Mari Baca ABC.
>> Wednesday, August 05, 2009
Alhamdulillah. Lega rasanya :-)
Setelah 2 minggu aku "menyeksa" Ameer dengan reading crash course, akhirnya Buku 1 Cahayaku dah lancar dibaca. Imagine setahun setengah dok sangkut page 13. Mana boleh jadi. Tahun depan dah masuk sekolah. Tercicir la Ameer kalau Darjah 1 tak pandai membaca lagi.
Hai, zaman kita dulu-dulu, Darjah 1 baru nak mengenal ABC. Sekarang, expectation dah berbeza!
Aku bermula dengan tanya Cikgu, tanya kawan-kawan ofis. Cikgu kata Ameer ada masalah psikologi dek speech delaynya. Kalau Cikgu tanya, dia sengaja tanak jawab sampai Cikgu jadi fedap. Tapi kalau Cikgu tanya kelas ramai-ramai, amboi amboi suara dia yang paling kuat.
Macam-macam idea yang kawan-kawan ofis bagi. Hantar belajar dengan cikgu bertauliah(yang pastinya berbayar dan mahal), masuk kelas art untuk improve creativity & confidence level, guna flash card.. mcm-mcm lagi. Very good ideas indeed :-)
Aku ambil pendekatan murah hahaha cheapskate. Beli buku drawing dan mula mengajar huruf dengan melukis sambil menyebut berulang-ulang.
Contohnya A.
"OK Ameer, ni huruf apa? Ini huruf A. Sebutannya Aaaa. Apa perkataan yang bermula dengan Aa? AMEER. ABAH. ADIK. ABANG. AYAM. Sambil-sambil tu aku lukis la gambar Ameer, gambar Abah, gambar Adik, gambar Ayam. Ehem. Bukan gambar orang lidi OK? :-p"
Mula-mula ajar huruf vowel dulu. A I E O U. Lepas dah terer vowel, baru move to huruf consonent, dan mix dengan vowel untuk membentuk suku kata.
Guna pendekatan yang menggunakan segala pancaindera untuk merangsang memori. Mendengar, melihat, menyebut, melukis.
Tapi kaedah ini masih tak berapa menarik perhatian Ameer. Sebab dia sibuk lukis benda lain i.e. spongebob dan patrick :-p
Then, aku buat flashcard sendiri. Murah sajork. Guna drawing paper tadi, potong-potong lapan. Then tulis suku kata. Semasa flash the card, ajar macam mana cara mengeja the suku kata mcm ni contohnya,
"[Tunjuk huruf B]Ini huruf B. Sebutannya Beh. [Tunjuk huruf B]Beh, [Tunjuk huruf A]Aaa. [Tunjuk suku kata BA]BAa." Mulut kena over-over OK? Kalau menganga, biar nganga luas-luas. Kalau muncung, biar muncung sepuluh depa wakakaka.
At the same time, aku juga mengajar menggunakan buku Cahayaku. Tiga-tiga cara ni aku gunakan berselang seli atau guna semuanya at one time, tengok mood Ameer. Bila nampak boring je baca buku, aku tayang flashcard. Atau, melukis benda lawak-lawak. And, kena over bab memuji. Sentiasa cakap pandai, bagus, good etc. Penting beli jiwa ni hehehe.
Syukur sangat-sangat nampak progres yang baik. Aku target habis Buku 2 dalam masa tiga bulan.
Mana la tau dapat award Pelajar Terbaik untuk Konvo bulan 11 depan :-p HAHA ada agenda lain rupanya Mama sorang ni
3 comments:
betul Tini...anak k.ida yg sulung masa masuk tahun 1 still merangkak lagi baca BM, BI pulak tak tahu baca sgt. K.ida never taught yg sklh loni too advance utk budak tahun 1, dah la my beloved hubby dah dtg sini.. mamanya apa lagi..terlebih2 gabra, si abg tu lepak ajek..tahun 1 dah ajar kata nama, kata nama khas, koma, tanda seru...terkejut badak k.ida...kalutler study balik mamanya.. heheh..
Kat sini, silibus lepak sikit. Grade 1 ajar vowel, consonant dan basic2 supaya bdk2 faham betul2..even grade 2 pun diaorg start with vowel n consonant. British curriculum menekankan student's confident first, content no dua. Kalu dok tgk2 'school is fun' mmg diterapkanlah kat international school nih..eerrrk, anak2 k.ida x start sklh lagi, end of August baru start..dgr2 citer orglah..heheh
hehehe...aku rasa afif pun kena buat ikut gaya tu juga :P
k.ida,
itulah... tgk kat tv pon, bebudak omputih tu mcm belajar main2 je kat skool hehehe. bebudak kat mesia dah stress pakai spek tebal segala.
eni,
boys ni lain sket bab belajar. bab main tak payah diajar :-p
Post a Comment