Dilemma Seorang Lelaki.

>> Thursday, July 23, 2009

Beberapa minggu yang lepas, suami mendapat panggilan. Rupa-rupanya orang surau bertanya kenapa lama tak singgah. Kebetulan minggu itu suami tak ke surau sebab terpaksa berkampung di ofis dan datacenter untuk system recovery, sampai muka pon dah jadi macam zombie. Oh bagus betul orang surau buat pantauan kedatangan hehe.

Malam itu dia singgah ke surau. Rupa-rupanya mereka ingin beritahu secara live tentang mesyuarat agung yang bakal diadakan. Mereka harap-harap benar suami hadir kerana mereka ingin melantik suami sebagai imam.

Dalam tempoh itu, mereka kerap mengingatkan. Suami menjadi serba salah. Nak menolak, mereka berharap sangat-sangat dan suami saya memang tak pandai berbahasa berbahasi.

Di pagi mesyuarat agung, suami sekali lagi mendapat panggilan menjemput datang. Aduhai, memang tak boleh mengelak lagi.

Kesian rasanya tengok suami. Bukan tidak mahu menjadi imam, tetapi layanan yang diberi oleh orang-orang surau terlalu melebih-lebih. Kalau ada dia, mesti dia yang ditolak jadi imam sedangkan ada dua orang imam yang lain. Kata mereka, lebih afdhal. Amboi amboi amboi. Pandai-pandai je buat judgment ya? Hehe. Bukannya mudah menjaga hati dari timbulnya perasan bangga diri dan terasa hebat. Ditambah pulak pujian-pujian yang tidak diundang.

Katanya, kalau tak pergi, tak elok juga sebab solat jemaah tu sunnah, duduk rumah lagha main game. Dah tu lari dari tanggungjawab, ada ilmu tapi tak digunakan untuk manfaat bersama. Kalau pergi, lagi memudaratkan diri. Last-last saya pusing motor pergi masjid bulat sahajalah.

Saya katakan padanya, kalau begitu katakan kepada mereka, awak setuju jadi imam bersyarat. Buat jadual. Awak cuma akan jadi imam gantian kalau imam yang sepatutnya dijadualkan jadi imam tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tak tahu sama ada suami saya berani menyuarakan saranan ini. Almaklum dia kan pendiam :-)

2 comments:

Ummu Auni 2:21 pm  

eh bukan patut dilema ke? dilemma tu BI kan?

tinidewi 1:29 pm  

sabo je la ada editor in training ni :-p

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP