Support System.
>> Wednesday, July 22, 2009
Yippie yay!
Rasa seronok pulak dapat greenlight pegi kelas PTS hujung minggu ni. Terubat la rasa hati tak dapat ambik Masters kat over the sea. At least dia support nak belajar di Universiti PTS & venture into business.
Oh banyaknya plan untuk tahun depan. Kononnya nak juga ambil Master of Communication di UTAR, alang-alang government nak bagi grant, kita rembat je la peluang.
Ooppss bukan ke sepatutnya focus? Entah la... rasanya macam nak try semua sebab cahaya belum nampak terang lagi yang mana satu jalan perlu diambil wakakakaka.
Yang penting, sekarang kena focus on Ameer. Beberapa bulan lagi nak masuk sekolah, tak reti-reti lagi membaca. Hisy, payah juga family otak teknikal ni. Bahasa fail! Wakakakaka.
Apa tidaknya. Semua org balik rumah mengadap laptop. Bukannya reti nak bercakap antara satu sama lain. Kenkadang tu aku rasa mcm bercakap dengan dinding. Kalau bercakap pon sebab bergaduh nak main game dlm laptop aku, sebab abahnya dah conquer laptop dia untuk main game hapa-ntah-yang-tembak-tembak-tu.
Adakah perlu beli computer baru untuk anak yang bakal lahir ni nanti?
0 comments:
Post a Comment