Tentang Puasa.

>> Tuesday, August 25, 2009

Ah betapa hebatnya nikmat yang Tuhan berikan. Di kala cuaca panas mencengkam dengan jerebu yang mengelabui pandangan malah tersebarnya virus-virus berterbangan di udara, tanpa disangka-sangka hari puasa yang pertama sungguh nyaman dan membahagiakan. Rata-rata rakan sepejabat menyatakan mereka tidur dengan nyenyaknya hampir sepanjang hari. Oh syoknya! Tapi dari segi pemarkahan puasa, mungkin gagal! HAHAHA.

Aku pon sama, tidur sepanjang hari. Almaklum mama mengandung tinggal menunggu hari saja, jadi alasan justified :-p

Hari kedua pula, walau tidak sedingin hari pertama, ofismet yang gila kamera berkata, "Aduh semalam langitnya sungguh cantik. Tapi aku lalu terpaku beku. Tak ambil kamera pon seperti biasa!" Member tu nampak ralat benar. Jiwa photographernya begitu tebal :-p

Hari ketiga puasaku hampir kantoi. Sepanjang hari si kenit buat sommersault berpusing. Ingatkan OK je. Tapi mula jam 5, perut dah rasa semacam. Jam 6, aku terbaring menahan kesakitan. Nak buka puasa rasa rugi sangat-sangat. Kucuba bertahan sehingga masuk waktu Marghrib, aduh sakitnya mencucuk-cucuk hulu hati sehingga tak dpt bangun. Alhamdulillah, berjaya juga kutempuh.

Hari ni? Uhuk. Kantoi jam 2!

******

Seorang GM berkata,"You tak payah puasalah hartini. Dah sarat sangat tu."

Aku kata,"Kalau saya tak payah puasa, DAN TAK PAYAH BUAT KERJA NI aci tak?"

Kuikuikui.

******

Saiko Ameer puasa. Kataku, "Ameer, Adam pon puasa tau!" [Nota: Adam bestfren Ameer di sekolah]

Semalam, kantoi jam 6.30 sebab tak puas hati Fatimah makan depan dia. Tadi, kantoi jam 7.10 sebab dah tak tahan sangat. Lagipon, stress makpaknya melayan his grumpiness. Kasi je la dia makan. Lagipon, kan training. Tak payah la nak beria-ia sangat kan :-)

5 comments:

Ummu Auni Afif 8:18 am  

wah wah, kagumku membaca ameer puasa.

jaga diri elok2 :D

aida 9:25 am  

uhuhuhuh... ku pun letih betul pose kali ni

ShaFiAti 12:02 pm  

bile due ko? dah nak dekat la eh...dah baper week? dah tau ke baby aper?

gud luck yer..:)

tinidewi 1:43 pm  

ameer tahun lepas dah start training.

sama laaa da. aku pon melepet jek pose ni.

su,
aku due seminggu lepas raya. nak tau jantina? tunggguuuuu :-)

Nida 4:30 pm  

kami kat sini start pose kul 4am. Kul 9am anak2 k.ida bangun terus bukak pose..okla kan training pose 5 jam..heheh..

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP