, tak berkira dan suka belanja kawan-kawan. Aduh, tak tertahan rasanya kadang-kadang bila terpaksa menyekat kehendak dia. Meraung, menendang, membaling barang-barang di rumah bak kena histeria. Speaker abah baru beli dibaling sampai rosak. Hari tu jatuhkan TV sebesar gabak ke lantai. Gerun juga aku kalau-kalau TV tu rosak. Apa aku nak menjawab kat abahnya. Hari tu pon dah merajuk tidur bilik belakang dek speakernya yang rosak.

Dan masa inilah pula banyak datang kos-kos yang luar biasa. Keluarga di kampung minta balik. Aduhai. Ikutkan sajalah. Tapi kami berdua dah berbincang, selepas ini kena cakap terus terang dengan semua pihak. Kami mungkin tak mampu untuk semewah dahulu. Nak lepaskan hidup sebulan pon kena berkira-kira.

Hiba rasanya tengok husband. Dia tak bercakap, tapi boleh nampak beban yang difikirkannya. Rasa bersalah pon ada, sebab aku buat keputusan sorang-sorang dan seolah-olah tak boleh dinego nego lagi. Aku katakan awal tahun, tak dapat tidak, saya nak berhenti hujung tahun ni! Dia mengangguk, tak tanya banyak. Bila kusuarakan rasa bersalahku minggu lalu, kutahan sebak bila dia berkata,"Takpelah... saya sedar awak dah banyak berkorban untuk keluarga ni. Tiba masanya saya lebih bertanggungjawab. Tapi kita kenalah ubah cara kehidupan."

Wahai suamiku sayang, moga-moga kita terus tabah mengharung hari-hari yang mendatang! Dan maafkan aku......

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP